Sabtu, 7 Ogos 2010

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA KE 48

Menyanyikan lagu hari Wanita oleh kumpulan NCWO bertajuk WANITA 1 Malaysia
Pemacu Model Baru Ekonomi.



Persembahan dari Artis Adibah Noor dengan berbagai rangkaian lagu.. Ini penyanyi
kesayangan aku juga, mantap betul suara dia..


Bersama Puan Norzila dan Cik Maznun.. sebelum jamuan makan aku sempat possing
lagi...


Pertama kali dapat melihat Yang Maha Mulia Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.
Kerana sudi berangkat menghadiri Majlis Makan Malam NCWO di Sime Darby Convension Centre.






Almaklumlah selepas habis makan makan apa lagi, Mak mak Datin ni pun bergaya
sakan la dengan tarian poco poco yang dilagukan oleh Kombo RTM.....sekali sekala
dapat berkumpul meriah sangat......


OUR INSPIRATION:

Extract of message by Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj for NCWO 25th
Anniversary in 1988.


" I wish to congratulate the Nasional Coucil of Women's Organisations Malaysia (NCWO)
on its 25th Anniversary. Since its inception, I have been observing and keeping abreast
of its development.Today, I wish to place on record how proud I am of the perseverance of
our women in their fight to achieve equal rights, justice and peace in our beloved country.
They have given serious attention to these issues and their wonderful efforts have resulted
not only in the raising of the status of the nation. I have always said that the hand that
rocks the cradle rules the world."
" I myself am truly indebted to my mother because it is her quidance and advice that
have enabled me to be seccessful in life"


Atas keperihatinan inilah atas perubahan global semasa, Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun
Razak, Perdana Menteri Malaysia, telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia dan Model
Baru Ekonomi (MBE).


Strategi digariskan dalam MBE, kepentingan wanita telah dikenalpastikan berlandaskan
prinsip kelestarian, kerangkupan, peningkatan kualiti hidup dan 1 Malaysia.NCWO sentiasa
menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak yang memperjuangkan kedudukan dan
kehendak wanita, yang dilihat sebagai agen transformasi pembangunan negara.


*************************************

Khamis, 5 Ogos 2010

MASIH ADAKAH KESEMPATAN INI


Saat bertemu orang yang benar-benar engkau kasihi
haruslah berusaha memperoleh kesempatan untuk bersamanya
seumur hidupmu,
kerana ketika dia telah pergi
segalanya telah terlambat
saat bertemu teman yang dapat dipercayai
rukunlah bersamanya.
kerana seumur hidup manusia
teman sejati tidak mudah ditemukan

Saat bertemu penolongmu
ingat untuk bersyukur padanya
kerana dialah yang mengubah hidupmu
saat bertemu orang yang pernah engkau cintai
ingatlah dengan tersenyum untuk berterima kasih
kerana dialah orang yang membuatmu lebih mengerti
tentang kasih.


Saat bertemu orang yang engkau benci
sapalah dengan tersenyum
kerana dialah yang membuatmu
lebih teguh dan kuat
saat bertemu orang yang pernah mengkhianatimu
baik baiklah berbincang dengannya
kerana kalau bukan kerana dia
hari ini engkau tidak memahami dunia ini

Saat bertemu orang yang pernah diam-diam engkau cintai
berkatilah dia,
kerana saat engkau mencintai dia
bukankah berharap dia akan bahagia
saat bertemu orang yang tergesa-gesa meninggalkan mu
berterima kasihlah kerana dia pernah ada dalam hidupmu
kerana dia adalah sebahagian dari nostalgiamu



********************







Rabu, 4 Ogos 2010

RUANG YANG KOSONG


Lembayung senja berlabuh
angin menderu sepoi sepoi lembut
mentari kian menghilangkan dirinya
kini aku menanti sang purnama
menjelma dini hari
semakin lama aku mengharap
semakin sempit ruang yang aku nanti

Kemanakah di kau wahai purnama!
aku tetap di sini
menanti dikau tak kunjung tiba
dunia ku gelap terasa
hawa panas kian membahang
tidak ada nya bayu menyapa aku
tidak juga ada kali
membasahi rongga ku yang kehausan
kerana kepanasan ini
semakin mencengkam diriku

Oh dimanakah keindahan itu
aku setia menanti walaupun semua tidak ujud
keujudan itu membuatkan aku terpedaya
semuanya hanya pura pura
semuanya hanya menyakitkan
namun aku tidak mudah mengalah
kerana aku punya jiwa dan rasa
andai dikau cuba mentafsirkan
sedemikian rupa
tetapi aku adalah ruang yang tetap
tidak akan berganjak
biar sekali pun ianya punah
tapi aku tetap pertahankannya


**************