Khamis, 26 Jun 2014

DONGENG LAGI DARI JERMAN PULA..(KISAH TUJUH ANAK TIKUS)








Pada zaman dahulu di sebuah kawasan pendalaman di negeri Jerman, tinggal seorang ibu bersama tujuh orang anaknya. Kesemua anaknya perempuan belaka dan mereka senantiasa kelihatan kemas dan cantik. Setiap hari mereka berpakaian yang sama dengan corak bunga-bunga berwarna-warni. Setiap hari ketujuh-tujuhnya akan mengenakan tudung kepala kecil berwarna merah.

Pada suatu hari ibu kepada tujuh anak perempuan ini terpaksa pergi membeli-belah di bandar untuk membuat persiapan bagi perayaan Hari Easter. Dia tidak dapat membawa kesemua anaknya. Untuk membawa dua atau tiga orang saja tentu yang lain akan cemburu pula. Oleh itu kesemua anak-anaknya itu terpaksa ditinggalkan di rumah.

"Jangan kamu nakal-nakal atau membuat perkara yang boleh mendatangkan bahaya. Tunggu sehingga ibu pulang." pesan ibu mereka. "Oh ya. Satu lagi perkara...jangan usik apa-apa pun di belakang dapur itu!" pesannya lagi.

Pada mulanya mereka semua duduk dalam satu bulatan sambil mendengar yang sulung bercerita. Kemudian mereka menyanyi dan bermain bersama. Tetapi lama-kelamaan mereka merasa jemu kerana semua lagu yang mereka ketahui telah di nyanyikan berulang kali dan semua bentuk permainan telah dimainkan bersama.

Dalam keadaan itu mereka terfikir dan tertanya-tanya tentang apakah yang ada di belakang dapur!. Kata-kata ibu bermain-main di telinga mereka: " Jangan usik apa-apa pun di belakang dapur!"
Akhirnya yang bungsu dari tujuh beradik itu pun mengintai. " Ada satu karung kertas yang besar" katanya dengan kuat. " Ia tergantung dari sebatang paku yang terlekat di dinding."
Kakak-kakaknya pun datang mengerumuninya. Seorang demi seorang mengintai di bahagian belakang dapur itu. Bermula dari yang sulung hinggalah kepada yang bungsu.

Kesemuanya cuba meneka apakah benda di dalam karung kertas berwarna coklat itu. Kemudian seorang demi seorang memegang-megang bungkusan itu untuk meneka apakah kandungannya. Semakin lama semakin bertambah keinginan mereka untuk mengetahui mengenai kandungan karung kertas itu. Akhirnya apabila tidak  tertahan lagi, gadis yang sulung pun perlahan-lahan mengambil karung kertas itu dari belakang dapur. Karung itu di dapati berat dan terpaksa di angkat baik-baik.

Setelah karung itu diletak di atas lantai ketujuh-tujuh adik-beradik berebut-rebut untuk membuka ikatan karung itu.Setelah di buka karung kertas itu mereka pun menuang kandungannya ke lantai. Alangkah gembiranya hati mereka melihat banyak epal dan kacang yang keluar dari karung itu. Sebenarnya buah-buah dan kekacang itu di simpan oleh ibu mereka untuk perayaan Easter.

Tanpa berlengah ketujuh-tujuh adik-beradik itu pun terus duduk di atas lantai sambil  memakan epal dan kacang sehingga mereka betul-betul kenyang. Apabila ibu mereka pulang dari membeli-belah di lihat anak-anaknya sedang duduk kekenyangan di lantai mengelilingi sisa epal dan kulit kacang yang bertimbun. Ini menaikkan kemarahannya hingga tidak dapat menahan perasaan. Dia sedikitpun tidak mengigati akan pantang larang kata-kata menjelang perayaan Easter.



Sudah menjadi kebiasaan orang-orang tempatan menjauhkan diri dari mengatakan perkara-perkara yang tidak baik menjelang Easter. Tetapi ibu ini tetap tidak dapat menahan perasaan marahnya.

"Mengapalah kamu semua ini nakal sangat?" keluh ibu itu. "Sudahlah kamu tidak endahkan pesanan ibu, kemudian kamu habiskan bekalan yang ibu simpan untuk Easter, sekarang apa yang hendak kita makan pada Easter?. Agaknya kamu semua nak jadi tikus. Kalau kamu nak jadi tikus, bagus juga tidak payah susah-susah ibu membasuh pakaian kamu. Ibu juga tidak perlu memasak untuk kamu lagi. Memang lebih baik kamu semua jadi tikus saja," leter ibu dengan marah sangat.

