Rabu, 10 Mac 2010

OH SHARLINIE


Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya. Polis masih gagal menemui petunjuk bagi mengesan Sharlinie Mohd. Nasar yang hilang sejak 9 Januari 2008 lalu, walaupun operasi dari rumah ke rumah semakin giat dijalankan.

Bagi Suraya Ahmad, ibu mangsa culik Sharlinie, ketiadaan anak bongsunya tidur di sisi begitu dirasai sehingga dia tidak dapat lena pada setiap malam.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan anaknya yang diberi panggilan manja Linie itu tidur di biliknya dan Linie pula selalu memintanya memeluk sambil mendodoinya sehingga tidur.

“Memang sukar untuk melelapkan mata kerana saya sangat merindui Linie, lebih-lebih lagi sering terfikirkan apa nasib dia sekarang,” katanya yang ditemui di rumahnya di sini.

Suraya memberitahu, dia dan suaminya, Mohd. Nashar Mat Hussein juga tidak dapat tidur lena kerana perasaan cemas yang membelenggu dan tertunggu-tunggu setiap panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pemberi maklumat.

“Beberapa hari ini kami sangat penat, makan pun tidak berselera, air pun tidak membasahi tekak namun saya dan suami bertekad terus bertahan dengan doa agar Linie pulang ke pangkuan kami,” ujarnya.

Ibu bapa Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang masih marah dan sedih atas kehilangan kanak-kanak tersebut berjanji tidak akan berdendam dengan penculik anak mereka itu.

Sebaliknya ibu Sharlinie, Suraya Ahmad ketika membuat rayuan kepada penculik berkenaan dalam nada sebak dan beberapa kali mengesat air mata di pipi di sisi suaminya, Mohd. Nashar Mat Hussain berkata:

“Kami cuma mahukan Linie selamat. Pulangkanlah anak kami, kami sangat rindukan dia... tolonglah kamu (penculik) pulangkan Linie.

“Memanglah kami masih marah (dengan apa yang terjadi), mana ada ibu yang boleh terima anaknya diculik orang.

“Tapi kalau kamu (penculik) pulangkan Linie dengan selamat, kami janji tak akan berdendam dengan kamu, kami cuma nak anak kami... itu saja yang kami harapkan, kasihanilah kami.”

SUDAH menghampiri dua tahun Sharlinie Mohd. Nashar hilang. Sejak 'pemergiannya' 9 Januari 2008, tiada lagi khabar berita, tiada petunjuk jelas mengenai kehilangannya. Entah di mana dia berada, bagaimana hidupnya, siapa menguasainya... semuanya berlegar dalam pemikiran kita. Namun masyarakat khususnya keluarganya dan polis tidak pernah putus asa mencari, selain doa yang sentiasa mengharapkan kesejahteraannya.

Menyayat hati dan sedih mengimbau kenangan pemergian Sharlinie .. Bilakah akan pulangnya adik ini.. hanya Allah sahaja yang tahu dimana Sharlinie berada.....Muga-muga akan ada sinar bahagia buat keluarga Sharlinie.. Insyaallah

Tiada ulasan: