Sabtu, 10 April 2010

LAYAKKAH KITA MENJADI SEORANG SAHABAT


Andai kasihmu seputih salju
sayangmu sejernih Al Kauthar
Kuinginkan selamanya
begitu
Bersama restu
bersama redhamu..

Kita membina jambatan
yang hampir terungkai
talinya..
kita kuatkan untaian
tali itu
kita jalinkan persahabatan ini
kita adalah keikhlasan
kita adalah kejujuran

Layakkah kita jalinkan
persahabatan ini?..
kita insan lemah
kita selalu lupa
kita kianati
kita selalu menutup
khilaf dan membela diri
sahabat sering ternanti-nanti
dimana janji kita termeteri
berbagai alasan tanpa
peduli hati dan perasaan
pasti kecewa

Apakah erti sahabat..
andai kita lupa dan
mengecewakan dia
namun beruntunglah
sahabat yang mengerti
memahami dan selalu
berada di sisi tatkala
memerlukan.........
dan sudi mendengar
luahan perasaan,kekecewaan
ketakutan....
Impian dan harapan
yang diluahkan
hanya sahabat yang
sudi memberi semangat
tanpa rasa jemu

Mungkin selama mana
jalinan ini terjalin
aku tidak berdaya
dan hanya berserah
pada yang Esa
moga salam persahabatan
ini kekal selamanya
hingga keakhir waktu
dan salam persahabatan
dan salamku dalam ingatan
salam ku yang terakhir...


...............................................................................

KEMBARA PULANGLAH..


Kau bagaikan kembara jalanan
mencari-cari secangkir kebenaran
menilai cerita lakunan manusia
di atas pentas dunia sementara
mengapa kau tidak mencuba
sujud di tikar solatmu?
setelah sekian lama dimamah usang
di makan dek usia zaman berzaman


Ketika kau diludahi kehinaan
kau salahkan dunia durjana itu
tanpa menyedari kealpaan diri
tersalah langkah dalam memilih
antara duniawi dan ukhrawi
perlukah kau terus menerus
melayari bahtera kerakusan dunia
tanpa berlabuh dipulau keinsafan
sedangkan sauh hidayah hampir
mencapai
didasar lautan ketakwaan

Namun egois itu menguasai jiwa
kau tetap berdiri di situ
tanpa perisai cahaya keimanan
sedangkan di sana
iblis laknatullah bersorak kegembiraan
pulanglah.. wahai hamba Allah yang
daif
cukuplah kudrat khilafmu disana
aku disini menanti kepulanganmu
setia memberi petunjukkan arah
agar kau mengerti bahawa
langit Tuhan itu masih terbentang luas
menerima doa taubatmu.


.........................................................................

Jumaat, 9 April 2010

SUAMI JAUH DIMATA SENTIASA DEKAT DIHATI


Tatkala mencari rezeki
menyara anak dan isteri
suami berkorban berjauhan
jauh nun dari keluarga
meninggalkan kasih dua insan
anak dan isteri tercinta
betapa kian lamanya
bukan untuk sehari dua
namun hingga sepurnama
juga pepatah mengatakan
sayangkan anak tangan-tangankan
sayangkan isteri tinggal-tinggalkan..

Pengorbananmu
wahai suami
kau tetap mengorbankan
jiwa dan ragamu demi
sesuap rezeki dari pemberianNya
kau tinggalkan mereka
orang
yang engkau sayangi
pergi mu untuk kemenangan
kerana engkau perlu tabah
kuat, berdikari lantas
engkau juga umpama

LILIN

menerangi orang lain
walaupun engkau dalam
kegelapan
engkau suami punya hati
nan luhur untuk kebaikan


Betapa sukarnya kehidupan
keseorangan berpisah
bukan untuk mencari
keseronokan semata..
namun demi kasih sayang
engkau rela dirimu menjadi
pejuang yang berjuang dimedan
pertempuran melawan
hawa dan nafsu
demi sesuap nasi
demi kebahgian zuriatmu
Pengorbanan mu wahai suami
Pada yang Esa doa di pohonkan
moga engkau berbahagia
setia,walaupun jauh dimata
tidak bermakna jauh dihati
semakin jauh dirimu
semakin kuat cinta dan
kesetiaan yang pernah
dilafazkan.

Semuga kesetiaan dan
pengorbanan tidak akan
dipersia-siakan.

................................................................

