Selasa, 9 Mac 2010

AWAS HASAD MATA



Sabda Rasullullah s.a.w.
"Kalaulah ada benda yang lebih cepat daripada
qada' dan qadar, benda itu ialah MATA,Awasilah
'hasad mata' atau 'lontaran mata'.

Mata bagi ku adalah kurniaan maha Pencipta yang terlalu berharga dan bernilai.. Mempunyai peranan yang terlalu besar dalam hidupku dan kepada umat manusia keseluruhannya.Kerana mata juga menjadi tunjang kehidupan yang amat penting dan menentukan nasib kita samaada hidup ini bermakna atau tidak.Tetapi awas mata juga ada baik dan mata juga ada yang jahat. Oleh itu,berhati-hatilah dengan mata yang jahat.

Aku ada terdengar juga dari kawan-kawan yang baru pulang dari Negara Arab... anak-anak mereka apabila baru dilahirkan mempunyai rupa yang rupawan dan cantik, mereka akan menyembunyikan dari pandangan orang ramai, kerana dalam ramai orang yang memandang mungkin ada yang melihat dengan 'hasad mata'.Mereka akan melontarkan kata-kata pujian yang berlebihan hingga menyebabkan berlaku keburukan kepada anak itu. Pujian dan kata-kata yang berlebihan adalah dilarang untuk seseorang kerana bagiku yang berhak menerima pujian adalah Allah swt. Mungkin dengan pujian ini kadang-kadang gadis yang cantik dan sering mendapat pujian dan sanjungan, akhirnya berkesudahan dengan kehidupan yang melarat dan menderita..

Kerana mata juga kehidupan sesebuah rumah tangga punah, disebabkan kejahatan mata ini.Suami dan isteri memandang selain dari pasangan mereka dengan pandangan yang berbeza..Suami akan memandang wanita lain yang lebih cantik dan menawan dari isterinya,pasti mempunyai naluri berkeinginan mengenali wanita tersebut walaupun sekadar untuk suka-suka dan memuji wanita tersebut.. dan akhirnya mereka terjebak. Begitu juga si isteri, pasti terpesona dengan ketampanan lelaki yang lebih kacak dari suaminya. Maka terjadilah pandangan mata yang jahat tadi. Akhirnya berlaku lah kecelaruan dalam rumahtangga..Aku tidak mengatakan perkara ini semua akan terjadi. Cuma segelintir sahaja dan dari itu berwaspadalah dan berhati-hati walaupun kadang-kadang pujian dari seseorang itu memang ikhlas.. kerana kita ini makhluk yang terlalai dengan ucapan dan pujian.

Pandangan MATA menjadikan kita dengan pantas memuji keindahan dan kecantikan pada semua perkara, dibalas dengan ucapan "Masya Allah, La quata illa billah" bila aku kena puji.. hehe..
Begitu juga bila mahu keluar dari rumah dan menjadi sebagai pendinding daripada ketelusan mata jahat ini... Sebelum keluar dari rumah " A'uzu bikalimatillah hittammah, min kulli syaitani wa hammah,wa min kulli 'ainin-lammah"..... isyaallah amalan ini boleh menghindarkan dari syaitan yang telus mata dan 'mata jahat' yang senantiasa mengintai dalam diam tanpa disedari.

Tetapi bagi ku mata juga adalah NADI KEHIDUPAN kerana tanpa mata tiada berertinya hidup ini..

Tiada ulasan: