Isnin, 16 November 2009

KALIO AYAM


1 Ekor ayam di potong sepuluh
4 sudu besar cili giling
5 sudu besar cili sos
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai )
3 ulas bawang putih )
1 labu bawang besar ) dikisar halus
2 inci halia )
1 inci lengkuas )
2 biji buah keras
2 sudu besar minyak masak
2 cawan air )
1 biji @ 250 grm santan pekat
garam secukup rasa dan
bahan perisa jika suka



Ayam dibersihkan dan tos. Panaskan periuk dan masukkan minyak.Tumiskan bahan kisar tadi
dan kacau sampai naik bau.Kemudian masukkan cili giling,cili sos dan kunyit serbuk. Gaul rata
sampai garing.

Setelah itu masukkan ayam yang telah ditoskan tadi, kacau rata dan biarkan sebentar sehingga
keluar air ayam tadi dan ayam nampak mengecut.

Masukkan santan pekat dan tambah 2 cawan air tadi. Biar kan sebentar dan kacaulah kuah tadi
dan masukkan bahan perasa dan garam ikut cita rasa.Masaklah sampai kuahnya pekat sedikit
dan ayamnya telah empuk.. ( jika ingin menambahkan kentang dan tomato pun boleh juga)

Apabila telah siap dimasak hidangkan dan hiaskan diatasnya lada merah potong ikut suka hati
dan bolehlah dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi putih pun boleh..

NASI TOMATO

3 cawan beras basmati
1 inci halia )
2 ulas bawang putih )
1 labu bawang besar )
1 inci kulit kayu manis [
2 kuntum bunga lawang [
3 kuntum bunga cengkih[
1 sudu kecil rempah kari daging
3 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar pes tomato
4 cawan air rebusan ayam
garam secukup rasa serta
2 helai daun pandan
1 sudu kecil rempah kari daging

) bertanda bahan kisar
[ bertanda rempah 3 serangkai

1) Panas kan minyak sapi. Biar seketika dan kemudian tumiskan bahan tiga serangkai.Goring
sebentar baru masukkan pula bahan kisar.. Kacau hingga naik bau dan masukkan pula
rempah kari daging,pes tomato,garam secukup rasa dan gaul hingga sebati disamping itu
masukkan bersama daun pandan dan gaul rata2.

2) Selepas itu kita masukkan pula beras basmati kedlm periuk tadi dan kacau lagi agak lebih
kurang 5 minit dan masukkan la air rebusan ayam tadi dan kacau rata.

3) Masaklah nasi ini seperti kita memasak nasi yang lain juga... apabila telah masak nasi digaul
rata dan boleh la ditaburkan dengan hiasan daun sup atau bawang goring. Sedap dimakan
bersama rendang daging atau kalio ayam.. Selamat mencuba resepi saya ini.

Ahad, 15 November 2009

RESEPI MEE HAILAM

1/2 kilo mee kuning atau kuew tiew
2 pokok sayur sawi ) basuh dan potong sesuka hati
sebatang lobak merah ) basuh dan potong sesuka hati
3 batang jagung muda ) basuh dan potong sesuka hati
1 biji lada merah ) basuh dan potong sesuka hati
sebiji buah tomato ) basuh dan potong empat
daun sup atau daun bawang jika suka
udang sesuka hati
3 ulas bawang merah)
2 ulas bawang putih ) bahan ini ditumbuk halus
1 inci halia )
daging ayam sesuka hati
nak taruh sotong pun boleh
juga daging ikut cita rasa
2 sudu besar lada kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat manis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam serbuk
1 sudu besar sos ikan
garam secukup rasa dan
bahan perasa jika suka

Caranya:-

Tumis bahan tumbuk sehingga naik baunya. kemudian masukkan samada udang,ayam,daging dan sotong gaul sebati hingga keluar airnya

Bila telah sebati masukkan segala sos cili,sos tiram,sos tomato,lada giling,lada hitam,kicap pekat
,sos ikan dan gaul rata sampai naik bau dan garing...kemudian barulah taruh sedikit air untuk
membuat kuahnya. anggaran sahaja sesuka hati.

Bila telah mendidih masukkan lobak merah dan jagung muda biar sebentar.kemudian masukkan
lain2 sayur seperti sawi dan tomato.biar sebentar kemudian barulah masukkan mee atau kuew
tiew kedalam bahan2 yang telah dimasak tadi dan gaul la sampai semuanya sebati..Kalau mau
kuahnya pekat bubuh 1/2 sudu kecil tepong jagong yang dicampur sedikit air..Ratakan masakan
ini dan bila telah ditaruh garam dan bahan perasa boleh la diangkat.

Hidanglah dengan dihiaskan lada merah potong dan daun sop atau daun bawang.
EMMMM sedaap nya dan cuba la rasa....