Khamis, 8 April 2010

NOSTALGIA












video


I just miss my mum. This song I wrote for you Ibu..
Anakku coretkan khas buat ku...


here goes Dam Dam [Original] :


dam dam dam dam dam

di kala, ku sendiri lagi
logik akalku lakari wajahmu
kau seroja, hatiku
kau buatku selalu jadi

dam dam dam dam

kau bunga, kau nyawa
kau nafas, kau lah nadi jantungku
kau bulan, kau matahari,
engkaulah segala untukku,
kasih dah sayangmu penawarku
di kala ku rasa..

dam dam dam



Lagu dan klip video ini adalah gubahan anakku.Khas untuk ibunya.. rasa diingati.. terima kasih sayang... belajarlah sehingga beroleh kejayaan.

.......................................

SEHARUSNYA SABAR


Sahabat Rasulullah, Salman al-Farisi tidak pernah mempedulikan maki-hamun orang terhadapnya.Setiap kali mendengar cemuhan dan maki-hamun orang,dia cuba menahan marah dan sekadar berkata,

"Kalau ringan timbangan amalanku,maka tentulah aku lebih jahat daripada apa yang engkau katakan.Dan sekiranya berat timbangan amalanku,maka tidaklah mendatangkan mudarat kepadaku apa yang engkau katakan itu."

Begitu juga ulama Ar-Rabi' bin Khaitha, apabila dimarahi orang dia sama sekali tidak melawan,sebaliknya hanyak menjawab,

"Saudara,sesungguhnya Allah telah mendengar kata-kata engkau.Sekiranya aku dapat memotongnya,maka tidaklah mendatangkan mudarat yang apa yang engkau katakan ini.Dan sekiranya aku tidak dapat menolongnya,maka aku ini lebih jahat daripada apa yang engkau katakan."

Ulama Asy-Sya'bi pula pernah dimaki-hamun oleh seorang lelaki.Dia bukan sahaja tidak marah,malah telah mendoakan lelaki yang memakinya itu. Katanya kepada lelaki itu,

"Sekiranya engkau benar,maka kiranya Allah mengampunkan dosaku.Dan sekiranya engkau dusta,maka kiranya Allah mengampunkan dosa engkau."

Aku sendiri boleh mencontohi mereka-mereka ini bila kemuncak kemarahan tidak boleh dikawal... mereka juga manusia seperti aku punya kesabaran dan keihklasan, kenapa aku tidak mencontohi mereka sewaktu emosi aku bergelora dan memberontak!....Semoga aku diberi hidayah dan dirahmati serta dijauhi dari kalangan orang-orang yang dimurkai.

Rabu, 7 April 2010

MUNGKIN SAYA SEMAKIN TUA


Apakah saya sudah tua?, pelikkan.. saya bertanyakan soalan pada diri sendiri.
Ketawa gembira ada dan hendak menangis pun ada juga.Sekian lamanya saya
hidup, dan saya pasti adakah saya betul-betul tua.

Kata orang, usia itu hanyalah angka.Saya setuju, sekiranya usia itu dikira menerusi
angka,lebih sukar untuk menentukan adakah sudah tua atau masih muda.Jika ditakdirkan
saya akan mengakhiri hayat usia 60 tahun tentulah sekarang saya sudah dikira tua.Dan
sekiranya jangka hayat saya akan luput pada usia 90 tahun atau 100 tahun, maka usia
saya dikira baru separuh usia,masih muda.

Maka teringat saya semasa usia 12 tahun, dikampong dulu-dulu.Hidup penuh dengan
keceriaan,nakal budak-budak kampong.Tidak kira pagi petang,tidak berkasut,tidak
berselipar,saya suka berkawan dengan budak lelaki,saya akan meredah belukar,saya
akan meredah semak samun,paya dan bukit bukau.Di belukar saya akan main nyorok-
nyorok dengan budak-budak lelaki,main polis sentri,main baling kasut,panjat pokok
dan main pondok-pondok.Kadang-kadang saya tersandung jatuh luka kaki saya tidak
kisah kerana keseronokan bermain.

Tatkala hendak pulang kerumah saya selalu singgah di tepi sungai untuk memetik
pucuk paku lantas tiba-tiba saya dan budak-budak lelaki akan tercium
bau harum,itu mesti bau rezeki, dibawah pohon kelapa sawit kami akan menemui cendawan
busut, yang berwarna putih seperti kapas mengembang dan mengucup,kami akan berebut-
rebut mengutip rezeki itu. Bila pulang kerumah pasti kedua arwah abah dan mak saya
tersenyum panjang melihat saya menjenjeng pucul paku dan cendawan busut yang dikutip
diladang.

Memang nakal saya ketika itu, tapi bila waktu malam saya diwajibkan untuk mengaji Al-Quran
dan belajar fardu ain,Siap badan akan berbirat jika saya tidak dapat membaca dengan
betul setiap ayat-ayat yang saya baca.Saya masih ingat arwah emak saya akan memasakkan
makanan kegemaran saya sewaktu hendak makan malam.Bila selesai semua adik-adik akan berlumba-lumba mencari port untuk tidor. Gembira tatkala itu dengan keriuhan adik-adik saya.

