Selasa, 12 Januari 2010

ERTI HIDUP




Lelaki dan wanita dalam kejadian manusia memberikan sedikit perhatian kepada kejadian alam ini,mengapa dijadikan lelaki dan wanita.Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusian.Satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah lelaki melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkan keindahan.Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.

Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan.Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya atau wanita semuanya.Jadi kejadian berpasangan antara lelaki dan wanita merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan.Allah SWT berfirman:

Diantara tanda-tanda kebesarannya ia menjadikan untuk kamu dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan.Semuanya itu menjadi tanda-tanda orang-orang yang berfikir.
(Ar-Rum ayat:21)

Mengapa manusia perlu berkahwin, kerana menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita dapat mewujudkan suasana kasih sayang dan memperindahkan kehidupan, perkahwinan disyariatkan,ditentukan kewajipandan peraturan yang membawa kebahagian pasangan...tetapi sebaliknya jika peraturan itu tidak dipatuhi kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya pasangan akan sentiasa dilanda arus suasana kehidupan mereka tidak tenteram.





Isnin, 11 Januari 2010

PERISTIWA HARI KIAMAT PASTI AKAN DATANG....CUMA BILA DAN BAGAIMANA






Kiamat..hancurnya dunia ini.Alam akan lenyap dan ditukar dengan yang baru.
Dalam ayat 49. surah Ibrahim-

Pada hari itu bumi ini ditukar dengan bumi lain.demikian juga langit dan semuanya nyata bagi Allah Yang Maha Esa lagi gagah perkasa.

Sekelian yang hidup pasti mati kecuali Tuhan.Malaikat mati,Jin dan Iblis juga mati,Manusia mati,binatang mati dan seluruh alam ini akan lenyap. Dan yang terakhir sekali ialah Malaikat-maut,Bumi,matahari,bulan,bintang-bintang dan sekelian yang ada dialam ini akan lenyap.Alam akan kosong, selepas itu akan diciptakan alam yang baru,berbeza dengan alam yang ada sekarang.Sesudah itu barulah manusia ini akan dibangkitkan dari kuburnya.

Surah Al-Kahfi ayat 1 ada menerangkan...

Bahawa Kiamat itu tidak dapat diragukan lagi.

Kiamat pasti ada, cuma waktunya adalah ketentuan Allah sahaja yang mengetahui...mungkin kerana bumi ini telah tua,tidak ada seorang pun makluk yang tahu bila terjadinya kiamat ini...

Nabi ada menerangkan tandanya sahaja...... Hadis Abi Hurairah r.a berkata.

Belum terjadi kiamat sebelum terjadi perang dahsyat antara dua pihak besar yang bertentangan pendapat.
Terjadi pembunuhan besar-besaran dan masing-masing pihak mencari pengikut-pengikut yang banyak.
Munculnya Dajjal iaitu orang yang mengatakan bahawa dia adalah seorang rasul dari Tuhan. Habis ilmu syariat Islam,banyak terjadi gempa bumi,fitnah terang-terangan,banyak terjadi pembunuhan,harta benda melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang akan menerima sedekah.Banyak pula orang mendirikan bangunan tinggi mencakar langit.


Hadis juga disebutkan bahawa akan terbit Matahari sebelah barat iaitu tempat terbenamnya sekarang.Dikala itu kita manusia mula lah mengatakan ingin beriman tetapi sudah terlambat..

Disaat-saat dekat akan kiamat nanti juga dikatakan bahawa kekayaan yang sangat banyak sampai tidak ada org yang yang hendak menerima sedekah.. dan habis ilmu dan mati nya juga para ulama,maksudnya ketika itu orang tidak memperdulikan lagi syariat Islam....

Dalam hadis Rawi Bukhari... Dekat-dekat kiamat itu makan turun lah Ibnu Maryam (atau pun Nabi Isa a.s) Dia yang akan membunuh Dajjal,mematahkan salib dan membuat dunia akan sentosa dan kekayaan melimpah ruah.

Diriwayatkan juga dalam ayat At-Takwir 1-6... matahari digulungkan,langi pecah berterbangan seperti kapas diterbangkan angin seperti berantakan,pecah hancur dan kemudian lenyap,bintang-bintang ,bulan dan segala cakerawala hancur dan segala makluk akan mati gunung ganang beterbangan,laut bergelora panas mendidih kemudian kering dan tertimbun...


Sebagai hamba yang mempercayai akan rukun iman yang kelima ini maka marilah kita sama-sama perbanyakkan amalan dan takwa kita... muga dengan limpah kasih sayang Allah terhadap kita, dijauhkan dari segala kesulitan dan kesengsaraan yang akan kita hadapi dihari yang ditentukan kehancuran muka bumi ini...kerana betapa dahsyatnya hanya Allah yang sahaja yang mengetahuinya......