Selasa, 19 Julai 2011

KEPUTUSAN YANG MENGEMBIRAKAN AKU



Selama tiga minggu si bungsu aku pulang bercuti, percutian singkat ini
memberikan kerinduan ku terubat kini. Sekejap masa berlalu, seminggu
berada di Korea kerana holiday bersama kawan-kawannya.Cuma dua
minggu masa bersama keluarga...kepulangannya banyak memberikan
motivasi diri dan keyakinan buat dirinya.Aku masih ingat ketika berada
di Bandar Bangkok, dia kononnya punya firasat atau keyakinan diri yang
dia akan meneruskan perjuangan dalam perniagaan MLM yang aku kira
sulit dan sukar untuk berjaya jika pelajaran dan mencari pendapatan
seiringan. Bukan mudah untuk mendapatkan pengikut-pengikut bawahan
tanpa kerja keras. Sehingga masa dan ketikanya pelajaran diabaikan
untuk mencari kononnya kerjaya sebagai pengedar MLM ni akan menjadi
seorang jutawan.

Ingatlah.. setakat mana usaha kamu pasti ruang masa akan menjadi
taruhan, kepenatan, modal yang tinggi, usaha kesana kemari tanpa waktu,
lupa tanggung jawab sebagai seorang pelajar seketika dik kerana
mengejar pendapatan yang belum tentu menjamin masa depan. Bukan
aku bermaksud tidak akan berjaya sebagai pengedar MLM, tetapi mereka
yang sudah lama berkecimpung dalam arena ini, sebenarnya mereka
tidak membatasi waktu dua dalam satu. Mereka tumpukan sepenoh masa
untuk MLM. Ini si bungsu ku perlu membahagikan waktu pelajaran dan
mencari pengedar untuk menguatkan kedudukan prestasinya. Aku sering
memberikan nasihat.. Jika setakat untuk mencari kewangan seperti ini,
ilmu setakat Sijil Pelajaran Malaysia pun boleh berjaya..tetapi kamu anakku
" ilmu adalah matlamat dan cita-cita kamu sebelum ini".

Biarpun setinggi mana ilmu dicari dia tidak pernah habis untuk digali walau
keakhir hayat dikandung badan. Ilmu adalah sumber khazanah yang sukar
dan bukan semua orang boleh mencapai kejayaan tanpa berusaha gigih.Ilmu
juga akan membuat sesorang manusia itu dipandang mulia dan disanjung
tinggi jika kita punya pengetahuan dalam berbagai bidang. "Nabi juga pernah
berpesan..tuntutlah ilmu sehingga ke Liang Lahat". Untuk itu nasihat aku,
si bungsu masih belum dapat menyedarkannya.."Adik dah Isthikarah Ibu! ini
bidang yang adik nampak hasilnya nanti.."..Masyaallah terkedu seketika aku
mendengar ucapan dari bibir mulusnya.."Tak pe la adik jika itu yang adik
rasa baik, ibu cuma doakan yang semua adik buat akan beroleh kejayaan".

Ketika kepulangan si bungsu kali ini, aku nampak banyak benar perubahan
pada dirinya, kekecewaan dan kelemahan pelajaran yang banyak dia bazirkan
di
semester lalu memberikan pengajaran yang amat mendalam dalam dirinya.
Aku cuba mencungkil rahsia atau bertanya sesuatu, " adakah adik akan
meneruskan matlamat seperti di Bangkok tempoh hari sayang"...si bungsu
hanya memandang wajah ku dengan sayu dan lesu...entahlah samaada dia
dah sedar atau tidak aku tak pasti.. Seminit dua aku menunggu jawapan
ikhlas darinya. "Ibu !.. adik dah banyak membazirkan waktu dengan kegiatan
MLM di sana, lupa diri dan yang paling adik rasa kecewa, ramai kawan-kawan
mula menjauhkan diri dari adik, kerana mereka menganggap adik hanya
mencari glamour sahaja. Adik rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk
adik melakukan perkara bodoh seperti ini. Memang cita-cita adik sebelum
ini adalah untuk mencari ilmu dan pergi lebih jauh dalam bidang pelajaran
sehingga ke peringkat Doktor Falsafah..insyaallah..adik akan berusaha dari
sekarang dan tidak akan membuat perkara-perkara yang mengecewakan
ibu dan ayah.. adik sedar kini apa yang adik buat telah menyalahi matlamat
adik dan tujuan adik belajar sehingga keluar negara adalah untuk menjadi
insan yang lebih bernilai dan punya harga diri."

Oh Tuhan!! sesungguhnya aku amat bersyukur padaMU ya Allah kerana
Engkau telah memakbulkan doa hambamu ini. Aku tanpa sedar setitis demi
setitis air mata mengalir kegembiraan, atas kesedaran si bungsu untuk
tidak terjebak terus dengan cita-citanya yang tak kesampaian. Bukan aku
menafikan kejayaan MLM. Tetapi MLM adalah untuk insan-insan yang
telah bersedia dengan cita-cita mereka mencari kejayaan dalam perniagaan,
tetapi bagi aku benda ni tak sesuai dengan keadaan anak aku yang masih
belajar dan mencari ilmu. Tambahan pula dia masih dibawah tajaan MARA.
Menggunakan wang rakyat tanpa berusaha apa faedahnya. Berhabisan duit
dibuang begitu tanpa ada hasil diperolehi.

Kini kepulangannya semula untuk terus berjuang ketitisan waktu yang terakhir
untuk tempoh selama satu tahun setengah lagi. Doaku buatmu sayang, engkau
berjuanglah ya sayang, jangan putus asa walaupun berbagai rintangan
mendatang didepanmu. Jati dirimu telah teruji sekian lama..engkau mengembara
seorang diri di rantauan tanpa kedua orang tua mu maupun keluarga mu..Ingatlah
setiap kejayaan pasti digapai andainya kamu tekun dan sabar..Tuhan tetap
bersama orang-orang yang berusaha dan semuga anakku..engkau yakinlah
engkau punya harga diri dan jati diri yang teguh..Tiada sesiapa yang boleh
memberikan kita kesenangan tanpa berusaha....Jaga diri mu anakku...




*****************