Apabila saya telah memasuki sekolah menengah saya tidak dapat lagi merasai suasana tersebut kerana saya sudah memasuki asrama. Hidup diasrama bagaikan penjara bagi saya. Saya selalu teringatkan kawan-kawan saya dikampong, tentu mereka juga seperti saya. Membawa haluan dan cita-cita masing-masing. Tetapi pabila ada masa terluang saya dan kawan-kawan saya akan berkumpul semula.. Namun masa telah berubah... saya mulai merasa malu dan segan kepada kawan-kawan lelaki sepermainan saya. Kami sudah besar dan terasa asing, namun keakhraban tersebut hanya terjalin sekadar rakan-rakan semasa kecil sahaja. Bila menginjak usia remaja kenangan indah itu pasti tidak boleh saya lupai. Kini selepas tamat persekolahan saya memasuki alam pekerjaan. Suasana amat berbeza dan komitmen terhadap pekerjaan perlu di berikan perhatian.

Begitu jugalah saya hanya sebagai insan, hidup saya perlukan teman dan apabila saya telah berumah tangga dan mempunyai empat orang anak, saya mulai merasa kesunyian dengan suasana waktu kanak-kanak dahulu. Kini saya merasa diri saya semakin berusia kerana kesemua anak-anak saya telah meningkat dewasa dan mereka mempunyai hala tuju dan cita-cita mereka. Kadang-kadang terasa juga diri dipinggirkan, tapi saya pastikan diri saya tidak dimamah usia dengan tiada membuat sebarang aktiviti, saya pastikan diri saya sentiasa sihat dengan melakukan riadah selepas subuh, dan bercampur diri saya dengan masyarakat sekeliling saya.Jadi sekarang barulah saya merasakan diri saya sebenarnya masih belum lagi tua... saya masih kuat dan sihat.....semuga diri saya akan tetap ceria dan gembira disamping keluarga saya...

Selasa, 6 April 2010

GAZA


BANDAR RAYA GAZA ....

berpuluh-puluh insan tidak berdosa terkorban..

Segenap ceruk.. segenap lorong

mayat-mayat bergelimpangan..

Serangan berlaku pada awal pagi

suasana tenang.. kembali bergolak.

para pejuang Palestin .

menghunus..

senjata membela diri ..

penceroboh Israel

kejam....sejumlah senjata api.

menyebabkan insan tidak berdosa

terbunuh

dimana keadilan..dimana sokongan

Jihad Islam dan Mujahidin.

lantas sebuah jet tentera Israel

membedil memuntahkan segala

peluru bersama kereta kebal

akhirnya Palestin musnah..

insan yang tidak berdosa hancur

apa yang tinggal lagi..

OH GAZA.. tiada keadilan

tiada ketentuan....

hanya yang pasti ...dunia

kian terancam dan terhakis

dari segala macam kasih sayang.

INSAFLAH.... MOGA DOSAMU AKAN TERHAPUS


Manusia semakin kejam,
sikap manusia masih tidak berubah
tidak pernah kesal dan tidak mau
mengambil iktibar

Ibarat air laut yang pasang dan surut,
begitulah keadaannya manusia
hidup penuh cela,noda......
hidup penuh onak, dosa.......
sanggupkah kau membuang
insan yang kau kendong
hingga mana kelahirannya kau
benci...
tapi mereka juga mahu hidup..
atas belas ihsanmu



Namun keseronokan.. kau lupa
iblis dan syaitan disampingmu
kau hanyut.. kau melayari bahtera
karam di laut bergelora
tidakkah kau sedar tatkala itu?
asyik nya engkau
namun kuasa tidak mengenal
siapa engkau.......


setelah kau melanggar hukum
kau masih belum sedar jua.......
lantas insan yang tidak berdosa
kau lontarkan seperti sampah..
kau kejam.. kau durjana.. kau dayus
Inilah lorongnya
hati engkau kelam...gelap
tidak bermakna lagi tangisan
keinsafan mu .... bermunajatlah
muga engkau akan dikasihani...

Isnin, 5 April 2010

SAMPAI HATI ENGKAU MELUKAKAN AKU


Terkejut... terkedu.. terkesima..
ayat-ayat yang menyakitkan
marahku jangan diundang
hati dan perasaan ku engkau
gures............

Teramat pedih bagai sembilu
aku bukan perempuan jalang
aku bukan betina sundal...
aku ada harga diri..
diriku perlu dihormati..
jangan sesuka hati engkau..
perkotak katikkan kata-kata
kerana aku juga ada perasaan..
aku juga ada jiwa...

Ingat!!!.. sebelum aku bertindak
lebih ganas dari sang singa dirimba..
kerana aku tidak menyakitimu..
kenapa perlu engkau...
persendakan aku...
jadi aku tidak mau diganggu...
aku benciiiiiiiiii....
aku hampaaaa....
engkau seorang yang ego...
yang pernah aku jumpa..
cuma aku harapkan...
cukup lah.........
akhir kalam... terima kasih
atas segalanya.........
aku hanya insan yang
tidak punya apa-apa.......

TEMAN.MAAFKAN AKU





Muda hanya sekali.....

Nikmati kehidupan indah

tatkala ini..

semua dirasakan hak engkau..

namun semua tidak akan

kekal selamanya....

manfaatkan hidupMU

Usia dan paras rupa kian

kedam dan layu


tubuh mu akan lesu dan

longlai akhirnya

segala urat nadi dan sendimu

akan ngilu dan lemah

masihkah engkau merasa

diri mu segagah dan secantek

dulu! ! ! !...

Lihatlah alam yang luas

lihatlah langit yang terbentang

lihatlah laut yang bergelora

lihat dirimu

engkau masih disini

mungkin kehadiran engkau

sekadar cuma di pinggiran

umpama menumpang

tiada yang kekal abadi

tiada yang istimewa

tiada siapa yang peduli

akhirnya engkau terkapar

diceruk...... tempat yang

sunyi dan sepi.....

tiada lagi keriuhan

tiada lagi keindahan..

tiada lagi nikmat...

semuanya akan ditelan

dimamah.. dikunyah.. hancur

luluh ...

Bersedialah..........

Ahad, 4 April 2010

SEKILAS PANDANGAN


Aku tidak perlu disalahkan
mengapakah sering dan
mudah termakan pujuk rayu lelaki,,
sedangkan dikira logiknya benar
lelaki mempergunakan
mungkin panahan cinta itu sukar ditepis?.....
mungkin jiwaku halus dan sensitif dan
mudah tersentuh.

Mudahnya dikau membuat janji-janji manis
diletakkan bulan dan bintang,ayat-ayat cintamu
umpama sang arjuna,
kau membohongi kononnya bohong sunat??
Ataukah hanya engkau lafazkan cuma dibibir
tidak berasa berdosakah engkau..
kononnya cinta itu sayang dan rindu..
sedangkan engkau punya hati yang
sebaliknya dan engkau cuba mengoda

Namun sekilas pandang,engkau mungkin
jujur namun kejujuranmu membuatkan aku
amat kisah.. takut kepalsuanmu hanya
menduga ku..tatkala diriku mengharapkan
sinar dan cahaya.. engkau pasti akan
mengerti... betapa aku perlu membuat
pertimbangan sewajarnya
sebelum aku terjebak dan terpedaya.

AKU MANUSIA LEMAH


Cemburunya aku
iri hatinya aku
hasad dan dengki
bersarang dalam kalbu
memang jahat aku
pantang aku
andainya engkau
bahagia dan gembira

Iri hatiku menganas
dengki aku membuak
benci aku membara
aku tidak perlu
menggasihi engkau
engkau memang
aku benci
sebenci-bencinya
hingga keurat nadi
hingga urat saraf

Tapi kenapa aku jadi
begini....
kenapa aku terlalu
membencimu..
ohhhhhhhhhh
kenapa!!!!!!!!
apakah salah engkau..
aku memang kejam
aku memang durjana
lebih kejam dari
syaitan dan iblis

tolonglah... buangkanlah
hatiku
diriku
jiwaku hanya kosong
tidak ada yang dapatku
sucikannya
mengapa terjadi begini...
aku hilang arah
aku hilang tujuan
terkapar terbaring
dalam kehinaan
masih adakah ruang
masih adakah keampunan
aku yang terpesong
dari landasan
aku yang hancur
dari sekujur tubuh
bagilah aku peluang
untuk mengenal diriku
SIAPAKAH AKU SEBENARNYA

PERGILAH..

Murung.......
sedih... kecewa...
murung kah dia..
lesu...longlai....
lemah.... kelu....
murung kah dia...

Lukanya teramat dalam..
perit membisa ,
bagai bernanah membusuk,
keliru.. membungkam....
punah kah dia....

Keringat mengalir..
membasahi seluruh tubuhnya..
tempias embun bagai sembilu..
panas membahang perit
membisa.... MENYAKITKAN........
pergilah.. pergilah.. pergilahhhhh...

Kalau ini takdir..
kalau ini suratan..
kalau ini nasib...
kenapa perlu kau sunggutkan
kenapa perlu kau ungkitkan
apapun yang terjadi
kau harus..
terima dia seadanya..

semuga kemergianmu...
tidak akan mengubahkan
apa yang sedia ada...
kau akan tahu jua
AKHIRNYA dia punya
tempat untuk setia.....