Sabtu, 1 Mei 2010

KASIHANILAH AKU..


Langit mendong

angin bertiup kencang

petir sabung menyabung

adakah hujan akan turun....



Gersang tanah semakin merekah

hinggakan rerumput kering dan layu

unggas dan serangga menjadi mangsa

kerakusan sang helang yang buas

tiada noktah .......



kejam dan semakin kejam

menjijikkan dan meloyakan

Apakah tidak punya perasaan?

kasihanilah....... sayangilah

aku mahu hidup seribu tahun lagi....


..............................................................

KEMANA LORONG ITU





Semalam di langit merah
menyirna warna keemasan
indahNYA purnama menyerlah wajah
lorong pekat tampak sinar

ketika itu aku merentasi
lorong pekat itu
tiba-tiba ...
sinar itu hilang
aku terarah tujuan
simpang tidak ku lihat lagi..

hilang pedoman...
hilang panduan...
hilang dan pergi entah kemana
aku hiba ..
aku sayu..
aku pilu..
ya aku semua nya aku...
kemana aku
bagaimana aku
entah dimana aku

............................................................

Khamis, 29 April 2010

HARI INI UNTUK KITA........




Pagi ku..usahkan menunggu petangku.
kerna hari ini kesempatanku menatap dunia.
usah di fikiri kebaikan dan keburukan.
tidak tentu hari esok belum datang.
saat mentari menyinari dan siang menyapa.
pandanglah alam buana.
masakan hidup hanya untuk seketika
akan dilahirkan hari ini dan akan mati hari
ini jua.....

Lantas sedetik minit umpama ribuan tahun
indahnya kehidupan.....,meminta keampunan
dari berbagai dosa,mengingati yang MAHA
ESA..
persiapkan diri pergi jauh mengharapkan
kasih sayangNYA..
hari ini tiada kesedihan
hari ini tiada gangguan,
hari ini tiada kemarahan
hari ini tiada kedengkian dan
kebencian....
"Hari ni adalah MILIKKU"

Ku minum secangkir air dingin
menyegarkan..
"Masa hidupku hanyalah hari ini"
lupuskan segala kekotoran
ucapkan yang baik-baik,...buangkan
kekotoran yang menjijikkan...
usah mencela,mengherdik..
bicaralah dengan lembut...
"Aku hanya akan hidup untuk hari ini"
buangkan dan cabutkan pohon-pohon
kejahatan hingga keakarnya..
dan kupatahkan ranting-ranting berduri
itulah takabbur,ujub,riya' dan
buruk sangka.......

Hanya hari ini aku menghirup
udara segar
wahai masa... pergilah berlalulah
biarkan engkau tenggelam seperti
mataharimu..
aku tak pernah menanggisi pemergianmu
dan engkau tidak akan pernah melihatku
merenung dan mengingatimu...
pergilah dan jangan kembali lagi...

"Wahai masa depan" engkau masih dalam
keghaiban
usah khayalan dan menjual maruah
hanya kerana sebuah dugaan
Kerana esok mungkin tiada
esok penentuan hari
Kerana hari ini adalah milik KITA..

...........................................................

YANG LALU BIARLAH BERLALU....


Ingat masa lalu
menghadirkan kembali
dalam kehidupan..
bersedih,duka dan gagal
dalam laluan masa..
membunuh semangat,
membunuh harapan.........

Usah difikirkan
kenangan itu apakah...
harus mengurungkan
diri..
dalam penjara
buatan sendiri!!...atau
mengikatkan hingga
tidak telus dan terurai.

mimpi-mimpi buruk
atau bebayang suram...
atau fantasi...
mengharapkan mentari
kembali ke tempatnya..
bayi keperut ibunya...
air susu kembali ke payu
dara ibunya,air mata
kedalam kelopak mata.....
Kini akan kembalikan
kesedihan dan linangan
pilu sayu sendu..........

biarlah biarlah biarlah....
usah diucapkan...
usah diulang kembali..
harapan masih ada
lihat ruang yang luas..
jangan undurkan lagi..
kerana angin akan terus
berhembus..
air mengalir menyusur arus..
setiap kalifah akan
berjalan ke destinasi
kerana itu janganlah
menyalahi sunnah kehidupan..........


