Ahad, 20 Mac 2011

SAHABAT ..DENGARLAH LUAHAN HATIKU


Sahabat
dalam penilaian antara aku dan kamu
kini ditakdirkan bertemu
biarpun kita sebelum ini
tidak mengenali
budi dan pekerti
namun
kerana anugerah pertemuan ini
kita bisa saling mengenali
mendalami dan mendampingi
Kini
ikatan suci ini
sama kita sirami,bajai
sama kita hayati,kita renungi
demi sebuah mahligai redhaMU Illahi
biarpun kadang-kadang
ada waktunya kita berduka
ada kalanya kita bisa tertawa
dan inilah jua pahit manis
yang harus kita lalui bersama
semakin kita menempuh kedewasaan ini
semakin utuh ikatan ini termetri
kata pujangga
berhati-hati memilih sahabat
mungkin sahabat terdekat
adalah musuh paling ketat
mungkin juga sahabat yang di benci
adalah sahabat yang paling memahami
sewajarnya sahabatku
manusia itu bukan semua sempurna
tidak bisa memiliki segalanya
biarlah kita terima seadanya
walau siapa juga yang hampiri kita
sahabatku
didalam meniti perjalanan kehidupan ini
yang buruk kita jauhi
yang baik dan sempurna kita jadikan peringatan
kerana dilahirkan insan itu
untuk saling lengkap melengkapi
kiranya diri ini
pernah menguris hati dan perasaanmu
ku pohon keampunan tulus darimu
bukan aku bermaksud aku tidak menghargaimu
kerana aku juga insan sepertimu
yang sering dihambat bisikan nafsu
dan godaan sang penghasut
yang tidak putus-putus
untuk menghancurkan ikatan mahligai persahabatan kita ini
tapi aku amat percaya
ikatan ini tidak akan terputus
kiranya kita saling percaya mempercayai
kerana itulah juga rasmi cinta,
kasih dan setia sahabat
janganlah kau lupa
pesan dari para pendita
juga dari orang lama
kerana mereka ini lebih dewasa
erti persahabatan di dunia
sahabatku
jika suatu ketika nanti
aku telah tiada
engkau ziarahilah pusaraku
biarpun kita tidak bisa bersua muka
kerana memori tercipta kita
abadikan selamanya
cinta dan kasihku
pada sang sahabat tiada tolok bandingannya

********************