Tiba-tiba satu demi satu ketujuh-tujuh orang adik-beradik itu bertukar menjadi tikus. Tujuh ekor tikus yang kecil lagi comel.  Kejadian tersebut sungguh memeranjatkan ibu itu. Dia tidak menyangka kata-katanya yang kesat itu boleh mengakibatkan keadaan demikian. Oleh kerana terlalu terperanjat dengan apa yang berlaku dia tidak dapat berkata apa-apa selain dari ternganga saja sambil memandang ke arah anak-anaknya yang kini telah menjadi tikus. Ketujuh-tujuh ekor tikus itu pula memandang ke arah ibu mereka dengan wajah yang sedih. Keadaan di dalam rumah itu menjadi sunyi sepi.

Tidak beberapa lama kemudian, kebetulan datang seorang jiran. Memandangkan ketukannya pada pintu tidak mendapat sambutan, jiran itu pun membuka sendiri pintu itu lalu menjenguk ke dalam rumah. Perbuatannya itu mengejutkan ibu itu dan anak-anak tikusnya. Sebaik sahaja pintu itu terbuka, seekor demi seekor anak tikus keluar dari rumah lalu berlari menuju ke arah satu kawasan tanah lapang di mana terdapat sebuah kolam. Ibu itu pula tidak tahu apa yang perlu dibuat melainkan mengikut saja dari belakang.

Tikus-tikus itu terus berlari menuju ke arah tanah lapang itu dan berhenti di tepi kolam. Kesemuanya kemudian menoleh ke belakang untuk melihat ibu mereka untuk kali terakhir. Apabila ibu mereka menghampiri tepian kolam itu, seekor demi seekor tikus terjun ke dalam kolam itu dan tidak timbul-timbul lagi. Ibu mereka yang sejak awal lagi berada dalam kebingungan bertambah sedih bercampur terperanjat dengan kejadian terakhir ini. Dia hanya terdaya memerhatikan tikus-tikus atau anak-anaknya itu terjun ke dalam kolam.

Ibu itu terus berdiri merenung ke dalam kolam tanpa bergerak sedikitpun. Lama-kelamaan dia pun bertukar menjadi batu. Sejak dari hari itu cerita tujuh anak yang bertukar menjadi tikus dan ibu yang bertukar menjadi batu, tersebar luas. Batu di tepi kolam itu pula dikatakan masih kekal ke hari ini. Ada orang bercerita pernah lalu di kolam itu pada tengah malam waktu bulan terang dan melihat tujuh ekor tikus yang keluar  dari kolam itu untuk bermain dan menari keliling batu itu.

Kononnya mengikut kepercayaan ramai, satu hari nanti akan datang seorang ibu bersama tujuh orang anaknya. Kesemua anaknya itu lelaki dan usia setiap anaknya sama dengan tujuh kanak-kanak perempuan yang menjadi tikus. Perempuan yang mempunyai tujuh anak lelaki ini dikatakan akan menyentuh batu berbentuk manusia di tepi kolam itu yang kemudian akan bertukar menjadi manusia semula. Kemudian dari kolam itu pula akan keluar tujuh kanak-kanak perempuan dengan pakaian yang mereka pakai dahulu iaitu baju yang sama dengan corak bunga-bunga berwarna-warni.  Setiap kanak-kanak perempuan ini akan berpegang tangan dengan seorang kanak-kanak lelaki dan mereki akan berjalan bersama-sama sambil di ikuti oleh dua orang ibu yang gembira.


*****************************88******************************


Selasa, 24 Jun 2014

YA RAMADHAN AL-MUBARAQ


Tidak beberapa lama lagi kita akan menyambut Ramadhan Al Mubaraq, Terasa benar cepat masa berlalu pejam celik pejam celik sudah masuk bulan puasa..Alhamdulillah kini kita akan berpeluang menjadi tetamu Ramadhan yang awalnya Rahmat  pertengahannya Maghfirah dan penghujungnya di jauhkan dari seksaan Api Neraka..



Ya ramadhan kita akan kembali bertemu .Seperti juga Ramadhan yang lalu
Bulan yang sama tetap setia menunggu, tetapi masa yang berbeza pasti menghasilkan natijah juga berbeza. Untuk tahun ini Ramadhan bagi aku sangat memberikan banyak peristiwa pahit manis.. Ramadhan kali ini aku lalui amat berlainan sekali tidak seperti tahun-tahun yang lalu, kini aku harus harungi dengan jiwa yang khudus dan rasa macam sedih pilu dan satu macam perasaan yang tidak dapat aku gambarkan melalui kata-kata. Tapi biarlah semua itu aku simpan dalam memori dan telah menjadi sejarah yang tidak mungkin berulang kembali kegembiraan seperti dahulu. Apa pun hidup perlu di teruskan jua.