..............................................................

Rabu, 28 April 2010

DIRUANG GEMANYA..


Telah kurangkumkan rebah setiaku
pada setiap pilu dan rindu
melayang dan mengembang
ke hayat gemilang.

Sejak itu
tidak kukesal lagi
goda dan duga
di gerimis senja.

Telah kupahatkan lelah umurku
pada setiap kerikil dan debu
datang dan menghilang
ke hujung kenang.

Sesudah itu
tidak kukenal lagi
hampa dan derita
di guruh pagi.

Gerimis senja guruh pagi
adalah titipan maya
bakal kukongsikan hati
mengukir tadbir di ruang gemanya.

Dharmawijaya
1994

Selasa, 27 April 2010

KASIH NAN ABADI DARI SEORANG SUAMI TERHADAP ISTERI YANG KURANG UPAYA


Bukan "1"


tapi berjuta.....


Bukan untuk diabaikan


tapi untuk dijaga......





Bukan untuk di benci


tapi untuk disayangi.......


Bukan untuk sementara


tapi untuk selamanya.......




Bukan untuk dilupakan


tapi untuk diingati........


Bukan untuk ditinggalkan


tapi untuk dirindui........


Bukan hanya disini


tapi dimana-mana.......


Bukan setakat ini


tapi hingga ke hujung nyawa......


.............................................................................

Isnin, 26 April 2010

KEMANA TUJUAN HIDUP INI


Inilah akibat jika jiwa telah dirasuk oleh nafsu serakah. .Iman telah dikuasai oleh syaitan..
Tidak mengenal insan yang lemah..........


Hidup dan mati adalah ketentuan.

Jodoh dan pertemuan juga ketentuan.

Akal diguna untuk berfikir.

Badan digunakan untuk kebaikan.

Mata digunakan untuk melihat segala
yang indah dimuka bumi ini.

Telinga juga digunakan untuk mendengar
segala perkara yang jelas bukan samar-samar.

Tangan digunakan untuk mencari
rezeki halal bukan untuk mencuri dan
merosakkan...

Kaki juga digunakan untuk berjalan kearah
yang diredhai bukan untuk menuju
kekufuran.

Sebelum ajal dan maut tiba menjemput
nyawa yang hanya sekelumit ini..
sedarlah... fikirlah.. kemana kita akan
pergi..........alam yang kekal
selamanya................



...................................................

Ahad, 25 April 2010

MACAM- MACAM HARI INI NAK MAKAN.....


Sambil-sambil layan internet aku terasa nak makan nasi lemak . Buat lah sedikit untuk menghilangkan rasa teringin.. sudah lama tak menjamah sarapan nasi lemak ni.... takut juga tak pasal-pasal kolestrol aku naik balik..... tapi tak pe aku nak merasa sikit jer... kang kempunan..


Ini satu hal... anak aku pulak nak makan kuih tepong bungkus.. kenalah aku membuatnya walaupun rasa malas tu ada.. kesian la pulak.. dia pun dah lama tak merasa air tangan ibunya. Asyik kena makan kat hospital jer... Rasa semua dah macam makan makanan orang sakit...



Dah selesai pun.... biarkan kuih tu sejuk dulu tapi tak sempat-sempat nak taruhkan dalam pinggan dah di ambil gambar.....Tapi aku rasa terharu juga kerana ketiga-tiga anak aku yang lain tidak dapat merasa masakan ini.... rasa tak tertelan pulak..huhuhuhuhu


..........................................................

GOOD MORNING, BEAUTIFUL


Waking up, looking at you
and knowing the sun is high in the blue-
I realize everything is beautiful.

Feeling you brush across my cheek
brings my morning to its peak-
I realize everything is beautiful.

Sipping my milk, I look into your eyes
Ones full of life, joy, love and surprise-
I realize everything is beautiful.

Hearing the words slip from your lips
those same which greeted me with a morning kiss-
I realize everything is beautiful.

Love, you don't know what you do
But every move... makes me more in love with you.
So, Good Morning, Beautiful. You are My Everything.

To Asrun.. my brothers....



.........................................................................