Jumaat, 17 September 2010

BERAYA DI PANGKOR ISLAND BEACH RESORT





Tahun 2010 aku beraya sakan nampaknya...aku dan keluarga bercuti.. Cuti-Cuti Malaysialah.. Cuti ni pun bukan di rancang.. entah tiba-tiba anak gadisku telah menempah pakeg percutian ke Pangkor Island Beach Resort..Nak kata apa lagi.. aku, hubby dan anak-anakku berehatlah selama 3 hari 2 malam.

Berbagai-bagai aktiviti boleh kita lakukan di sana.
kalau nak berkayak ke, snockling, berbasikal, merentas hutan dan berbagai jenis sukan yang boleh kita lakukan.Kerana masa yang terhad tak banyak aktiviti kami lakukan. Tambahan pula pada hari terakhir aku di sana hujan turun dengan lebatnya.. terpaksalah batalkan
program berbasikal untuk meninjau kampong nelayan... nak buat macam mana....tapi keseluruhannya percutian aku kali ini amat mengembirakan hati anak-anak aku kerana masing-masing sebelum ini tidak dapat bersama-sama melakukan aktiviti dik kerana
mempunyai tugas masing-masing....


Jinak betul Burung Merak ni.. boleh pulak masuk ke dalam kawasan perpustakaan...



Kedudukan peta Pangkor Island Beach Resort



Malam terakhir aku dapat menyaksikan persembahan Kumpulan Muzik dari Filipina.. tah aku pun tak tahu nama apa kumpulan tu...hehe



Tempat istirehat untuk menjamu selera... Boleh la tahan makanan kat sini.. Semuanya halal dan boleh dimakan...



Panas.. sempat juga aku tangkap gambar kolam renang ni.. sebelum aku turun bermandi manda.. tak boleh snap gambar aku sedang mandi..bahaya..




Perjalanan ke Lumut.. Nasib baik tak banyak kenderaan.. sebab dah masuk raya keempat...



Inilah rupanya wajah-wajah anak-anak sedara aku .. tak habis-habis lagi duk bergurau senda.. kang sakit ada jer yang menanggis..



Apalah yang di tonton oleh budak-budakni agaknya yer.. siang buta masih duk bakar mercun...


Balik dari Pangkor Island si Gadis aku ni sempat pulak tu buat rawatan Ozon kat Tambun Ipoh..


tengoklah.. darah yang ditapis tu... ada berani??? mesti kena service juga darah kita ni.. banyak betul toksid dan kolestrol .. untuk jaga kesihatan kita juga ...


Pic ni aku tersalah letak lah pulakkkkk... apa pun ok la aku tengah snockling tu.. rasa tak puas melihat banyak ikan-ikan berbagai-bagai warna..didasar laut .. tapi sayang lah batu-batu karangnya semakin pupus dan perlu ada usaha untuk memulihkan nya semula...




Anak-anak aku ni kalau bersama.. mesti ada jer aktiviti mereka lakukan.. tidak boleh berpisah..


Si gadis aku ni pun satu... tak padan gan perempuan, tingkah laku macam brutal... lasak bukan main... tak mahu kalah dengan adik-adik lelakinya..


Ni si bujang aku... joint jangan tak joint


Perjalanan pulang dari Pangkor Island Beach Resort..... Banyak kenangan yang dapat aku kutip dari percutian ini.. memang boleh menghilangkan tekanan kalau kita bercuti ke pulau-pulau peranginan di negara kita sendiri..



*****************************************

Isnin, 13 September 2010

KENANGANKU PANGKOR ISLAND BEACH RESORT



Angin sore, sepoi-sepoi meniup wajahku
tatkala aku berlabuh di muara pantai
pantai Pangkor Island Beach Resort

Aku merasa ada sesuatu
perkara yang aku tidak pasti
tatkala aku kerinduan
pada mu wahai sayang
bila ku tatap lautan terbentang luas
Selat Melaka nan indah

Terasa sayu dan sendu amat
wajahmu ku renung ku tatapi
seolah-olah kamu berada didepanku
rindu dan sayangku tidak tergambar
kamu yang amat ku sayangi


Tatkala tika inilah kenanganku
bersamamu terpancar kembali
kerana kamu amat suka akan lautan itu
kamu pasti berenang-renang dalam ombak laut
yang nyaman damai
alunan ombak itu mengembalikan nostalgia
antara kita berdua bersama kakak dan abang-abangmu

Kesahduanku bertambah pilu
kenangan ini terpahat dalam ingatanku
engkau disana bagaimana
apakah engkau rasa gembira dengan
gema takbir berkumandang
menyeru umat untuk merayakan syawal


Engkau pasti terjaga seawal pagi
riuh sekali suaramu memanggil-manggil
kesemua saudara-saudaramu
mengemaskan diri dan bersalaman sesama sendiri
gembira sekali waktu itu
kini aku tidak pasti
bila akan kembali sejarah berulang

ohhhh
rindu ........apakan dayaku
kerana engkau perlu meneruskan cita-citamu
untuk kejayaan demi kejayaan buat hari mukamu
kenapa aku persis tidak punya kekuatan!!
kerana aku seharusnya kuat dan tabah
menghadapi semua ini


Ya.....
rupanya aku berangan sendirian
di depan ku kini terbentang lautan
bayu sepoi-sepoi meniup nyaman
kini aku harus kuat dan redha
kerana sebenarnya aku adalah
makhluk yang lemah dan tidak upaya
menghadapi segala cabaran
walau pun perpisahan ini hanya sementara


***************************