Jumaat, 27 Mei 2011

DIET REALISTIK UNTUK TUBUH YANG SIHAT


Musim orang menggantikan puasa.... cara diatas untuk kuantiti ideal cara penurunan berat badan disamping nutrisi yang sihat dan terjamin kebersihannya...



Kita sering mengabaikan sistem pemakanan kita.. rasa enak kita kehendaki, tetapi adakah yang enak itu berkualiti?...


Bolehkah kita mengambil sayuran seperti diatas dalam kualiti yang banyak?.. hendak seribu daya....




Penentuan tujuan adalah sebahagian daripada strategi penurunan berat badan secara sihat dan berkesan.Perlu diingatkan bahawa ketika kita menetapkan sasaran penurunan berat badan adalah matlamat yang realistik dan bukan melalui keajaiban!.. Cuba tetapkan penurunan berat badan sekitar tiga hingga empat paun dalam seminggu. Jangan terlalu obes untuk kurus kerana boleh menjejaskan emosi dan semangat kita, jika apa yang dihajatkan tidak kesampaian.

Oleh itu berdietlah secara realistik 6x ganda penurunan berat badan yang berlaku ke atas orang
dewasa, jika mereka menimbang berat badan sekurang-kurangnya 6x seminggu sekali . Oleh yang demikian sekiranya kita mahu menjadi impian kita terlaksana seperti apa yang kita kehendaki dengan susuk tubuh yang ideal, sihat,bertenaga dan berkualiti, maka kita perlu ikuti sistem pemakanan sihat seperti diatas. InsyaAllah segala impian kita pasti terjawab.



***************

Khamis, 26 Mei 2011

KEUNIKAN CIPTAAN PAKAR-PAKAR ARKITEK DAN JURUTERA DUNIA YANG MENGAGUMKAN

1. Millennium Dome, London, Tahun 2000

Rekaan oleh the Richard Rogers Partnership dan jurutera Buro Happold, bersais 365 meter dengan puncaknya mencapai 100 meter. Ketika ini tenda raksasa seukuran titanic ini masih merupakan sesuatu yang sangat impresif dilihat dari rekaan dan dimensinya.




2. Blur, Expo 02, Yverdon-les-Bains, 2002

Pavilion sensasional ini diREKA oleh arkitek-arkitek New York, Diller + Scofidio, duhulunya merupakan bintang di acara Switzerland’s Expo 02. Gaya ayunan kucing dari besi tensil, dengan tinggi 20 meter dan panjang 100 meter, mengumpul di hujung dermaga yang dibuat dari baja dan kaca di atas Lebah Neutchatel. Di dalamnya, 30 ribu water jet menciptakan kabut awan yang tidak pernah berhenti.



3. Serpentine Pavilion, London, 2002

Pavilion indah ini direka oleh arkitek Toyo Ito dan jurutera Cecil Balmond, dibina sebagai acuan suatu senibena di masa depan, dimana batasan dinding-dinding, lantai, langit-langit, interior, dan eksteriornya seolah menyatu. Istilah zaman sekarang, canggih dan minimalis.



4. 30 St Mary Axe, London, 2003

Awalnya "ketimun" milik Norman Foster ini dikagumi sekaligus dikeji . Kebanyakan terpesona oleh bangunan pejabatnya ini, mestipun beberapa kali mewakili kementerian dari kotanya. Disini terdapat skygardens yang mempesona dan restoran ternama yang termashur.



5. European Southern Observatory Hotel, Cerro Paranal, Chili, 2003

"Hotel" ini untuk para ahli astronomi yang bekerja di gurun Atacama, merupakan gabungan yang sempurna antara senibena dan landscpae, dari model Munich, Auer dan Weber, serta jurutera Mayr dan Ludescher. Geometrik dinding-dinding batu merah yang cantik membentuk halaman gaya biara dan pura, di belakangnya ruangan-ruangan yang berbaris banyak.



6. Beijing National Stadium, Beijing, 2008

Stadium berkapasiti 80 ribu tempat duduk ini direka oleh arkitek-arkitek Swiss Herzog and de Meuron dan juga artis Cina, Ai Weiwei, merupakan bangunan landmark bagi acara Olimpik 2008. Terdiri dari dua bangunan utama, salah satunya berada di dalam lainnya: suatu mangkok batu raksasa berwarna merah untuk tempat duduk dikelilingi oleh "sarang burung" baja raksasa.



7. Stasiun Kereta St Pancras, London, 2007

Merupakan kebangkitan luar biasa dari hujung penghabisan rel zaman Victorian Gothic, ketika ini ianya merupakan salah satu stadium terbesar di dunia. Alastair lansley memimpin pasukannya selama lebih dari satu dekad, merubah gaya senibena abad 19 dan menjadikannya rumah bagi kereta-kereta pantas abad 21. Di sini juga terdapat hotel dan flat penthouse bagi yang ingin bermalam.



8. Le Viaduc de Millau, Aveyron, 2004

Jambatan yang indah dan mengagumkan ini melewati Lembah Tarn di selatan Perancis. Direka oleh jurutera Michel Virlogeux dan Norman Foster, jambatan Viaduc de Millau ini paling indah dilihat dari puncak sebelah lembahnya, terutama ketika hujung-hujung tiang jambatannya muncul di antara awan-awan di musim panas. (Baca selengkapnya di sini)




9. Neues Museum, Berlin, 2009

Setelah 10 tahun rekaan senibena yang memenat kan, bangunan budaya abad 19 yang ditutup tahun 1939 ini kembali dibuka dan menjadi popular. Direkacipta semula secara kompleks dan inteligent oleh arkitek Inggris David Chipperfield, yang tidak menghilangkan bentuk asal bangunan klasiknya mestipun harus disesuaikan dengan perkembangan teknologi ketika ini.


10. Burj Dubai, Bangunan Tertinggi di Dunia, Segera Diresmikan

Tingginya yang menjulang ke langit hingga 818 meter, perbandingan dengan bangunan Empire State Building plus Chrysler Building di atasnya. Direka oleh Adrian Smith da Bill Baker dari Chicago, al-Burj memiliki 160 lantai kamar hotel, apartment gaya Armani dan perjabat.




******************

TIP ELAK SIFAT CEMBURU.. BERKESAN ATAU TIDAK


Kisah isteri dipukul dan ditentang serta perut dipijak sehingga menemui ajal angkara suami yang cemburu buta sangat menyayat hati.. Begitu jugalah cerita bagaimana si isteri menetak tangan suami sendiri disebabkan sifar cemburu yang tidak terkawal...Statistik polis berhubung kes bunuh bermotif cemburu mencatatkan pada tahun 1999 adalah paling tinggi dengan 25 kes, tahun 2000 (17 kes) dan 2001 (12 kes).

Rasanya tip ini boleh kut kalau kita ikuti jika mahu mengawal sifat cemburu yang bersarang dalam diri kita..

Langkah awal mengatasi rasa cemburu yang dirasai ialah membawa tenaga negetif
ini dengan mengenali situasi terlebih dahulu. Ini boleh membuat kita mendapatkan
pandangan yang lebih objektif. Tanya diri sendiri adakah dengan melihat orang yang
kita sayangi makan dengan rakan-rakan sejenis adalah alasan kuat untuk
cemburu atau ini hanya reaksi kita yang berlebihan. Jika betul memang alasan ini
sebenarnya tidak kukuh.

Sebaik-baiknya mengurangkan keraguan,ketakutan dengan tidak terlalu memikirkan
si dia yang kita sayangi. Cara demkian tentu akan membuat kita berasa lebih tenang
dan selesa. Jika sakit hati melihat si dia menjalin komunikasi rutin dengan seseorang
yang boleh membuat kita cemburu, jelaslah alasan ini sehingga akhirnya orang
yang kita sayangi mengerti perasaan kita. Mulai menjalin hubungan dengan teman
terdekat dengan pasangan kita. Dengan mengenal dunia si dia, kita lebih berkesan mengendalikan fikiran kita dari sudut pandang yang berbeza dan positif.

Walaupun kita memiliki hubungan yang istimewa dengan pasangan kita,bukan
bererti kita dan si dia harus selalu bersama. Luangkanlah masa kita dengan memenuhi
hobi atau apa sahaja ativiti kegemaran bersama rakan-rakan kita. Ini akan membantu mengalihkan tumpuan kita sekali gus mengelakkan kita dari terlalu melayan perasaan
cemburu yang tidak berasas..


****************

Isnin, 23 Mei 2011

MEMBUANG LEMAK HANYA BANYAKKAN MINUM AIR


Kalau kita mahu mengurangkan berat badan, disyorkan untuk minum banyak air kosong. Inilah satu jalan terbaik dimana air adalah elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Masalah timbul apabila ramai orang menganggap air untuk menghilangkan dahaga bukan untuk membuang lemak.

Kekeliruan ini menyebabkan orang mencari makanan setiap kali, sebagai satu daripada isyarat diterima otak. Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Ia juga adalah lebih ketara berlaku dikalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif, jadi tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.


Seperti juga tumbuhan, kita lihat sekiranya kita menyiram air pada tanaman kita adakah tanaman kita tumbuh subur atau menjadi kering!.. maka sudah tentulah tanaman kita akan subur menghijau sebab setiap pagi dan petang kita menyiram tanaman kita. Oleh itu kekeliruan ini boleh kita atasi dengan mengambil langkah yang terbaik iaitu dengan minum air setiap kali terasa lapar. Kerana air tidak mengandungi kalori. Isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Bagi mendapatkan kesan yang lebih cepat, disarankan minum air setiap kali sebelum makan.Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan diri daripada makan pada kuantiti yang banyak. Seharusnya air yang diminum ialah air kosong dan bukannya minuman manis kerana ia mengandungi kalori yang tidak diperlukan badan. Selalunya apabila disarankan untuk meminum air lebih dari dua liter sehari, timbul berbagai-bagai tanggapan sampingan, kononnya perut berasa kembung.

Tetapi kesan sampingan yang ketara ialah kita kerap berulang alik ketandas dan ia dianggap satu perkara yang amat baik, seperti air itu menyucikan usus dari segala toksid. Jadi secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah 'terlalu banyak air' kerana badan secara automatik mengeluarkan air melalui peloh dan pembuangan air kecil.



*************************








Ahad, 22 Mei 2011

DEMI KESIHATAN HANYA PEMAKANAN YANG SIHAT MENJANA KESIHATAN YANG BAIK


Ini adalah seorang Mangsa Gempa Bumi Padang , Arcelona dan kedua ibubapa beliau. Telah mengambil produk Herbalife dan kini telah menjadi Get Internasional Team untuk Indonesia. Dengan kepayahan menghadapi gempa bumi baru-baru ini Arcelona tabah menghadapi ujian dan akhirnya beliau berjaya juga mencapai impian.

Inilah pengasas utama herbalife


Aku bergambar bersama dengan mangsa stunami dari Aceh



Pendokong kuat Akademi Bangi Puan Kamilah dan Puan Rahimah


Anak-anak pun turut serta dalam program Herbalife, sokongan harus diberikan..


Sibungsu aku... mantap beb


Ini adalah Encik Zulkifli.. seorang pesakit kencing manis,darah tinggi dan kolestrol tinggi. Mula sebelum mengambil herbalife beliau sangat lemah sehingga tidak berdaya untuk berjalan dengan menggunakan tongkat, buang air besar dan kecil tidak terkawal dan baru berusia 40tahun tapi seperti orang kurang upaya..alhamdulillah berkat mengambil nutrisi ini beliau kini sudah boleh berjalan dan berlari anak dan telah turut serta pergi ke Extravagaza di Bangkok bersama-sama.

























Orang yang bertanggong jawab telah membawa Herbalife ke Malaysia hampir 6 tahun lepas..Dato' Ronney Tan.....






Semasa Zero to Hero di Air Kroh Melaka..


Ganjaran buat anak bungsuku.. dapat juga merasa duit hasil usahanya dalam jualan langsung.


Bukan setakat untuk makanan sihat sahaja, malah untuk produk kecantikan juga di keluarkan oleh Herbalife..

Bukan main lagi silelaki enam orang ni pun nak bermekup juga.. tak mau kalah

Setiap hari Rabu dan Sabtu kelas nutrisi Herbalife diadakan di Akademi Bangi di Hentian Kajang



***************************