Sabtu, 6 November 2010

PERTEMUAN YANG TIADA MAKNA


Pertemuan antara kau dan aku
tiada sebarang manafaat selain berselisih bahu
mata saling jeling menjeling
langkah tetap hayun kehadapan
tiada sebarang ungkapan salam
tiada secebis senyuman
sekadar berlalu
Aku merasa sedikit terbias
sentiasa ku fikirkan apa silap dan salah
pertemuan itu tiada makna
aku bertanya " Apa khabar"
tiada sepatah balasan
apakah aku bersalah
kerana tiada jawapan darimu!
tersentap dan terkedu
namun itu aku biarkan begitu
pertemuan itu menunaikan keperluan
dan tiada maksud
namun tika waktu nanti
pabila kecemasan menyesakkan dada
pasti kau akan mencari sesuatu
untuk melegakan kesesakan jiwamu
inilah lembaran kehidupan kini
hidup antara maruah dan harga diri
hidup antara darjat dan harta
tiada lagi kemesraan
tiada lagi kasih sayang
antara kau dan aku
ibarat langit dan bumi
jauh jurang pemisah
andai kau rasa diri telah hebat
usah lah bersifat pentingkan darjat
mungkin aku terlalu mengharapkan
kecintaan,kekeluargaan dan kasih sayang
namun kini hanya tinggal memori
Dunia kini kian lesu
kehebatan meragut kenikmatan
Tiada lagi perhatian
masing-masing berlumba-lumba
mencari keperluan
sehingga terlupa siapa kita
ingatlah
setinggi mana kejayaan dan kemegahan kita
pandanglah rumput dimuka bumi
usahlah dipandang bintang yang menyinari
kerana terangnya buana bintang akan lenyap
janganlah diagongkan darjat
kerana kematian membawa kehinaan
janganlah kesombongan beraja dihati
kelak kehinaan meranap diri
Insaflah
kerana kita hamba yang sama dimataNYA


************

Selasa, 2 November 2010

MEH KITA MAKAN BIHUN SOTO WAK KEMAT


Tiga hari lepas aku ke Segamat Johor bersama anak lelaki aku yang no 3, bukan apa nak menziarahi kawan yang mendapat cucu pertama. Peluang ini aku tak lepaskan , kerana aku memang lama sangat meninggalkan daerah ini. Banyak kenangan pahit dan manis disini. Yang banyak kenangan ialah masyarakat kampong yang saling tolong menolong,bermuafakat sesama sendiri jiran tetangga kalau ada satu-satu majlis tak kira kita ni datang dari mana asal.

Paling aku tak boleh lupa tentang makanan tradisi orang Jawa.. Tempe la katakan dan juga bihun soto.
Kat sini tempat nya Kampong Jawa memang femes la dengan restoran Wak Kemat. Sapa tak kenal dengan kelazatan dan keenakan soto beliau. Walau pun beroperasi di depan Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa namun pelanggan yang menjamu selera disitu pasti tak kan melupakan akan kelazatan Soto Wak Kemat.




Soto Wak Kemat selalu nya mengandungi bahan-bahan hiasan terdiri dari Bergedil dagingnya, Memang terangkat kalau sesiapa yang makan, pasti akan datang sekali lagi untuk menjamu selera di sini.





Paling melazatkan hidangan yang istimewa ni adalah kuah kicapnya.. Berapi dan fuhh tak leh nak bayangkan.. sedapnya mesti dicampurkan dalam sup soto tersebut jika tidak kita tidak dapat menikmati akan keenakkan soto tersebut.



Wauu inilah wajah sebenar Bihun Soto yang telah dicampurkan dengan bergedil, shuun, ayam yang dicarik kecil-kecil, daun sup , tauge serta, bawang goreng dan kuah kicap . Pasti sedap sehingga menjilat jari ...




***********************************