Jumaat, 23 Julai 2010

PADAMU KU BERSUJUD





Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

*
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

**
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

***
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud




Betapa kedil kita disisinya

menerobos setiap jasad dan jiwa

Tatkala kita leka dimaya pada

melupakan sirah dan takwa

apakah kita sering berlumba

mencari sekedip keseronokan

namun kita lupa

akan janji kita di azali sana

kemana amal dan takwa

punah kita abaikan

hilang kita lekakan

lenyap kita dengan nafsu nafsi

hidup hanya lontaran bebola

sekali membulat dilontar jatuh bergolek

tidak pipih datang melayang

akhirnya kita di amok dosa

kecundang dipintu neraka...


Sedar dan lenyapkan semua

seperti satu titik noda penuh dosa

hilangkan dia

muga kita tidak terpedaya

segala keasyikan itu

membawa petaka

biarlah biarlah ..

jangan ulangi lagi segala

keindahan itu membuat kita terpesona

dengan keasyikan itu

akhirnya kita juga yang sengsara..


*********************


Rabu, 21 Julai 2010

WAYANG KEHIDUPAN..


Tiada siapa yang tahu
tiada siapa yang mengerti
noktah pengabdian hidup ini
sekilas pergi ia tetap pergi
sepantas usia ia jua berlalu


Tinggallah engkau di situ
meniti hari-hari yang kian pudar
mungkin ini jalan terakhir buatmu
menerobos ruang hakikat
mencari sinar
bukan fatamorgana
kerana cahaya itu
sukar untuk engkau hampiri


Ini tidak mungkin
wajah seperti satu persembahan
boneka wayangan ditayangkan
diulit segala keasyikan
merdu suara tok dalang
mengalunkan irama
hingga dini hari


Persis apa yang di olahkan
mendayu dan menghibakan
menjelma satu bayangan disebalik tabir
kerana tabir itu mungkin boleh
melindungi dari kenyataan sebenar
kelak pasti akan hilang
dari segala kepura-puraan


Lantas kemana arah mu
kemana pergi kekuatan dirimu
ya!... aku teruskan pengembaraan ini
sekalipun kegetiran menghalang
mestipun ianya sukar
kepayahan ini amat bermakna
kerana setiap halangan pasti ada kemenangan



***********************

Selasa, 20 Julai 2010

SAKA-SIHIR-SANTAU DAN RACUN




Percaya pasal santau-saka-sihir dan racun!....

Santau dan racun tidak pasti perbezaannya, ramai yang kata kedua-duanya sama jer.
Kerana bahan-bahan digunakan untuk santau dan racun sama belaka, rawatannya pun
sama jugak.

Ada ciri-ciri untuk dijadikan panduan mengenal pasti samada kita terkena racun atau
santau. Pasti mangsa racun akan menderita serta merta dengan muntah darah. Mangsa
santau mengambil masa lama disebabkan tidak menyedari sehingga mangsa tersalah makan
limau nipis dan nenas.Ini kerana mangsa santau dan racun sangat sensitif pada limau nipis
dan nenas.

JENIS SANTAU

Ada dua jenis santau:

Santau dibuat dari adunan secara hakiki, tidak melibatkan peranan jin dan
syaitan. ( mudah dirawat)

Santau yang disertai pemujaan terhadap syaitan, Ianya dikenali santau angin
dan ianya( sukar dirawat) kerana melibatkan peranan jin.

TANDA TERKENA SANTAU

Batuk berlarutan,batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu
kecil seperti serbuk kaca

Istihadhah (period) yang berpanjangan bagi wanita satu hingga tiga bulan
atau lebih.

Sakit tulang belakang terutama pada waktu Magrib dan malam Jumaat.
Kadang-kadang sakit menjadi-jadi ketika mahu solat Jumaat.

Sakit dan sesak nafas ketika masuk Magrib

Lenguh seluruh anggota badan

Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.

Mimpi jatuh dari tempat tinggi

Mimpi bahan miang seprti miang buluh dan ulat bulu.

Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau
dan sembilu.

Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan
kanak-kanak tersebut.

Mimpi menakutkan seperti ular.

Mimpi makan makanan yang kotor seperti
bangkai dan babi.

Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau pergi
ketempat ibadat bukan Islam.

KESAN-KESAN SANTAU

Boleh membawa maut dengan keizinan Allah swt.

Hilang daya ingatan

Kulit merekah serta keluar air dan nanah.

Tabiat akan berubah seperti orang yang penyabar
menjadi panas baran.

Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.

Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh
dibadan telah gugur.

Kelopak mata menjadi kehitaman akibat tidur
yang sering terganggu.

Terjadinya kanser dan ketumbuhan

Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.

Oleh yang demikian, kita hendaklah mengamalkan segala ayat-ayat suci al-Quran
untuk melindungi kita dari ancaman pengamal-pengamal Ilmu Sesat ini.

Firman Allah swt:

"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari
kalangan manusia meminta perlindungan
kepada beberapa lelaki dari kalangan jin,
maka jin-jin itu menambah bagi mereka
dosa dan kesalahan.."

(Surah al-Jin: 6)


***********************

Isnin, 19 Julai 2010

FRESAR HILL DAN BERJAYA HILL... HAMPIR SAMA ..










Belakang Padang Golf




Kawasan Air Terjun Jeriau..





Pintu gerbang jam besar di Fresar Hill






Smokehoouse rumah penginapan



Bangunan bersejarah.. dari tahun 1919 hingga sekarang masih kukuh pembinaannya...




Nak membandingkan bangunan ini di Bukit Tinggi Berjaya Hill hampir sama corak pembinaannya dengan cara bangunan di Fresar Hill..




Lebih kurang dan hampir sama corak pembinaannya.....

Lama betul aku tak pergi melancung ke Fresar Hill. aku ingat masa tu dalam tahun 1975 last aku g sana... namun semua nya masih sama seperti dahulu..untuk menghilangkan strees bolehlah sangat pergi kesini... tapi aduiii mak aiiii perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Bentung mau termuntah hijau dibuatnya sebab jalan dia macam ular kena palu .. tajam2 bengkang bengkoknya... dan jika hendak lebih selesa dari jalan bengkang bengkok kita boleh gunakan jalan melalui Kuala Kubu Baru pun boleh juga....


Perlu ikut jadual perjalanan bila sampai di Gap.. lorong untuk menaiki keatas Bukit Fresar cuma satu lorong saja.. untuk naik keatas sana dari pukul 7.00 pagi dan tamat sampai 6.40 petang, dan untuk turun pun lebih kurang juga.. aku mula sampai hari Sabtu lepas betul2 tepat pada pukul 5.00 petang waktu untuk mendaki .Memang rasa hilang betul tension bila aku menginap di atas sana... sejuk dan segar dengan jauh dari hiruk pikuk kebisingan di bandar...



********************************