Khamis, 14 Oktober 2010

HARI INI NAK CERITA SIKIT PASAL KESAN DARI MEMBUNUH DIRI


"BARANG siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka tangannyaakan menusuk besi itu keperutnya
di neraka jahanam dan kekal di dalamnya. Barang siapa yang meminum racun untuk membunuh dirinya
maka dia meneguk racun itu di neraka jahanam dan kekal di dalamnya dan barang siapa yang menjatuhkan
dirinya atau berbagai-bagai cara untuk membunuh dirinya maka ia akan kekal selama-lamanya di dalam neraka jahanam" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Sekitar tahun 1990-an kes bunuh diri yang di laporkan di negara ini kebanyakannya membabitkan masyarakat India. Namun, sejak akhir-akhir ini bilangan orang Melayu Islam yang mengambil tindakan nekad membunuh diri pula kian meningkat. Statistik dalam tempoh 15 tahun lalu, seramai 7 hingga 12 orang daripada setiap 100,000 penduduk Malaysia, mati kerana membunuh diri. Jika dikecilkan angka tersebut, secara purata enam orang daripada rakyat Malaysia mati dengan cara membunuh diri setiap hari. Manakala 2,500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cubaan bunuh diri dilaporkan berlaku dalam jangka masa setahun. Daripada keseluruhan kes tersebut, ia lebih banyak melibatkan kaum wanita.





Tiada faktor logik yang boleh diterima sebab musabab kenapa terjadi kes membunuh diri. Bagaimanapun terdapat faktor tekanan punca yang boleh dikenal pasti sebagai alasan
untuk membunuh diri
. Banyak faktor yang menyumbang kepada tekanan termasuklah masalah
hutang, masalah perhubungan samaada percintaan atau masalah keluarga, faktor akademik
seperti gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan, serta juga mendapat
malu yang melampau seperti mengandung luar nikah. Jesteru itu, mereka memilih jalan mudah
iaitu dengan membunuh diri untuk bebas dari segala masalah yang dihadapinya.

Berbagai cara boleh dilakukan untuk menamatkan riwayat, Contohnya seperti mengantung diri,
menggunakan senjata api, menelan racun, terjun dari tempat yang tinggi, mengelar pergelangan
tangan atau pun memilih untuk dilanggar kereta api. Diantara pilihan itu, kebanyakan lelaki
lazimnya memilih cara yang lebih ekstrem, manakala perempuan ' berminat' dengan cara yang
tidak terlalu ganas. Membunuh diri dengan tidak merosakkan fizikal yang terlampau. Sehingga
kini kes menamatkan riwayat dengan cara mengantungkan diri adalah yang kerap dilaporkan
di seluruh dunia.






Pegawai Perubatan di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya, Dr. Nizam Amin berkata, bunuh diri
dengan mengantungkan diri adalah salah satu cara yang dilihat kematian yang agak memeritkan
kerana disebabkan si mati akan melalui dua FASA utama yang menyakitkan iaitu kesakitan
akibat menggantungkan diri juga kesakitan akibat kehilangan nyawa. Namun, kesakitan yang
dialami si mati boleh diklasifikasikan berlaku dalam kadar yang agak pantas. Kebiasaannya, seorang
yang menggantungkan dirinya akan mati antara 7 hingga 8 minit akibat kesesakan nafas. Kebanyakannya akan pengsan terlebih dahulu kerana darah tersekat dan tidak dapat mengalir ke bahagian otak.





Adakalanya, kematian menggantungkan diri boleh disebabkan kepatahan tulang leher. Ini biasanya
terjadi bila berlaku hentakan kuat pada leher dan tahap kekerasan material yang digunakan.Apabila
berlaku kematian akibat menggantungkan diri bahagian paling bawah iaitu kaki, akan menjadi lebam.
Ini kerana darah akan berkumpul di bahagian tersebut akibat tarikan graviti. Hipotesis itu berlaku
satu jam selepas kematian dan kesan lebam tersebut akan hilang selepas lapan jam. Bahagian yang
lebam biasanya merangkumi kawasan yang agak luas dan berwarna kebiruan kerana ketiadaan udara
di dalam badan.

Kes kematian akibat dicekik, kulit si mati akan melecet di sekeliling leher yang berbentuk seperti bulan
sabit. Manakala jika terjerut tali atau menggantungkan diri, leher mangsa akan melecet mengikut bentuk tali yang digunakan. Lebam berlaku di kawasan melecet akibat luka yang disebabkan salur darah di bawah kulit pecah dan darah tersebut berkumpul diantara sel-sel tisu di bawah kulit.

Kecederaan akibat lebam ini berbeza dengan lebam hipotesis mayat, kerana lebam akibat kecederaan boleh berlaku di mana bahagian badan yang tercedera, manakala lebam hipotesis hanya berlaku dibahagian badan mayat yang paling bawah. Perubahan warna juga berlaku pada lebam akibat dari kecederaan manakala hipotesis mayat kekal dalam warnanya yang asal. Selalunya seseorang yang ingin membunuh diri memilih lokasi yang terpencil untuk melakukan perbuatan tersebut, contohnya seperti di dalam bilik tidur. Kebiasaanya ia di lakukan di hadapan cermin.

Mitos yang sering dikaitkan dengan tabiat ini ialah lidah si mati akan terjelir sehingga keparas dada. Kewajaran ini tidak membuktikan sahih kerana lidah manusia normal tidak mampu mencapai ke tahap itu. Bahkan dalam beberapa kes menggantungkan diri, lidah mangsa langsung tidak terjelir dan hanya tersimpan di dalam mulut.



*************************








Tiada ulasan: