Isnin, 8 Mac 2010

DUDA..MATANG ATAU BERPENGALAMAN..





Benarkah bapa tunggal makin laris berbanding lelaki bujang dan benarkah lelaki duda semakin berusia semakin laku?.Logiknya tetap ada ramai bapa tunggal yang ditemui mengelak bila ingin ditemuramah atas alasan,tidak mahu publisiti atau takut tersalah anggapan,apatah lagi jika mereka mempunyai status dan kedudukan.Mereka lebih suka LOW PROFILE dan menganggap perkara ini terlalu peribadi.Bukan untuk dihebahkan dengan orang lain.

Single Father gelaran ini lebih istimewa sedikit berbanding Single Mother bunyinya sahaja kelihatan hebat..Lelaki yang ini menjadi buruan dan dihimpit ramai wanita ..eh.. tapi kenapa ya? sudah lama solo,tetapi tidak kawin-kawin? Ramai yang rapat tetapi si duda tetap bertahan membujang.Wanita yang diluar tidak cukup cantik atau hebatkah atau mereka terlalu memilih???

Aduh... yang duda masih ingin kekal solo atau tamatkan sahaja zaman bujang?.Pasti ini bukan soal kesal atau serik atau apa sahaja yang orang lain perkatakan dengan mudah...Ah,tanyalah pada hati dan jawab sendiri,hanya dia yang lebih mengerti...

Biarlah menduda asalkan tidak dibaluti 'kekesalan'pengalaman lalu.Sebahagian mengaitkan dengan soal jodoh.Sebahagian lagi,mengatakan keliru untuk memilih yang terbaik kerana takut pisang berbuah dua kali.Benarkah, lebih baik hidup menduda daripada menamatkan zaman duda?Selain faktor jodoh,terpulang pada lelaki itu sendiri kerana sudah tentu mereka lebih faham apa yang terbaik untuk diri mereka.

Lelaki berbeza dengan perempuan. Lelaki yang tidak berkahwin,tidak kira bujang atau duda,tidak mempunyai stigma atau dilabelkan seperti wanita yang tidak mempunyai suami. Sebaliknya lelaki yang tidak berpasangan dianggap biasa malahan jika mereka mempunyai ramai teman wanita pula menjadi satu kebanggaan bagi golongan Adam ini. Ini untungnya lelaki.' Manusia percaya pada Qada dan Qadar Allah bahawa manusia itu dilahirkan berpasang-pasangan.Jika ada manusia yang tidak berpasangan sama ada tidak mahu atau belum berjumpa atau belum ada jodoh,maka hidupnya tidak lengkap,lelaki dan wanita dijadikan untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.Jesteru itu Allah menciptakan Hawa untuk melengkapkan hidup Adam'.

Sebaliknya kejayaan seorang lelaki,pasti ada wanita yang menjadi pendorong dan tulang belakang lelaki.Hidup lelaki pasti akan sunyi tanpa wanita persis wanita merasakan kesunyian tanpa kehadiran lelaki di sisi.Biar pun cinta sesama manusia tidak kekal dan cinta yang abadi hanya pada Allah,tetapi manusia perlukan teman untuk berkongsi dan saling melengkapi.Soalnya 'jodoh' pasti akan sampai jika doa yang ditabur hari-hari akhirnya diperkenankan oleh yang Esa.Doa yang tidak putus-putus disulami hidup yang berkat,pastikan termakbul jua kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Tiada ulasan: