Sabtu, 20 Mac 2010

NYONYA OH NYONYA

Aku tidak mahu diriku terjadi seperti hamba Allah ini.Selagi
berupaya aku akan berusaha .....



Hari ini aku berjogging keliling taman perumahanku seminggu empat kali aku berjalan untuk kesihatanku yang selama ini kurang berupaya.Mintak pada Allah agar kesihatan ku akan pulih seperti dahulu.. Kesakitan dari pembedahan ku sudah hampir satu tahun masih juga terasa lagi peritnya.

Aku pusing keliling taman,terjumpa seorang Nyonya yang aku kira sudah lanjut usianya.Lebih kurang mungkin dalam lingkungan lapan puluhan. Terinsut-insut dia melangkah kakinya bertongkat kayu. Aku kagum dengan semangat jati diri Nyonya itu.Aku bertanya "Auntie dulu sakit apa! sampai jalan pun tidak kuat" ahakz aku pula bertanya soalan bodoh..

Tapi Nyonya itu menjawab dengan lembut sambil tersenyum padaku.." Ayooo Wa lulu aala sakit itu setelok ma.. Wa talak moleh nyalan punya ,Wa ala masuk ICU. sikalang Wa sulah ala baik ma.."kekeke aku ketawa bila dengar Nyonya itu bercakap walaupun tutur katanya hampir aku tidak faham.

Mmmm aku rasa kagum dan kaget dengan semangat Nyonya itu.. walaupun dia sudah tua dan jalan bertongkat tapi Nyonya itu tidak menurut kata hatinya yang dia itu sakit.. Mungkin kerana setiap pagi Nyonya itu berjalan mengelilingi taman perumahanku.. kesihatan dia semakin pulih.

Kesimpulan aku dapat dari Nyonya itu.. Kesihatan kita adalah kegembiraan kehidupan kita walaupun kita dilanda berbagai-bagai halangan..Jangan kita turutkan hati nanti merana badan dan belum cukup tua kita dah merasa tua.....

Jumaat, 19 Mac 2010

MUNGKINKAH




Kelmarin kita bertemu
setelah perpisahan ini
hati terasa bergetar
kembali.....

memang ku akui
sungguh dalam kehadiranmu
pedihku masih terasa
didada

aku tak dapat menahan
cemburu..
aku tak dapat menahan pilu
aku tak dapat menahan
semua rindu
kini jadi mimpi yang pedih
yang membuat ku gelisah

derita di mata derita dalam jiwa
kenapa aku tak di pedulikan
gelora dalam hati
kenapa tidak pernah aku dipedulikan
selama ini musim
sejauh penantian

sebening embun
sejuta impian sejuta harapan
kenapa aku di abaikan
masihkah ada waktuku
di tengah lautan
kerinduan yang bergelora

Mungkin takdir buatku
kita mungkin tidak akan
bertemu,
lagi.. mungkin esok.. lusa
aku akan kecewa
selama lamanya


Khamis, 18 Mac 2010

RENUNG-RENUNGKAN LA




Lihatlah betapa hidup kita begitu mewah dengan berbagai-bagai hidangan makanan..yang menyelerakan.. Adakah kita masih leka dengan kesenangan yang ada!!..



Kasih dari seorang ibu.. walaupun kelaparan tetapi mereka tabah..



Betapa mereka-mereka ini sedang kelaparan



Ketahui dan insaflah,bahawa semua cubaan dan ujian Allah itu bukan saja hanya dalam bentuk kesusahan yang kita alami,tetapi ujian dan cubaan Allah itu datang dalam bentuk kesenangan.

"Dan akan Kami uji kamu dengan keburukan dan kebaikan
sebagai cubaan dan kepada Kami kamu akan kembali"

(Surah al-Anbiya' :35)

MEMORI





Hari ini boring sesangat la... duduk termenong mengadap komputer didalam bilik yang sejuk dan sepi.. entah apa yang aku fikirkan pun tak tau... kosong dan tasawwur (pandangan) ku tidak ada titik noktah. aku mengelamun dan menerawang kenangan silam, ohhh bosan nya hidup tanpa sesuatu pekerjaan yang boleh aku lakukan. Sepanjang waktu hanya tugas-tugas house wife jer aku lakukan sampai dah tak de apa yang akan aku buat lagi. Sedang aku mengelamun sendirian, aku dikejutkan oleh suara jeritan dari luar..aku ingatkan siapa la agaknya.. segera aku menjengah jendela pintu untuk melihat sesuatu apa yang telah berlaku.." Oii sialan ko, apa yang telah anak ko lakukan ha. ko tengok ni, habis tong sampah aku dah kena bakar. anak ko ni memang dah kurang ajo, anak setan, mak bapak tak tau jaga anak, beranak jer pandai, dan bla bla bla lagi pun aku tak paham," ehh ehh senangnya dia kata anak aku macam tu..

. aku dah ajar dah anak aku, tak kan dia kurang ajar lagi kut... tak tahu hujung pangkal aku keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.. " heiii betina, ko tak nampak ker tong sampah aku terbakar! ni mesti anak ko punya pasal.." ehh apa hal lak ni.. dengan gaya terperanjat dan terpana..aku pun tanya la " kenapa kak.. apa yang telah berlaku ni.. saya tak paham lah" sambil tu mataku melihat asap hasil kebakaran didepan rumah ku dan rumah jiran-jiran yang lain.. memang ada kebakaran, tapi tak lah seteruk mana pun, cuma kebakaran rumput ditepi jalan sahaja. " ha ah ko ni mata buta ker,, tu cuba ko tengok tong sampah aku dah kena bakar.. ni anak ko la punya kerja" Amboi sedapnya bahasa makcik sekor ni....dia ingat aku ni apa! senang-senang jer nak tengking aku...itulah bahananya kalau kita dah ikut telunjuk syaitan... aku salah satu darinya.. sifat pemarah aku tidak dapat dikawal lagi." OOOOIIII cik kak cakap tu jangan ikut sedap mulut jer...fikirlah dulu sebelum nak tuduh-tuduh orang... entah sapa la yang bakar tong sampah awak tu,,,nak kata anak aku yang bakar... eh tolonglah sikit anak aku pun sekarang ni tak de kat umah la... dia ikut bapak dia pergi taman bunga tau tak! jangan nak pakai semborono jer.. ingat anak aku tu jahat sangat ker...apa ko tu punya anak moleh no ker.. tolong jaga bahasa cik kak oiii... Ini kah contoh teladan bahasa dari seorang bekas pesara guru yang mendidik anak muridnya...bercakap kesat pada orang...ko ingat ko dah baik sangat ker... cikgu apa kebenda!... bodoh sombong, berlagak, ko ingat ko besar sangat, terhormat sangat ke" bla bla bla aku pun dah nak sawan...lupa diri sebentar...sampai satu tahap terjelepuk aku terduduk mengeletar seluruh tubuhku menahan kemarahan.


.
Memang sebelum ini aku tidak pernah melakukan perkara begini kepada orang, aku tidak pernah bersengketa dengan sesiapa pun.. malah kadang-kadang aku lebih mengalah dari terjadi pergaduhan sesama jiran..sampai satu tahap aku terus tersedu menahan tangisan pilu... kenapa terjadi demikian, dan akhirnya sejak peristiwa itu berlaku aku mula kurang bercampur dan mendampingi jiran tetangga.. aku selesa berdiam diri di rumah dan tidak lagi mau mencampuri urusan jiran tetangga ku...... walaupun kadang-kadang tekanan dan kebosanan menguasai diriku.. aku rasa lebih baik begini dari aku melakukan kesilapan..


.
Ehhhh apa yang aku angan kan ni....kesitu pulak aku mengimbau kenangan lalu... kenangan yang hampir berlalu selama lebih 18 tahun..oooo lama tu...kini aku teringat kan kakak yang aku tengking dulu.. entahlah kenapa yer.. mungkin aku rasa bersalah,,,, maklumlah semasa pertelingkahan itu aku tidak sempat memohon kemaafan darinya.. Sekarang ini aku telah berpindah ke daerah lain dan tidak mungkin dapat menemui beliau lagi... tapi aku pasti suatu hari nanti aku akan bertemu dengannya untuk menjernihkan keadaan. Semoga tuhan memperkenankan doa ku... Aku juga ingin memohon maaf dan aku tahu aku hanya insan biasa yang tidak lepas dari berbuat silap...

Selasa, 16 Mac 2010

SADIS




Kia spectra yang di pandu oleh seorang ibu dengan anaknya...


Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawap......Sebuah kereta wira
terperosok dibawah kren...


Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu
berserah dan memanggil nama isteri tercinta......dan bertawakal...serta berserah pada
ALLAH yang MAHA KUASA....


Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi......
Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!!!........

Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera.......
Pihak bomba cubasedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada
cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada.....

Akhirnya wajah Si isteri dapat dilihat.......

Tuhan saja yang tahu bagaimana sedihnya Hati Si Suami melihat keadaan Si
Isteri....yang tersepit dibawah Kren.....YA ALLAH...

Kata-kata semangat dan ayat suci Al-Quran yang mampu Si Suami bagi pada Si Isteri
agar ia terus bertahan dan sabar......Insyallah dia akan selamat

Pihal Bomba terus meningkatkan Usaha!!!!

Akhirnya Bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta....

" YA ALLAH......"

Bantuan Sebuah Kren diperlukan bagi mengangkat kren yang menghempap kereta
Si Ibu ini......dan mengeluarkan kereta ini dari bawah kren...

AKhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di
angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai...

Dengan berhati-hati pihak Bomba mengeluarkan "Ibu Yang Sarat Mengandung

Pihak Pramedik memberi bantuan pada Si Ibu agar Si Ibu dan Bayi dalam kandungan
Si Ibu selamat

Jika dilihat dari keadaan kereta ini mungkin kematian yang kita akan jangkakan....Tapi
" Ini yang disebaliknya....Dengan Kuasa ALLAH".....Subhannallah...

BANDAR RAHSIA GUA PEPERANGAN VIETNAM


Selepas tiga dekad, gua rahsia yang pernah menjadi tempat persembunyian ribuan pemimpin Laos ketika Amerika Syarikat (AS) menyerang Vietnam, kini menarik para pelancong untuk diterokai.


GUA-GUA di Viengxay menjadi kubu yang menyelamatkan ribuan pejuang revolusi Laos.

TERSOROK jauh ke dalam hutan yang dilitupi dengan gunung-ganang di utara Laos, ia menjadi lokasi kepada sebuah gua rahsia yang tidak ubah seperti sebuah bandar.

Menjadi tempat persembunyian yang sukar ditembusi, bandar gua itu telah menjadi penyelamat kepada ribuan pemimpin revolusi Laos selama hampir 10 tahun ketika Amerika Syarikat (AS) menyerang Vietnam.

Kini selepas 30 tahun konflik itu berakhir, negara komunis itu akhirnya telah membuka rahsia mereka itu. Tetapi ia bukan dengan niat untuk memalukan AS sebaliknya menjadi pintu kepada pelancongan pasca perang.

Tarikan sejarah yang sangat tinggi diharap menjadi pemangkin kepada ekonomi dan melonjakkan taraf hidup yang lebih baik penduduk di kawasan itu kerana kemiskinan.

Jaringan gua-gua di situ mencecah 500 buah dan ia menjadi kediaman kepada lebih 23,000 orang. Menariknya, ia digelar bandar gua kerana mempunyai kemudahan bagaikan sebuah pekan atau bandar.

Digerakkan dengan bekalan elektrik, gua tersebut juga mempunyai kedai, sekolah, sebuah penerbitan akhbar dan sebuah hospital yang terdiri daripada doktor dari Cuba.

Ratusan askar dan penduduk kampung membina kediaman di sebuah gua besar dipanggil Gua Gajah di mana filem-filem propaganda disiarkan di situ.

Tidak ketinggalan filem-filem daripada negara sosialis lain ditayangkan di situ untuk meningkatkan moral penghuni gua tersebut.

Sebuah gua kecil yang dihubungkan dengan beberapa terowong adalah kediaman kepada Ketua Parti Komunis, Kaysone Phomvihane dan orang kanannya.

Kedudukan mereka berdekatan dengan khemah kecemasan yang mempunyai mesin bekalan oksigen buatan Rusia yang menjadi persediaan sekiranya berlaku serangan. Bagaimanapun ia tidak pernah digunakan kerana serangan tidak pernah tercetus sehingga ke kawasan itu.

"Ini ialah tempat kelahiran kepada Laos yang moden," .Kebanyakan pemimpin dan ahli revolusi tinggal dan belajar di sini."


HANYA selepas tiga dekad gua-gua ini membuka pintu kepada orang luar.

Lokasi itu yang turut dipenuhi dengan landskap gunung-ganang dan sawah padi, menjadi antara tempat yang menerima 'hujan' bom paling banyak di dunia apabila jet AS mensasarkan pejuang Pathet Lao dan laluan bekalan makanan utara Vietnam antara tahun 1964 hingga 1973.

"Antara pukul 6 pagi hingga 5 petang selama lapan hingga 10 minit, jet AS akan mengebom sekitar kawasan ini. Pada pukul 7 petang mereka datang lagi tetapi untuk menjatuhkan roket.

Selama berdekad selepas perang yang berakhir dengan kemenangan kepada pihak komunis pada tahun 1975 di Vietnam, Cambodia dan Laos, kawasan itu kekal menjadi lokasi yang tidak boleh dimasuki oleh orang luar.

Selepas Laos membuka pintu negaranya kepada orang luar sekitar tahun 1990-an, pelancong backpacker mula menuju ke Viengxay, dua hari perjalanan dengan kereta dari Vientiane di timur laut wilayah Houapanh dan 55 kilometer dari sempadan Vietnam.

Laos amat berharap dengan pembukaan gua-gua di Viengxay secara meluas dapat menarik perhatian orang luar yang mungkin dapat menukar wajah kawasan itu daripada tapak perang kepada lokasi bertemakan pelancongan.

Terowong Cu Chi di Vietnam dan kawasan pembunuhan beramai-ramai kejam di Kemboja yang kini menjadi tumpuan pelancong,Walaubagaimanapun, setakat ini Laos hanya membuka tujuh buah gua dengan kebanyakannya adalah kediaman kepada pemimpin-pemimpin komunis di mana antara artifak yang boleh dilihat termasuklah lampu kerosin, tempat tidur, tempat memasak, pinggan mangkuk, radio dan sebagainya.Yang pasti kawasan pergunungan itu masih menyimpan banyak rahsia dan misteri. Ia kini memerlukan suntikan dana lebih besar daripada pihak luar untuk membolehkan kemudahan infrastruktur lebih baik disediakan.

"Tidak ramai pelancong yang mengunjungi Viengxay kerana kesukaran perjalanan"Apa yang diperlukan Viengxay kini ialah pembangunan ekonomi memandangkan Houapanh adalah wilayah paling miskin di Laos,"


PEMBUKAAN Viengxay kepada pelancong dunia diharap boleh menjana ekonomi penduduknya.


Isnin, 15 Mac 2010

GADIS YANG BERNAMA SUFIAH





Masih ingat lagi gadis yang bernama Sufiah Yusuf???.. gadis yang bijak dan pandai , tetapi kepandaiannya disalah gunakan..kecerdikannya yang tidak dipergunakan sebaik-baiknya....

GENIUS matematik terkenal dunia, Sufiah Yusuf di mana ibunya kelahiran Malaysia kini menjual tubuh di Britain dengan nama samarannya adalah Shilpa Lee. Sufiah kini menawarkan diri untuk tubuhnya dijual dalam laman web.

Menerusi laman web itu, dia mempromosikan bentuk saiz badannya dan tempahan perkhidmatannya boleh dilakukan pada setiap hari bermula pada pukul 11 pagi hingga lapan malam.Dia mendakwa dirinya seorang wanita yang seksi, pelajar pintar yang memilih lelaki budiman tetapi lebih tua.

Bagaimanapun, seorang bekas teman lelakinya menyatakan: "Dengan kecerdasan otaknya yang mengagumkan, dia sepatutnya boleh membuat wang menerusi cara yang dia mahukan."Bagaimanapun, kehidupannya tidak lagi dapat dikawal."

Sufiah terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu di Salford, Manchester dan kini ia adalah tragedi baru yang dihadapinya selepas dia bergambar dengan topi siswa di luar Kolej St. Hilda, Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun.

Pendedahan itu berlaku selepas bapanya, Farooq dari Pakistan yang berkahwin dengan Halimahton iaitu wanita kelahiran Johor, Malaysia, dipenjarakan kerana melakukan serangan seksual terhadap dua perempuan berumur 15 tahun ketika dia mengajar mereka dalam tuisyen matematik.

Kehidupan Sufiah kerap dilanda masalah tetapi dia berjaya lulus dalam peperiksaan matematik AL-Level yang diperlukan untuk memasuki Universiti Oxford ketika berumur 12 tahun.

Ketika itu, dia merupakan seorang kanak-kanak yang taat dengan ajaran agama dan bersolat lima kali sehari selain menjadi subjek teknik pembelajaran kanak-kanak pintar yang dicipta oleh bapanya.Dia juga belajar dengan kuat dan dipaksa bermain tenis dan dia menjadi pilihan kelapan di Britain bagi kategori pemain di bawah 21 tahun.

Bagaimanapun, tiga tahun di Oxford, Sufiah menyebabkan polis melancarkan operasi memburunya selepas dia melarikan diri dari universiti berkenaan.Ketika ini, bapanya mendakwa Sufiah diculik dan fikirannya ditekan oleh sebuah pertubuhan yang mencari punca kepintarannya.

Namun, Sufiah mengambarkan kehidupannya yang dikawal oleh bapanya sebagai 'hidup di neraka,' sudah mencukupi untuk menghadapi penderaan fizikal dan emosi selama 15 tahun.Sufiah hilang selama dua minggu sebelum dia ditemui di sebuah kafe internet di Bournemouth di mana dia bekerja sebagai pelayan hotel.

Sufiah kemudian kembali ke Universiti Oxford untuk menghabiskan tahun terakhirnya dalam sarjana Matematik.Bagaimanapun, dia gagal menamatkan pelajaran selepas bertemu dengan seorang peguam muda, Jonathan Marshall.Mereka berkahwin pada 2004 ketika Sufiah berumur 19 tahun dan Jonathan berusia 24 tahun.

Ibu bapa Sufiah dan adik-adiknya tidak hadir dalam majlis perkahwinan itu walaupun diundang.Namun, perkahwinan itu hancur dan mereka bercerai setahun kemudian.Kini, dalam sebuah flat kecil, dia menggunakan tubuhnya untuk membayar sewa.Wanita itu hanya memakai skirt pendek, kasut kulit dan baju ketat.Dia membawa tiga telefon bimbit.Dia memberitahu kadar sewa adalah £130 (RM828.99) sejam dan kemudian memasang muzik dengan menggunakan alat permainan muzik murah.

Sufiah memberitahu bahawa dia kini belajar sarjana Ekonomi sebagai pelajar sambilan di London selama dua tahun.Dia juga memberitahu bahawa peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi.

Kesihan.. gadis yang begitu pintar tetapi terjebak kedalam kancah sosial yang merosakkan diri dan masa depannya.. hanya waktu dan nasib sahajalah yang menentukan..



OH BUMI KU



PERNAH dengar istilah Babylon? Jika ya, pasti anda mengetahui susur galur sejarah sebuah bandar purbakala yang musnah ratusan tahun dahulu. Bagaimana pula dengan kemalangan atau detik hitam yang berlaku di tapak menjana tenaga nuklear Chernobyl, Kesatuan Soviet, berdekatan Ukraine?

Lakaran sejarah ini sudah lama berlalu, namun kesannya masih boleh dilihat dan dirasai sehingga sekarang. Paling buruk ialah kesan terhadap populasi penduduk setempat sehingga meragut banyak nyawa, ternakan, mengubah struktur geografi, menyebabkan kecacatan kekal dan penyebaran penyakit.

Mampukah bumi bertahan atau berjaya mengharung survival ekosistem? Apakah saki-baki yang masih wujud daripada sistem industrialisme? Apa pula yang paling cepat akan hancur dan reput serta haiwan apa yang mampu hidup?tidak meramalkan perubahan cuaca dan suhu pada masa akan datang tetapi menggambarkan apa yang bakal berlaku pada bangunan, kemudahan dan sesebuah bandar jika tiada manusia menjaga dan menyelenggara."

"Terdapat terlalu banyak contoh dan kejadian yang memberi kita sedikit sebanyak bayangan apa yang berlaku setiap kali sesuatu bencana alam melanda dan akibatnya adalah satu malapetaka yang cukup malang,"

Taufan, ribut, tsunami, banjir, letusan gunung berapi dan gempa bumi merupakan antara kejadian alam yang tidak dapat dihindari.

Apa juga punca manusia lenyap dari muka bumi, itu tidak penting. Ini kerana ia adalah kejadian yang tidak dapat dielakkan.

bangunan pencakar langit yang dibiarkan untuk ratusan tahun akan menjadi sebahagian daripada ekosistem yang menegak, tanpa perubahan. Dihuni oleh kepelbagaian haiwan-haiwan seperti burung, rodensia dan tumbuh-tumbuhan, kebanyakan daripada haiwan ini boleh hidup tanpa manusia




Bilangan haiwan liar akan bertambah memandangkan manusia tidak lagi memburu atau menganggu habitatnya.Haiwan-haiwan domestik seperti kucing dan anjing atau yang telah dikurung dizoo kembali bermaharajalela di hutan rimba dan hutan konkrit.

"Ada sesetengah haiwan yang sebelum ini bergantung kepada manusia seperti lembu, kambing dan anjing, terpaksa belajar untuk hidup dalam habitat liar. Mungkin ada juga yang tidak berdaya dan akhirnya mati,"

Sungai-sungai di seluruh dunia membesar kerana paras air laut meningkat sehingga menjejaskan kedudukan negara Belanda dan juga kota London yang terdedah kepada bahaya ditenggelami air. Jambatan akan hilang daripada pandangan termasuk bangunan-bangunan bersejarah.

Terowong di bandar metropolitan New York bertukar wajah kepada sebuah laluan air. Beruang dan kawanan kerbau pulang ke dataran Great Western dan saksikan juga keadaan Tembok Besar China, Piramid dan Menara Eiffle.

Memandangkan umat manusia tidak membina bangunan di kutub utara dan selatan, tidak banyak perubahan berlaku di sini kecuali kesan pembebasan gas rumah hijau,"







EEEEEE GERAMNYA

“GERAMNYA! Ingatkan selama ini dia berlaku jujur tetapi rupa-rupanya lidah bercabang”. Itu antara ungkapan pertama yang akan dilemparkan setelah mendapat tahu si dia kekasih hati, rupa-rupanya milik orang.

Lebih menambah kemarahan di hati apabila mengetahui si dia sudahpun berumah tangga dan mempunyai cahaya mata.

“Kenapa aku tidak diberitahu lebih awal” atau “Mengapa ini yang terjadi”, adalah antara persoalan yang bermain di kotak fikiran ketika itu

Cuba alih renungan wajahnya

Sewaktu berbual, si dia cuba mengelak daripada memandang tepat ke wajah kerana bimbang pembohongannya dapat dikesan. Kata orang, apabila seseorang telah melakukan kesalahan, hatinya akan berasa resah bagai tidak menentu apabila berbicara.

Elak berjumpa di tempat awam

Si dia jarang mengajak keluar makan bersama di kawasan yang terbuka seperti pusat beli-belah atau di restoran. Perbuatan ini dilakukan kerana si dia khuatir sekiranya tindakan itu akan dikesan oleh orang lain yang mengenali dirinya.

Bagi menjaga statusnya sebagai suami atau kekasih orang, si dia sanggup membeli sahaja makanan dan menikmatinya di dalam kereta.

Bola mata tidak ketentuan

Ketika sedang menikmati kemesraan kala berjumpa, posisi bola matanya dilihat tidak tentu arah. Sekejap ke kanan dan beralih pula ke kiri bagai memerhati dunia di sekeliling.

Ini mungkin kerana bimbang terserempak dengan rakan-rakannya atau saudara mara kekasih mahupun isterinya.

Sukar untuk dihubungi

Setiap kali menelefonnya, si dia sentiasa sibuk atau mungkin berada di luar kawasan liputan. Si dia kerap kali sukar dihubungi melalui telefon bimbitnya walaupun menggunakan dua atau lebih daripada satu talian telefon. Ini kerana si dia hendak menyembunyikan rahsianya daripada terbongkar.

Merahsiakan alamat dan nombor telefon rumahnya

Tidak pernah diberitahu di mana si dia tinggal, tempat kerjanya dan nombor telefon rumahnya. Segala maklumat penting itu seolah-olah ingin dirahsiakan

Paling ketara, sewaktu si dia berada di rumah. Intonasi ketika berbual menerusi telefon amat berbeza. Si dia tiba-tiba mengubah topik perbualan dan meletakkannya dengan cepat.



Elak berjumpa orang tuanya

Si dia yang telah pun berpunya juga tidak pernah atau tidak akan sesekali menjemput datang ke rumahnya atau berjumpa dengan orang tuanya. Ini kerana dia bimbang, rahsianya akan terbongkar.

Pengalamannya begitu luar biasa

Pengetahuan tentang isi hati wanita agak luar biasa kerana dia memiliki banyak pengalaman berdampingan dengan wanita lain. Pandai memujuk dan bijak menyelongkar rahsia dalaman wanita, antara kelebihan yang ada pada dirinya.

‘Kegatalan’ yang melampau

Sewaktu bersama, si dia berani melakukan sesuatu tanpa disedari. Ini kerana si dia mungkin dikongkong oleh teman wanita atau isterinya. Oleh itu, seharusnya berhati-hati dan ambil tindakan berjaga-jaga dengan sikap lelaki yang seperti ini.

Masa yang terhad

Disebabkan banyak komitmen yang perlu ditunaikan, si dia begitu sukar untuk bertemu dan meluangkan masa berbual di telefon.

Menyedari masalah itu, terpaksa mengikut masa yang dia tetapkan. Alasannya, dia sibuk, sedangkan dia sebenarnya menemani wanita lain.

Menjauhi perbualan telefon

Bila telefonnya berdering, si dia akan beredar ajak jauh atas alasan takut perbualannya didengari. Untuk menyelamatkan diri, dia sanggup berjalan jauh.





DUIT DUIT DUIT


SEMUA orang mahukan kejayaan. Pelajar mahukan kejayaan 17A1 dalam peperiksaan, peniaga mahukan keuntungan berlipat ganda, pensyarah mahu cepat mendapat gelaran profesor, pelajar universiti mahu cepat dapat kerja dan pegawai gred 54 mahu cepat naik pangkat Jusa C.

Masalah kebanyakan orang ialah bukannya mereka tidak boleh mengecapi kejayaan. Halangan terbesar mereka ialah salah faham erti kejayaan. Kefahaman yang selalu dinyatakan ialah kejayaan berada pada mereka yang berbakat, pintar dan memiliki sesuatu yang luar biasa.

Kita disogok dengan kejayaan adalah kekayaan. Lahirlah jutawan internet, jutawan MLM dan jutawan tani yang memiliki harta dan kekayaan.

Kekayaan yang melimpah ruah. Maka, wujudlah ungkapan-ungkapan hebat berbunyi, wang tanpa menjual, bekerja dari bilik tidur dan wang bekerja untuk kita.

Kemungkinannya matlamat mencapai kekayaan adalah salah faham terbesar tentang kejayaan. Ramai orang yang percaya jika mereka memiliki kekayaan wang dan harta, hidup mereka akan bahagia selama-lamanya.

John D. Rockfeller, seorang jutawan dalam bidang industri telah ditanya berapakah sebenarnya yang diperlukan untuknya berpuas hati terhadap kehidupan yang dilaluinya. Dia menjawab, “Hanyalah sedikit.”

Pada tahun 1923, lapan orang yang mempunyai wang melebihi kepunyaan kerajaan Amerika Syarikat berkumpul di Edgewater Beach Hotel di Chicago. Dua puluh lima tahun kemudiannya; Charles Schwab, hidup dengan wang yang dipinjam selama lima tahun sebelum meninggal dunia. Howard Hopson, menjadi gila.

Athur Cutton, meninggal dunia di luar negara dalam keadaan muflis. Richard Whitny, dihantar ke pusat pemulihan. Albert Fall, dibebaskan dari penjara supaya boleh menghembuskan nafas terakhir di rumah. Jesse Livermore, Iver Krueger dan Leon Frazer telah membunuh diri!

Apakah erti kejayaan? Kesudahan hidup yang menjadi penentu, bukannya permulaan.

“Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu daripada permulaan.” Surah ad- Dhuha : 4

Senarai Fortune 500 yang diterbitkan pada tahun 2006 telah menyenaraikan individu dan syarikat yang kaya-raya. Bill Gates masih lagi menjadi orang terkaya di dunia selama 13 tahun dengan jumlah kekayaan US$56 bilion, diikuti oleh rakan karibnya Warren Buffett dengan nilai kekayaan US$52 bilion.

Itulah kekayaan yang dapat dicapai oleh manusia pada hari ini. Wang dan kekayaan adalah impian. Dengan wang, dunia boleh dibeli. Dengan wang, nilai boleh diketepi. Dengan wang, hati menjadi mati.

Seorang peniaga Cina telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya sehingga menarik perhatian usahawan-usahawan yang lain untuk melabur dengannya. Nilai keuntungan tahunan perniagaannya sangat membanggakan dan bercadang untuk melaksanakan sistem francais.

Projek perniagaan francais yang bermula dengan penuh kesungguhan berakhir dengan kegagalan. Rugi. Ada yang ditutup. Kelemahan ketara ialah pengalaman berniaga dan pengurusan kewangan.

Kejayaan berniaga bukannya datang secara ajaib, dijampi atau menggunakan mentera tertentu. Ia memerlukan nilai-nilai yang khusus dan melibatkan proses berfikir, merancang dan bertindak.

Tiger Woods, seorang pemain golf profesional dan terkemuka pernah ditanya apakah rahsia kejayaannya sebagai seorang pemain golf. Beliau memberitahu tidak ada apa-apa rahsia. Yang penting kejayaannya adalah kerana usaha, latihan dan inisiatifnya hendak menjadi pemain golf yang paling berjaya di dunia.

Ingat pesanan Ali bin Abi Talib kepada anaknya: “Kekayaan yang paling berharga adalah akal. Kefakiran yang paling besar adalah kebodohan. Sesuatu yang paling keji adalah sikap ujub dan bangga diri. Kemuliaan yang paling tinggi adalah akhlak yang mulia”.

Duit bukanlah kunci kepada segala kejayaan. Jika ia tidak disusuli dengan iman serta ilmu dunia dan akhirat, tidak mustahil ramai yang akan tersesat.

SEDAPNYA KEK!!!!



Sekarang musim cuti persekolahan.. mungkin ramai yang mengadakan majlis perkahwinan dan juga majlis pertunangan....

ABAD ini, kebanyakan kek perkahwinan dihasilkan sebagai karya agung kepada si pembuat kek selain nilai ‘sentimental’ kek tersebut kepada pasangan mempelai.

Ini disebabkan jika kek tersebut kelihatan menarik dan gah, ia memberi publisiti positif kepada si pembuatnya. Tetapi jika sebaliknya, ia menjadi tamparan hebat pada kerjaya si pembuat.

Sejarah penghasilan kek bermula dengan pelbagai cerita dari Barat. Kek perkahwinan bertingkat mula mendapat perhatian ketika diilhamkan oleh seorang chef pastri, William Rich pada awal tahun 1800 dengan menggarap seni bina neo klasikal pada kek perkahwinan tradisional di gereja St. Bride’s – sebagai simbol tuah dan kesuburan.

Menyingkap sejarah pengaruh kek perkahwinan pada zaman silam Rom, pengantin akan menggigit sedikit kek sebelum bakinya diramas di atas kepala bagi memastikan pengantin dilimpahi tuah dan kesuburan manakala di kalangan masyarakat Yahudi pula, pengantin perempuan akan membuang gandum dari atas jambatan sebagai simbol kesuburan.

Semasa pemerintahan Queen Elizabeth 1, ‘kek utama pengantin’ cuma ban manis kismis yang diletakkan di tengah meja utama pengantin sebagai centrepiece.

Kira-kira satu abad kemudian, orang Perancis membekukan ban tersebut sebagai simbol cenderamata.

Bagaimanapun, pengaruh kek perkahwinan Perancis mula berhijrah ke England apabila Charles II kembali ke England pada tahun 1669 dengan membawa bersama chef-chef Perancis yang terkenal bijak menata kek perkahwinan yang diperbuat daripada kek buah serta disalut indah dengan gula.

Kek tradisional Perancis menampilkan kek buah untuk pengantin lelaki manakala kek yang berhias gula nipis pula sering mewakili pengantin perempuan.

Sebelum tahun 1900, kek perkahwinan terlalu sukar untuk dihasilkan. Ia bukan sekadar masalah yang timbul ekoran kekurangan alat peralatan untuk menghias kek malah cara penyediaan kek juga dikatakan agak mencabar.

Pada abad ke-19, masalah lain ialah terlalu banyak gula terpaksa digunakan sesuai dengan pengaruh kek ala Victorian yang mementingkan kemanisan melampau.

Kaedah penghasilan kek dengan menggunakan telur yang dipukul gebu bermula pada tahun 1856 hingga 1870, bagaimanapun ia dipraktikkan hanya di rumah. Sekitar 1970-an penggunaan acuan kek atau loyang baru diperkenalkan untuk memudahkan kek dibakar mengikut bentuk yang diingini.

