PERJALANAN SEBUAH KEHIDUPAN

Ahad, 4 Mac 2012

HENDAK SIHAT JADILAH INSAN YANG MENGHARGAI KESIHATAN




Permulaan cerita bagaimana saya sihat, mungkin perkongsian ini akan memberikan tips
yang baik untuk kengkawan diluar sana untuk menjadi lebih sihat dan bertenaga.
Memang saya seorang bekas pesakit jantung berlubang dari kecil, dik kerana saya ini
jenis tidak mudah mengalah akan kesakitan yang ditanggung sekian lama, namun selama
mana kudrat saya boleh bertahan. Akhirnya saya jatuh sakit pada 2008 dan dimasukkan
ke hospital seremban dan disahkan jantung saya semakin membahayakan diri saya dan
paru paru saya pula berair atau bengkak. Apakan daya sebulan kemudian saya dimasukkan
semula ke Pusat Rawatan Jantung Negara di Kuala Lumpur.

Ingatan saya pada 24hb November 2008 akhirnya saya selamat menjalani pembedahan
jantung saya dengan kaedah memasukkan belon/payung untuk menampal lubang pada
jantung saya yang sebesar duit lima sen. Sekian lama saya menjalani terapi dan rehat yang
berlebihan dengan di sumbat pula berbagai jenis ubat sehari perlu makan hampir 30 biji,
maka keadaan fizikal saya bertambah buruk. Saya seperti seorang yang berusia 80 an.
Solat tidak seperti biasa tetapi saya kena duduk atas kerusi, sendi saya sakit, migrine
bertambah kronik, hampir separuh badan lemah dan longlai dan tension yang amat sangat
menjadikan berat badan saya bertambah. Kesedihan demi kesedihan saya lalui dengan
sering menyatakan " kenapa saya jadi begini!. Bukankah saya sudah buat pembedahan
jantung tapi kenapa fizikal saya bertambah berat dan amat letih sangat?" begitulah saya
hari-hari meratap seorang diri dirumah.



Akhirnya bila anak bungsu saya pulang bercuti semester akhir tahun 2010, dia melihat
keadaan saya yang sangat menyedihkan, lalu anak saya memberikan saya satu produk
makanan kesihatan bernutrisi tinggi dengan kandungan 55 nutrisi dan 18 asid amino serta
mengandungi 7 warna sayuran kepada saya. Produk ini akhirnya memberikan satu
kehidupan baru bagi diri saya yang hampir terlantar sakit. selama lebih setahun kini saya
mengambil produk ini, akhirnya kesihatan saya semakin bertambah baik dan saya kini
amat ceria dan sihat, yang lebih membahagiakan saya, dulu saya tidak boleh memandu
jauh tetapi kini dengan kesihatan yang baik bukan sahaja memandu malah saya juga boleh
melakukan aktiviti senaman ringan seperti taichi dan jogging di taman berhampiran taman perumahan rumah saya, paling saya rasa sangat gembira saya juga boleh berenang dan snockling. Saya sangat bersyukur telah ditemukan dengan produk ini yang telah memberikan harapan dan semangat serta kesihatan, saya sekarang semakin baik.





Amalkan pemakanan seimbang, lebihkan makan buah-buahan dan sayuran, minum air
berlebihan dalam sehari dianggarkan 5 little setiap hari, jangan kita cuba mengambil
makanan yang mengandungi kalori tinggi, lemak berlebihan, berminyak dan mengandungi
toksid seperti makanan laut dan makanan segera.








Ingatlah hidup kita didunia ini, sejak dilahirkan mempunyai cukup sifat yang Allah berikan
untuk dipinjam kepada kita supaya menjaganya dengan baik dan sempurna, tetapi kenapa
apabila kematian menjemput kita keadaan fizikal tubuh kita kadang-kadang ada yang
cacat seperti dipotong tangan atau kakinya kerana dihidapi penyakit kencing manis, atau
penyakit darah tinggi dan sakit jantung dan lain-lain penyakit kronik. Pasti Allah akan sedih
dan hiba melihat tubuh kita yang dipinjamkan sementara telah tidak cukup sifatnya!.

Beginilah andai diri kita contohnya...kawan kita pinjam kereta kita dalam keadaan yang baik
sebelum mereka ambil untuk digunakan, tetapi apabila dipulangkan kepada kita terdapat
pula kecacatan dik kerana kereta kita kawan kita abaikan keselamatan hingga keadaan kereta
kita kemik atau tercabut tayarnya. Apakah perasaan kita bila melihat kereta kita dalam
keadaan demikian, pastilah kita rasa sangat marah atau sedih sebab kawan kita tidak bertanggung jawab menjaga kereta yang dipinjam dari kita!... Jadi begitulah keadaan diri
kita juga, pasti Allah akan sedih. Kita tidak menghargai kesihatan dan diri kita.. Jadi caranya
kita perlu menjaga kesihatan dan diri kita supaya bila dipulangkan nanti tubuh kita sempurna.






Selama hampir 31tahun produk ni di pasaran, keadaan jualan paling tinggi dalam produk
pemakanan yang terulung, mencecah lebih $5 billion di Bursa Saham News York. Produk
ini walaupun dilanda krisis kewangan namun pembelian untuk kesihatan tetap tinggi setiap
tahun. Di negara kita kita sudah 6 tahun berada di pasaran.

Apapun yang kita makan dan kita nikmati, benda yang baik dan berkualiti masuk dalam
tubuh kita akan menjadikan kita sihat selain dari itu juga setiap masalah dalaman kita
pasti akan diatasi.





Lihatlah begini keadaan mereka-mereka yang telah mengunakan produk ini, berbagai-bagai
masalah kesihatan dapat dielakkan. Oleh itu saya menyeru kepada kawan-kawan saya diluar
sana supaya ubahlah cara pemakanan kita. Jadikan Negara Kita Malaysia Negara No Satu Tiada
Penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi kerana selama ini negara kita adalah negara no Satu mempunyai penyakit KENCING MANIS didunia. Harapan saya mulai dari sekarang berubahlah
demi masa depan dan jenerasi akan datang supaya lebih sihat. Disamping itu juga perbanyakkan
senaman dan latihan fizikal, jangan harap makan makanan berkhasiat tetapi kita tidak melakukan riadah juga tidak bermakna.....






*********************************************

Jumaat, 3 Februari 2012

MENGENAI JAMBATAN TRADISI

Perhatikan bagaimana jambatan-jambatan berbahaya di dunia. Kebanyakan memang berupa jambatan gantung atau mengunakan tali sahaja.





Jambatan Gantung di atas sungai di Pailon del Diablo, Ekuador


FAIZABAD, AFGHANISTAN
Wanita Afghan memegang seutas tali menyeret jambatan untuk menyeberangi sungai di Faizabad, 320 km timur laut Kabul, Afghanistan

Di Atas Sungai Nu, CHINA
Seorang lelaki menyorong skuter-nya di jambatan gantung Sungai Nu, juga dikenali sebagai Sungai Salween, sejauh 60km selatan ke barat daya Gongshan propinsi Yunnan di Cina.
Sungai Nu yang mengalir untuk kegunaan penduduk dan pengairan bagi 7.000 jenis tanaman dan 80 haiwan ternakan termasuk ikan2 musnah kerana keracunan

Sarawak, Kalimantan
Jambatan gantung aang sangat sempit 8km dari Kuala Litut ke Mulu, Sarawak, Kalimantan

NEPAL, ASIA
Jom berjalan melalui jambatan gantung di namche Bazaar di Nepal


VANCOUVER, CANADA
Orang-orang berjalan di Suspensi Capilano Jambatan di North Vancouver, yang melintasi Sungai Capilano

KOSTA RIKA


Ketchikan, Alaska
Canopy Alaska pandangan Jessica Eastwood

GUNUNG MAT Cincang, Malaysia
Langit Langkawi jambatan yang terletak di Gunung Mat Cincang dan seperti yang melengkung pemandangan yang tersedia dari hutan hujan dan laut.

Jambatan Gantung di Trift Glacier, Switzerland

Jambatan gantung se panjang 170 meter dan 100 meter di atas tasek. Ini adalah jambatan gantung terpanjang untuk pejalan kaki di Pegunungan Alpen.

Taman Nasional Kakum Canopy Walkway




Jambatan Gantung Arenal, Costa Rica


Letaknya tiga kilometer berjalan kaki merentasi hutan hujan Costa Rica. Ada enam jambatan rahsia yang terbesar panjangnya hampir 100 meter dengan tingginya 45 meter di atas tanah.

Jambatan Gantung di Drake Bay, Costa Rica



Jambatan Gantung di Bohol, Filipina




Kambadaga, Sebuah Desa dekat Pita





Danau Borit, Pakistan







Jambatan Tali Carrick-a-Rede, Irlandia Utara







Aiguille du Midi at the Gn. Mont Blanc, Perancis



Jambatan Gantung Loboc, Filipina





Jambatan Taman Nasional Negara, Malaysia





Jambatan Gantung Ghasa di Nepal






Jambatan Gantung Siju, India



Lagi, Jambatan di India



Jambatan Gantung Thenmala, India



Jambatan di Filipina



Repovesi Taman Alam Valkeala, Finlandia



Hendak tahu merbahayanya jambatan gantung? Tidak payah jauh-jauh, Jambatan gantung di Calau, Kabupaten Sijunjung, Padang, putus pada bulan Ogos 2008. Sejumlah pelawat dari Makam Syekh Abdul Wahab yang melintas jambatan tersebut telah terjatuh Akibatnya, tiga orang hanyut (sumber). Atau yang terjadi di Garut dimana mengakibatkan puluhan siswa luka-luka.



******************