Rabu, 11 November 2009

RMIT MELBOURNE DALILA




Nurdalila nama bermakna " cahaya petunjuk ".... mungkin nama adalah melambangkan peribadi dan pembawaan sesorang. Dalila ni dari kecil memang mudah dan senang dibentuk..

Permulaan persekolahan di tadika Abim Segamat selama satu setengah tahun.. apabila hubby berhijrah ke Kluang, terpaksa bertukar tadika pula... Tadika Convent di mana cara pemakaian sudah terkeluar dari cara pakaian di Abim dulu... amat sukar untuk membuat perubahan.. maklumla dari tadika berkonsepkan pendidikan agama islam kepada pendidikan berteraskan kemodenan dan penguasaan bahasa Inggeris keseluruhannya.Bukan di sini tidak mahu meneruskan pembelajaran seperti di Segamat tetapi tadika tersebut jauh dari penempatan ku.

Bermulalah detik pembelajaran anakku ini. Begitu asing bagi dia untuk menguasai bahasa Inggeris dan dengan ketekunan serta usaha tanpa jemu akhirnya dia boleh la sedikit demi sedikit faham dan boleh bersaing bersama pelajar-pelajar yang berbangsa Cina dan India.
Mungkin ini adalah kurniaan dari Illahi, Dalila walaupun pada mulanya peratusan markah peperiksaan jatuh merundum tapi akhirnya dia dapat mencapai kumpulan top three.Dari nombor 37 dalam darjah dia boleh melonjak ke no 2... memang menakjubkan dan itulah mungkin usaha itu tangga kejayaan.

Masuk darjah empat hubby berhijrah ke Segamat pula. Anak-anakku terpaksa beralih sekolah.
Dari sekolah Convent Dalila belajar di Sekolah Kampong Jawa pula... memang sukar dan payah juga anakku nak menyesuaikan diri tapi lama kelamaan berjaya juga dia menempuh halangan. Setelah tamat darjah 6 Dalila berhijrah ke sekolah berasrama penoh. Itulah cita-cita Dalila dari kecil dan tercapai juga impian dan bersekolah Maktab Rendah Sains Mara di Mersing...dari Mersing Dalila ke Langkawi pula kerana pencapaian akedemi dia lagi cemerlang.

Habis SPM Dalila dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara...Peluang tidak disia-siakan. Pada 16hb Februari 2009 berlepaslah Dalila ke Melbourne Australia dan disana dia mengikuti Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di RMIT. Ingat wahai Dalila.... setinggi mana
sekali pun kamu mencari ilmu.. jaga diri,tingkah laku peribadi, dan buatlah segala suruhan Allah.Semuga Dalila akan terus berjaya mencapai segala cita-cita dan impian.....

DOKTOR NORNADIA MIZRA


Inilah anakku yang sulung... Nadia ni sangat tekun belajar dan berwawasan lah .. eh eh bukan masuk bakul angkat sendiri....Tapi ini lah reality sebenar....

Masa mula-mula bersekolah tadika di Kg Klang Gate dekat la rumah si Azwan Ali tu... tadika Wirawati nama tadika tuhhh,pencapaian akademi dia ni memang mantap laa... akhir tahun masa berumur enam tahun dia mendapat nombor dua dlm sekolah tadika tersebut.

Hubby selalu berpindah randah, kerana maklumlah berhidmat dgn Jabatan Kerajaan ni... bila rasa perlu bertukar tugas berpindah dah jadi kebiasaan bagi kami sekeluarga,banyak negeri dan daerah telah aku menetap.Jadi anak-anakku juga seringkali bertukar sekolah. Pernah aku menetap di Mersing,Segamat dan Kluang Johor dan di Pahang. Memang bila kita selalu berpindah kesuatu tempat kita akan menjadi lebih matang dan berpengalaman luas dalam pergaulan dengan setiap jiran yang berlainan budaya dan agama....

Mungkin juga sering bertukar-tukar sekolah anak-anakku mempunyai ramai sahabat dan teman-teman,,, ehh melalut la aku ni.... ok lah... Nadia amat tekun waktu belajar dan dipendekkan cerita sampai ketingkatan empat barulah dia memasuki Maktab Rendah Sains Mara Kuala Trengganu. Selepas SPM beliau melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi Kuala Pilah.Sebenarnya Nadia ni berminat dalam jurusan Seni Bina tapi tah jadi macammana keputusan yang dicapai semasa akhir Semester melayakkan dia melanjutkan pelajaran dibidang Perubatan di Universiti Malaya selama lima tahun.

Berkat kesungguhan akhirnya Nadia berjaya mengenggam segulung Ijazah SarjanaMuda Perubatan dan Pembedahan dan melayakkan dia menjadi seorang Doktor.... Memang peritnya untuk menjadi seorang doktor ni rupanya.... sudahlah belajar begitu memakan masa yang lama, bila sudah bertugas pun tidak ada masa untuk diri sendiri,,,, sosial live la kata.bercuti pun sukar, asyik bertemu pesakit saban waktu...Tapi tak apa,,, ini semua adalah amanah Allah dah ditentukan untuk mengubati pesakit... kenalah ikhlas anakku... muga kamu menjadi doktor yang disegani dan berkhidmat untuk ugama,bangsa dan negara....Hanya pesan dari ku untuk mu anakku,,, jaga diri,peribadi dan tata susila... kemana pergi pasti selamat dan kamu akan dihormati...

UNIKNYA AMRAN

Ni anakku yang nombor tiga... panggilan manja oleh kakak,abang dan adik dia alang..Nama sebenarnya Amran dan panggilan dikalangan keluarga Zaki......Ni aku nak cerita sikit riwayat hidup anak ku ni lahhhh.
Aku melahirkan amran pun tak terduga... mungkin rezeki Allah nak bagi.. sebab masa aku mengandungkan dia ni abang dia si Amir belum besar mana.. umur pun baru 5 bulan lahh..
memang kelahiran si Amran aku tidak dapat menjangkakan bila.. cuma aku menunggu setiap minggu dan bulan sahaja dan sampai waktu 25 hb januari l986 Amran lahir kedunia ini.....
Melahirkan mamat ni pun memang susah.. mana tidaknya belum lagi waktu melahirkan aku dah dimasukkan ke hospital Tun Aminah Johor Bharu.. doktor menjangkakan kelahiran seawalnya dan hampir satu bulan aku terlantar di hospital, begitu memberi tekanan bagi aku kerana lama sangat di hospital dan bila telah melahirkan si Amran ni aku dan hubby pun menamakanlah anak kami Amran Zaki bin Mohd Husni.

Hampir sebulan lamanya surat beranak siap dan bila hubby pergi mengambil di hospital keesokkan harinya.. apa telah terjadi?... ku lihat pada surat beranak tersebut hanya tertulis
nama anakku Amran sahaja... Mana perginya Zaki... Aku suruh hubby pergi semula ke hospital
untuk menambahkan nama Zaki...Orang lelaki la katakan.. mereka mana mahu pergi berulang kali untuk memperbetulkan hanya kerana nama.. Hubby kata oklah kita panggil je nama anak
kita Zaki, tak salah kannn. Walaupun tidak ada tertulis nama Amran Zaki pada surat beranak anak ku, namun kami tetap memanggil nama dia Zaki..Ini yang unik nya ... di sekolah rakan-rakan dan guru-guru memanggil nama Amran dan bila pulang kerumah samaada sebelah keluarga ku maupun sebelah hubby, gelaran Zaki sahaja diberi.

Sampai lah sekarang panggilan tersebut sudah sebati dan itu yang menjadi sangat unik nya anak ku yang ketiga ini.... hehehehehhe saja, aku nak mengigati memori lama bagaimana nama anakku berlainan sebutan di kalangan teman-taman dan keluarga....