Ranjaunya, untuk menghasilkan kek ketika itu menuntut chef pastri di restoran yang terkenal di New York, Delmonico’s terpaksa berkorban masa selama lima jam untuk membakar sebiji kek! Justeru, kek perkahwinan bukan sekadar satu transisi malah mencipta budaya tersendiri dalam sesebuah masyarakat.

Pengaruh kek perkahwinan khususnya kek tiga tingkat, memberi makna yang cukup besar pada masyarakat Barat khususnya di Perancis.

Kek paling bawah untuk dinikmati oleh semua tetamu, kek tengah untuk diberikan kepada teman-teman yang tidak dapat hadir pada majlis tersebut manakala tingkat teratas untuk pasangan yang akan membaptiskan cahaya mata pertama mereka.

Pengaruh kek perkahwinan ala Victoria tercetus apabila masyarakat mula menyediakan tiga kategori kek pada setiap majlis perkahwinan iaitu kek perkahwinan, kek pengantin lelaki dan kek pengantin perempuan.

Kek perkahwinan hanya untuk dipamerkan di meja utama. Seandainya kek perkahwinan yang dipotong pengantin buat kali pertama adalah kek buah, kek itu akan disimpan sehingga sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25.

Terdapat kepercayaan karut mempengaruhi masyarakat Barat kuno, antaranya pasangan pengantin dilarang makan kek sebelum dipotong bersama pasangan pada acara memotong kek kerana jika berbuat demikian pengantin perempuan dikatakan akan kehilangan suami!

Kepercayaan karut lain pula, pasangan pengantin hendaklah memotong kek bersama-sama jika tidak, mereka akan kecewa untuk mendapat cahaya mata.

Warna kek turut memainkan peranan penting dalam perkahwinan masyarakat Barat. Kek pengantin lelaki biasanya berwarna agak gelap manakala kek daripada pengantin perempuan berwarna putih.

Uniknya dalam kek pengantin perempuan Barat kuno, barangan aksesori lain seperti duit syiling, cincin, jidal dan butang akan dimasukkan ke dalam kek sebelum kek tersebut dibakar - lambang kekayaan, cinta yang abadi dan kasih sayang kepada pengantin lelaki yang menerimanya manakala kek daripada pengantin lelaki pula dihias dengan cincin.

Kemewahan kek ditampilkan secara jelas melalui seni hiasan royal aising yang dipaip indah membentuk renda malah ada ketikanya setiap kek dilimpahi lebih 300 hiasan royal aising yang memukau mata.

Pada tahun 1920 juga menyaksikan kemunculan warna emas pada kek perkahwinan. Motifnya pula lebih berupa seni bina banglo yang dihasilkan daripada simen plaster.

Bermula tahun 1930-an, warna kek perkahwinan turut dipengaruhi aliran fesyen pengantin apabila kebanyakan pengantin memilih warna kek yang sedondon warna gaun pengantin perempuan.

Selain kek perkahwinan, kek pertunangan juga mula diilhamkan pada tahun 1920 dan agak popular sekitar 1930-an.

Bagaimanapun pada tahun 1955, kebanyakan kek perkahwinan mementingkan warna yang putih bersih hinggakan si pembuat kek terpaksa meletakkan bahan pemutih untuk menghasilkan warna putih yang diimpikan.

Sehingga kini, kek perkahwinan yang paling popular mempunyai ketinggian lapan kaki, dihiasi 3,000 kuntuman bunga bersalut pes gam gula.

Di Malaysia, tanpa mengira kaum kebanyakan pasangan pengantin memilih kek sebagai simbol kemanisan, romantis dan kasih sayang pada majlis perkahwinan yang dianggap cukup bermakna.

“Dalam masyarakat hari ini pemberian kek bukan lagi sesuatu yang asing tetapi antara koleksi paling indah untuk dikenang. Kek adalah simbol kemanisan dan barangan pemberian seperti ini amat bermakna dalam sesebuah perhubungan.




Ahad, 14 Mac 2010

DAM DAM SEROJAKU


here goes Dam Dam:

dam dam dam dam dam

di kala, ku sendiri lagi
logik akalku lakari wajahmu
kau seroja, hatiku
kau buatku selalu jadi

dam dam dam dam

kau bunga, kau nyawa
kau nafas, kau lah nadi jantungku
kau b...ulan, kau matahari,
engkaulah segala untukku,
kasih dan sayangmu penawarku
di kala ku rasa..

dam dam dam

ohh permata hatiku rangkaian
nyawaku...
engkaulah sinar engkaulah duniaku

dam dam dam dam

engkaulah limpahan jiwaku
engkaulah petunjukku
engkaulah harapan ku
dalam kegelapan usiaku

duhai kasih duhai sayang

biarlah kejora mekar
menguntum kembang

ditaman nirwana
namun .....
kembang,mu sentiasa

agar dikau gagah
sentiasa


biarlah
muga dirimu terukir
sebagai jiwa dan ragaku.

dam dam damm