Sabtu, 29 Mei 2010

SAHABAT


Sahabat.
Kau bangunkan aku dari penjara
Hatiku...
Kau selalu bersamaku disaat pilu
Ini datang...
tak hentinya kau alunkan lagu
sahabat dari hati kecilku
Indahnya persahabatan ini
sehingga aku rasa sepi
bila engkau tiada
Percayalah sahabat
kau tetap akan ada untukku
di hatiku buat selama-lamanya.

Sahabat...
engkau adalah titipan masa tanpa batas
saat aku berusaha menjelma menjadi sempurna
saat aku menjadi yang terbaik
kau membimbing dan mengajarku
berjalan berlari diatas pentas
yang bernama kehidupan


sahabat...
kau adalah air muka saat ku
harus bahagia atau sedih
gembira saat mendengar dongengan tentang kasih sayang
atau bersedih mendengar ceritamu tentang dirimu sendiri
Sahabat....
kau mengiringiku saat aku lelah
membangunkan aku saat aku jatuh
kerana panggung yang kita lewati begitu licin
sahabat perjalanan hidup ini masih panjang
aku lelah tanpamu di sisiku.

..................................

Jumaat, 28 Mei 2010

BERSABARLAH....


Nasib kita dalam dunia ini tidak semuanya bahagia
ada kalanya hidup ini perlukan pengorbanan
ada juga hidup ini dilanda musibah
cuma cara bagaimana kita menghadapinya


Seperti kata orang .........
Bukan hidup ini kalau tidak kerana dugaan dan halangan
kerana cabaran akan mematangkan diri kita
Bukan juga kesenangan yang kita akan kecapi
jika kita tidak diberikan ujian


Diri kita tidak senantiasa sihat
ada kalanya kesakitan akan membuatkan diri kita insaf
kita akan merasa diri kita adalah insan yang serba hina
makhluk Tuhan yang daif di sisinya

Aku juga berdoa agar engkau akan cepat sembuh
dari segala kesulitan dan kesakitan yang engkau sedang tempuhi sekarang
pada Tuhan aku memohon
agar engkau kembali ceria
kerana anak-anakmu perlukan perhatian dan kasih sayangmu
tabahlah dan sabar dengan segala ujian yang diberikan kepadamu
kerana kesabaran mu adalah separuh dari iman.



..................................

Khamis, 27 Mei 2010

MEMAHAMI ERTI WAJAH SEBUAH PUISI..........


Seorang penyair yang sentiasa hidup dalam kesengsaraan.
sebelum menghembuskan nafas terakhirnya ia sempat melantunkan
sebuah puisi. Dia adalah Malik bin Ar-Rayyib:



Apakah kalian tidak melihatku
yang telah menjual kegelapan
dengan cahaya hidayah?
Aku berperang sebagai perajurit Ibnu 'Affan,
Hanya bagi Allah ku pasrahkan permata hatiku
ketika aku meninggalkan anak dan hartaku
di sisi dua jurang.

Wahai para sahabatku
perjalanan hidupku telah mendekati maut.
Saat bagi untuk tidor sepanjang malam
Hidupku hanya tinggal hari ini
atau tersisa sebahagian malam
Maka janganlah kalian mempercepatkan kepergianku

Kerana segalanya kini sudah jelas
pembaringanku tergores ke hujung gigi
setiap kali ku miringkan tubuhku
sedangkan hujung kainku
selalu basah dik air mata
janganlah kalian membenci diriku
Semuga Allah memberkati kalian semua
di bumi mana pun
kalian berada



.................................



TANPA SUARA KU SENANDUNGKAN IRAMA INI



Bila aku mulakan kata

tiada apa yang bersuara

Kecuali diriMU yang Esa



Bila aku melihat

tiada apa yang nyata

Kecuali Nurmu berserta



Bila aku mendengar

tiada apa yang tertawa

Kecuali kalammu bertahta


Aku pun bertapa

dalam diri

dengan Afa'alMu



Aku senandungkan

irama rindu cinta dan kasih ini

Hingga menjadi Tasbih cintaku...


........................

Selasa, 25 Mei 2010

AKU SENTIASA RINDUKAN KAMU




Ku minggir danau ini
wajah nya sunyi dan memilukan
hembusan bayu meniup lembut ke wajahnya
tatkala resah dalam membungkam amat
aku yang melihat sedih dan terasa

ku tahu engkau merinduiku
bukan aku tidak mahu menghubungi engkau
tatkalala ini aku belum bersedia
kesedihan masih terasa
kepiluan dalam kotak hatiku

Dada ini pedih dan sakit
persis ditusuk sesuatu
bilaku bangun terasa ada pisau tajam bersama
tapi itu hayalan
kerana aku masih trauma kisah silam
aku kena dekatkan jiwa dan raga ini
pasrah akan hukum alam


Kini aku perlu bersendirian seketika
walaupun laut bergelora menghempas pantai
kerana pantai itu adalah jiwa
nantilah....
bukan aku tak sayang kamu
sayang aku terhadapmu
lebih dari yang engkau tahu

Cuma kini otakku seperti dibelenggu
itulah jika aku pulih sepenuhnya
akan aku ingatkan mu
sabar dan tawakkal
semuga engkau faham situasiku ini
aku masih seperti dahulu
cuma aku perlu ketenangan


AKU SAYANG KAMU

...........................




Isnin, 24 Mei 2010

AMALAN SIHIR


Pengakuannya, ucapanya (ikrar)
Engkau bersahabat dengan jin, iblis dan syaitan?
Diri engkau seperti makhluk halimunan
tidak bisa dilihat dengan mata kasar
ada sesuatu yang memberikan engkau sejambak bunga wangi kenanga
ternyata rupanya engkau Arraf.. ia ...tukang nujum dan tukang sihir

Tugasmu perasap kemenyan dengan wajah kelat
temanmu haiwan jampi mentera
tidak di fahami maksud jampi serapahmu
mungkin engkau menyeru insan ghaib
jelmaan dari segala kejadian mungkar
alat-alat tangkal azimat, patung-patung keramat
konon membawa tuah
tubuhmu kebal, ilmu hitammu sukar di tandingi

Paling sadis.. engkau menghina ayat suci dalam Islam
memijak Al Quran, menulis ayat itu dengan najis..
ayat Allah itu di buat tempat pembuangan kekotoran
engkau juga memuja makhluk terkeji
engkau jamukan mereka dengan kekejian
lantasnya engkau sudah jadi manusia lupa diri
lupa siapa engkau .... dijadikan untuk apa
akhirnya engkau terSUNGKUR
dikangkang IBLIS Laknatullah...


................................

Ahad, 23 Mei 2010

KEMBALI BERPUTAR KEHIDUPAN INI


Kerana qadha' telah terjadi
pena-pena telah mengering
lembaran catatan ketentuan telah dilipat
peristiwa telah menjadi memori
hidup menjadi putaran roda se zaman
menyelubungi matahari tanpa cahaya
memutar kembali waktu ke masa silam
berjalan menitip tepian aliran sungai kemuara

Usahlah duka,usah juga pilu
ia laksana badai yang merosakkan cuaca
langit mendung
rintik-rintik turun
membuat air bah dimana-mana
bumi kini tanpa gersang
keindahan bunga,dedaunan sedang mekar di taman

Ibarat seorang gadis manis mengurai pintalan tenunan
ibarat juga seorang meniup bejana dari kulit yang berlubang
ibarat juga seorang menulis di atas air dengan tangannya
usia kita adalah kebahagian dan ketenangan
jangan habisi usia itu sia-sia
usah biarkan malam-malam dalam kekosongan
jangan tukarkan kebahagian dengan ketakutan
dan jangan sia-siakan waktu yang masih bersisa.

........................................

MENGADUN CINTAKU (KERENDAHAN DIRIKU)


Aku berlari ke arah senja

rimas pada siang yang berbahang

aku segera mahu membuka tirai malam

menghampar sejadah kasih

untuk sujud rindu

agar cintaku tumbuh menjadi pohon

untuk Kau dan Aku berdakapan mesra

berasmara pada suram redupnya

sehingga lahir dan berkembang suatu rasa

menerawang membelah anid-dunya

yang sifatnya sementara

Kekasih,

Marilah langkahi dunia

kerana balik SANA ada keabadian yang nyata

dan di sini kita hanya di pinta,

untuk mengadun cinta

membakar di relau rindu

agar hangat kasih memutih

dan hati kita menjadi jernih.

Kekasih,

apalah makna cinta,

tanpa abadi dan hakiki

kernanya, lontarkan Dirimu ke AKU

biar kita berpadu

pada Kesatuan Wujud

sehingga segala sesuatu bukan lagi menjadi Dia

tetapi tinggal sebagai AKU.


..............................