Ramadhan ini juga aku harap peningkatan amalan dan ketekunan aku beribadat akan di permudahkan Allah . Aku berdoa muga Allah memberikan keberkhatan dan kerahmatan dalam aku mengharungi liku-liku hidup ini.

Semuga dengan kedatangan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, menjadikan aku insan yang lebih bersabar dan redha.Ya Allah Ya Rabbi.. Engkau terimalah, Berkhatilah dan Rahmatilah setiap amalan yang aku lakukan.. Semuga Ramadhan tahun ini aku bertambah tenang dan di permudahkan setiap perbuatan dan kebaikan yang dilakukan. Tahun ini juga aku bersyukur ke hadrat Allah swt., kerana telah memberikan rezeki dan rahmatNYA dengan ujudnya "NAJAT" (Phenomedic Hayacare Sdn Bhd) yang telah di ambil alih oleh puteri sulungku..

Semuga dengan Phenomedic Hayacare ni akan memberikan semangat dan rangsangan yang berlipat kali ganda. Mudahan rezeki kami anak beranak akan di permudahkan Allah.

Harapan aku agar puteri sulungku ... Ingatlah setiap pengorbanan akan ada ganjaran selagi kita berbuat kebajikan dan kebaikan untuk Ummah serta mengasihi orang lain walaupun kita di dalam keperitan....In Syaa Allah di atas kesungguhan puteri sulungku menubuhkan NAJAT (klinik) di Shah Alam Seksyen 7 akan mendapat tempat dihati orang-orang yang memerlukan hidmat nasihat, rawatan serta pengawalan penyakit... Muga Ramadhan kali ini akan memberikan kami kekuatan dalam mengharungi pancaroba dan halangan yang akan kami harungi...Walaupun seperit mana untuk meneruskan usaha ini, aku berdoa agar Allah merahmati dan memberkhati...IN SYA ALLAH...







***************************************88*********************************


6.12am
24/6/14

Isnin, 23 Jun 2014

SELAMATKANLAH SEBELUM TERLAMBAT

Aku begitu tertarik dengan artikel Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) .Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah hari ini yang dimuatkan didalam Surat Khabar arus perdana Sinar Harian. Mungkin persoalan berkisar mengenai nasib Bangsa ku MELAYU...




Sebagai umat Islam, saya amat hairan pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi pasal apa Melayu terus Melayu, lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negetif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!.

Pertama, Bidang pekerjaan. Melayu tidak mahu lagi menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar dan tukang cuci. Tak glamor. Lebih 3 juga buruh asing mengambil alih tugas Melayu.

Kedua,bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur daripada program realiti bintang kecil sehinggalah bintang tua.
Semua program realiti akan berakhir Ramadhan ini kerana pada kefahaman kita, ia bulan Ibadat. Bagaimana pula bulan lain!. dan kefahaman  Islam jenis apakah ini?.

Ketiga. bidang politik. Kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Sedar atau tidak, kita hanya ada 50 peratus. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah.
Malangnya, perpecahan semakin melebar, PRU 14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.

Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas dan sumbang mahram. Bukan bermakna bukan Islam tidak melakukannya.
Mereka pun banyak terlibat. Mereka pandai makan, pandai simpan. Namun, mereka tidak sampai di rogol berkali-kali oleh 21 orang lelaki sehingga menjadi rekod dunia.

Kelima, bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70 peratus dikuasai bukan  Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari.  Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di laman sosial, cap Masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Ini baru bihun, belum lagi yang lain.

Keenam, Kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak?. Begitu juga pendedahan aurat sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta.
Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang, jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan?. Orang yang duduk di atas itu, adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?.

Ketujuh, kebanyakan stesen TV tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya?.
Rancangan hiburan tidak di tentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Karpet merah dibuat pada waktu maghrib, solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis ini bersolat Zohor, Asar dan Magrib?.

Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam?. Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu?. Siapa yang memberikan lesen semua ini?.
Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini. Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa?. Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.

Bak kata Dr Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert?.

Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal?. Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja?. Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?.

Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi untuk berjemaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?

Akhirnya, marilah kita musabah diri, perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu. Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. Ayuh!! Bersatulah!! sama-sama fikir dan renung, sebelum terlambat.



***************************************88****************************************