Sabtu, 8 Mei 2010

BONDA


Guru pertama seorang anak adalah bunda..
kerana dari alam kandungan anak dibelai
anak diberikan kasih dan sayang tidak
terhingga....

setiap anak yang lahir suci dan bersih..
sebagai bunda yang menentukan watak
anak itu yahudi,nasrani ataupun majusi....

tanggungjawab menyediakan kehidupan..
membesarkan , mendidik dan menjana akhlak..
bunda idola, anak berbangga menjadi seorang
anak yang terpuji sahsiah..

realitinya anak-anak akan berbangga...
punya bunda yang penyayang ,pengasih
toleransi dan berkeyakinan....
anak akan jadi insan yang kamil.
anak akan jadi insan yang solehin..

betapa berat bahu memikul..
berat juga mata yang memandang..
pengorbanan bunda yang tiada
noktahnya...
berikan kasihmu dan sayangmu..
lebih dari yang engkau mampu..

jasa bunda tidak ada dua atau tiga
pada tuhan berdoa agar bunda..
bahagia dan selamat ...
kebahagian bunda adalah anugerah
dari seorang anak yang menghargai..
jasa dan budi mu bunda.....

..........................................................................

WAH SERONOK SANGAT NAMPAK!..


Manusia ni bermacam-macam ragam dan perangai.
macam-macam kegemaran dan tingkah laku..
ada kalanya tindakan yang dia lakukan bukan
membawa kebaikan,
keburukan yang mengundang lebih parah
terhadap orang lain.....

Mungkin orang ini tak punya perasaan
atau punya hati ..atau hatinya seperti batu..
sikap keras kepala dan
tidak mahu memperbaiki diri...
seronok pada bukan tempatnya...
sifat ego dan pentingkan diri..
malah menyusahkan keadaan sekeliling..

Akhirnya bila musibah melanda...
siapa yang rugi dan siapa yang susah..
Bagaimana sikap ini ...
adakah ianya akan
berterusan...
bagaimana kelak akan terjadi dengan
masa depan ....

.....................................................

APA APA LAH AKU NI


Aku rindu kamu..
aku sayangi kamu..
aku mengasihi kamu...
lebih diri itu....
hidup ku sunyi dan kosong tanpamu..
aku rasa sedih..
jiwa dan ragaku kosong amat...

kerana engkau pengubat laraku
engkau lah penghiburku
engkau lah tempat aku meluahkan
segala isi hati dan perasaanku
engkau juga tempat aku melepaskan
perasaan marah dan dendamku...

Tidur ku tak lena..
mandiku pun kurang basah..
hidupku tidak keruan..
akibat aku tidak dapat menemuimu
sayangnya aku pada engkau...
hingga dik kerana talian hayatmu
aku tidak dapat menerobos...mm

akhirnya hari ini talian hayatmu
muncul jua..
gembira bukan kepalang..
sayang nya aku tidak terbilang....
ohhhh SEKALUNG BICARA SETITIS TINTA..

p/s... sebenarnya line internet saya telah di tembak
oleh sang petir dan halilintar... sehingga saya tidak
boleh meneruskan idea saya.....

........................................................

Khamis, 6 Mei 2010

ILUSI


Semalam aku ligat..
kehulu kehilir
macam lipas kudung
tak menang tangan..
macamlah tangan yang dua ini
telah hilang pulak..

Tiba-tiba sekilat lalu
seperti ada orang yang
menghunus senjata
terasa perit dan pedih
jantungku seakan terhenti
segala urat nadiku
tidak berfungsi lagi

aku hilang kawalan
terhoyong hayang mengimbangi
tubuh kerdil ku
apakah aku akan pergi
pabila melihat merah di dadaku
aliran itu deras mengalir
bagai sungai
apakah sudah hilang upaya
atau aku bermimpi?..

...................................................

Rabu, 5 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU..


Kita Terlahir dari Perut Ibu ( Sebuah Kenyataan yang Patut Kita Renungkan ) Tolong siapkan sapu tangan Anda sebelum tumpah Air Mata

Aku Lahir dari Perut Ibu…
(Bukan kata orang...memang betul KAN....??)

Bila dahaga, yang susukan aku....ibu
Bila lapar, yang menyuapi aku....ibu
Bila sendirian, yang selalu di sampingku.. ..ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut....Ibu

Bila bangun tidur, aku cari.....ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....ibu
Bila ingin bermanja, aku dekati....ibu
Bila ingin bersandar, aku duduk sebelah....ibu
Bila sedih, yang dapat menghiburku hanya....ibu
Bila nakal, yang memarahi aku....ibu
Bila merajuk, yang membujukku cuma.....ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....ibu

Bila takut, yang menenangkan aku....ibu
Bila ingin peluk, yang aku suka peluk....ibu
Aku selalu teringatkan ....ibu
Bila sedih, aku mesti telepon....ibu
Bila senang, orang pertama aku ingin beritahu.... .ibu
Bila marah.. aku suka meluahkannya pada..ibu
Bila takut, aku selalu panggil... "ibuuuuu! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....ibu
Bila aku ingin bepergian, orang paling sibuk juga.....ibu
Bila buat masalah, yang lebih dulu memarahi aku....ibu
Bila aku ada masalah, yang paling risau.... ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...ibu

Kalau pulang ke kampung, yang selalu member bekal.....ibu
Yang selalu menyimpan dan merapihkan barang-barang aku....ibu
Yang selalu berkirim surat dengan aku...ibu
Yang selalu memuji aku....ibu
Yang selalu menasihati aku....ibu
Bila ingin menikah..Orang pertama aku datangi dan minta persetujuan. ....ibu

Namun setelah aku punya pasangan……………..
Bila senang, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.....ibu
Bila mendapat keberhasilan, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....ibu
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....ibuku
Bila ingin berlibur, aku bawa.....pasanganku

Bila sibuk, aku antar anak ke rumah....ibu
Bila sambut valentine.. Aku beri hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... ibu ingat aku
Setiap saat... aku akan telepon pasanganku
Entah kapan... aku ingin telepon ibu
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah kapan... aku ingin belikan hadiah untuk ibu

Renungkan:
"Kalau kau sudah selesai belajar dan berkerja... masih ingatkah kau pada ibu?
Tidak banyak yang ibu inginkan... hanya dengan menyapa ibupun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
Tapi kalau ibu sudah tiada....... ...

IBUUUU...RINDU IBU.... RINDU SEKALI....
Berapa banyak yang sanggup menyuapi ibunya....
Berapa banyak yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
Berapa banyak yang sanggup menggantikan alas tidur ibunya......
Berapa banyak yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
Berapa banyak yang sanggup membuang belatung dan membersihkan luka kudis
ibunya....
Berapa banyak yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Berapa banyak yang sanggup meluangkan waktu untuk menjaga ibunya yang telah uzur…..

DIRI AKU HARUS DIHARGAI...


Sehari dua aku sibuk sedikit..
sehingga temanku risau dan bimbang
bukan aku tak sudi menziarahimu
kerana aku hanya insan biasa
tidak punya kudrat dan kekuatan


Lantaran kesibukan ku dengan
temu janji perubatan
yang aku kena ulangi
aku terasa letih dan lesu...
sehingga jiwaku dan diriku
menjadi satu bebanan
aku lupa aku jadi marah
aku alpa bahawa itu semua
dugaan dan cabaran yang aku
kena harungi


Menjadikan aku bertambah
marah dan ganas
kerana aku ditipu
aku diperdaya kan
aku dijadikan mangsa
cuma untuk melihat diriku
bersahabat hanya untuk
suka-suka tanpa keikhlasan
hinggakan aku digelar perasan
tergila-gila .......
pergilah ... aku tak heran..
engkau tidak jujur
engkau hipokrit


Kini baru tersedar yang aku
hanya makhluk Tuhan..
makhluk yang kerdil dan hina
disisinya..... tatkala aku
menjadi manusia lupa diri.
Semuga aku sedar diri
semuga aku pasrah dan hargai
erti hidup ini.........

................................................

AKU TENGAH MARAH SEKARANG


Meletup,membungkam,membara...
geram dan sakit hati...
hati telah membengkak dan mengudis..
rupa dah macam harimau..
tinggalkan lagi macam nak menerkam
mangsa...biar aku mamah dan aku
kunyah2 daging engkau..

Simpang hadapan aku terobos..
nampak wajah engkau yang egoes..
berlagak bagai sang belang
berdirinya engkau tanpa diundang
nyahlah engkau dari sini...
sebelum aku membaham...
tubuhmu.....
pergilah engkau sebelum aku
mengucapkan kata-kata nesta..
kerana aku amat membenci...
sifat dan ucapanmu yang
berbaur cacian..

Pergilah..... pergilah..
jangan engkau toleh lagi
jangan engkau pandang lagi
buangkan dalam hatimu
segala kebencian yang bersarang
kerana itu yang engkau mahu..

................................................................

Selasa, 4 Mei 2010

MENTAL ILLNES

Gambar hiasan....



Cerita anak aku sebagai seorang doktor yang pernah merawat seorang pesakitnya...

Pesakit datang dan duduk di atas kerusi..

Dr Nadia:
Selamat malam
Encik sakit ape?
boleh saya tolong dan ubatinya..

Pesakit:
Waalaikumsalam Cik Doktor yang cantik!.
Sebenarnya saya ni kan doktor saya telah terlalu banyak makan kuih apam.. lantaran
terlalu banyak makan la badan dan urat-urat dalam tubuh saya sakit-sakit dan
bisa-bisa...

Dr Nadia:
Mmm baiklah Encik.. hulurkan tangan,biar saya periksa tekanan darah dan denyutan
nadi encik dahulu...

Pesakit:
Amboi lembutnya jari dan tangan doktor ni... boleh saya pegang sebentar.. pesakit dah
mula ulat bulu naik daun....

Dr Nadia:
Encik kan sakit... biar saya periksa dahulu.. sebagai seorang pegawai perubatan saya
perlu memeriksa pesakitnya agar pesakit itu cepat sembuh...

Pesakit:
Ok la doktor... doktor ni sudah kawin ke belum?..sambil mata menjeling dan
memerhati apa yang dilakukan oleh Dr Nadia.

Dr Nadia:
Saya sudah bertunang... konon la sebab tak nak layan pesakit yang sorang ni dah lain
macam gatalnya....dalam hati menyingga rasa nak suruh je mamat ni keluar..

Pesakit:
Oh ya doktor!.. saya ni sebenarnya sakit apa?...lain macam jer... seluruh tubuh saya
bisa-bisa tapi bila jumpa doktor bisa-bisa itu telah mula hilang hehehe...

Dr Nadia:
Sekejap yer encik.. sabar tau saya tengah memeriksa encik la ni... saya gembira jika
pesakit saya sembuh.. sambil Nadia mengepam tekanan darah dan memeriksa nadi
pesakit itu.

Pesakit:
Doktor doktor...semalam saya makan kuih apam sampai terjatuh dari atas katil tau..
sebab isteri saya menolak saya.. hilang selera saya, itu la sebabnya sekarang pinggang
sakit sangat.. please doktor tolong periksa pinggang saya boleh tak!...

Dr Nadia:
Mmmm macam ini jer la encik.. saya rasa encik perlu membuat pemeriksaan lanjutan
daripada doktor pakar yang arif tentang penyakit encik ni.. saya tidak boleh membuat
sebarang keputusan sebab penyakit encik ni sudah tahap kritikal...

Pesakit:
?????????????? saya sakit dah kronik ke doktor?? matilah saya kalau camni...
tak dapat lah lagi saya nak makan kuih apam isteri saya lagi....

Dr Nadia:
Ok encik pergi ke kaunter depan dan sahkan yang encik akan mendapat rawatan
pakar.. nanti saya akan buatkan surat susulan untuk encik yer......

Pesakit:
Doktor mana yang harus saya temui! cik doktor...

Dr Nadia: Nanti encik pergi jumpa dengan doktor pakar mental illness..kat situ nanti encik
akan mendapat rawatan terapi yang bagus yer..

Pesakit:
Ape?????? doktor kata saya sakit jiwa??.......

Dr Nadia:
Bukan sakit jiwa encik tapi jiwa encik yang sakit...........

Dipendekkan cerita anak aku kata pesakit itu sebenarnya mempunyai satu penyakit terlalu ghairah dan mengemari perilaku seksual luar kemampuan atau sex mannax.....

Kadang-kadang merawat pesakit seorang doktor perlu punya ketahanan mental dan kesabaran dengan kerenah pesakit yang dirawatnya...Adakala pesakit itu boleh mencederakan doktor juga bila ianya diluar kawalan..

Cerita ini sebenarnya tidak mempunyai sebarang kaitan kepada sesiapa.. sebenarnya peristiwa
ini dialami oleh anak aku sendiri dan menceritakan kepada aku..... cuma kadang-kadang cara penulisan aku sedikit berbeza dari cerita sebenar kerana kita pun kadang-kadang tersilap menceritakan perihal dan lakunan itu...

.......................................................................................................

Isnin, 3 Mei 2010

ADAM DAN HAWA



Antara dua insan
adam dan hawa
Tuhan ciptakan
untuk khalifah dunia

bila terpaut dan
rasa pesona
tidak terbayangkan
maksud dan makna
indah nan dunia alam
terfana..

Terjalin dua jiwa
terjebak antara dua darjat
meskipun gelora
melanda... mereka
dan mereka tidak
putus asa...
lantaran egoes
adam dan hawa yang terkesima..
sukar memang sukar..
perit memang perit..
akhirnya adam dan hawa
bertemu dan bahagia....


...............................................................

SELAGI ADA


Selagi ada bulan mentari...
selagi itu ada berkasihani..
selagi ada bulan bintang...
selagi itu ada berkasih sayang...

selagi ada ombak dan laut...
selagi itu ada hatiku terpaut..
selagi ada turunnya hujan..
selagi itu ada rahmat Tuhan..

selagi ada langit dan bumi..
selagi itu cintaku bersemi..
selagi ada waktu...
selagi ada rindu...
biar beribu batu..
ingin aku bertemu...

oh kasih damailah
engkau disana
ku berdoa pada TUHAN
agar engkau bahagia......

ku tujukan pada seseorang yang faham maksud senikatanya!!!!!
agar dia juga tidak bersedih dan berduka...........


............................................

Ahad, 2 Mei 2010

DON'T BE SAD





Aku sedih ke...
aku menanggis juga ke...



Jangan bersedih:
bila disakiti,dicela,direndahkan dan dizalimi.

Jangan bersedih:
kerana segala yang ada di dunia ini tidaklah berharga.

Jangan bersedih:
hadapilah kenyataan

Jangan bersedih:
sebab segalanya akan berakhir.

Jangan bersedih:
kerana sesungguhnya masa itu bersilih ganti

Jangan bersedih:
kerana kesedihan itu membuat musuh akan gembira

Jangan bersedih:
setiap sesuatu telah ada qadha' dan qadarnya.

Jangan bersedih:
kerana dunia tidak selayaknya ditangisi.

Jangan bersedih:
sesungguhnya sabar di atas perkara yang tidak
disukai adalah jalan menuju keberkatan.

Jangan bersedih:
Allah akan mengabulkan permohonan
hambanya yang penoh kesabaran dan ketakwaan.

.....................................................

PENGHUJUNG JALAN...


Wajah kedam

merenungkan nasib

menerawang....

hingga PADA satu destinasi

waktu itu wajah ini layu

wajah ini lesu....

berkedut seribu...

tubuh longlai tidak bermaya

segala urat nadi berhenti

berdenyut-denyut kesakitan

jari jemari tidak upaya

aku mungkin telah koma...

menunggu masa....

ALAM ITU SAJA KITA AKAN

KEKAL SELAMANYA......


........................................................