Jumaat, 26 Februari 2010

PERCAYAKAN DIRI SENDIRI





Banyak antara kita yang masih
berasa kurang yakin pada diri
dan sentiasa berasa tidak
selamat. Mengapa terjadinya
perkara ini??.Apakah kerana
jauh di sudut hati kita masih
tidak dapat melupakan kata-
kata berbisa yang dilemparkan
terhadap kita atau masih tidak
dapat melupakan kegagalan lalu?



Mmmmm aku sebagai manusia
memang ada kalanya kita tidak
dapat lari daripada perasaan
sebegini.Namun kita mesti
kuat menghadapinya.Lalu
bagaimanakah cara terbaik
untuk mengatasinya?.........


Mungkin dengan menanamkan
rasa percayai pada diri sendiri.
Ingatlah yang manusia di cipta
dengan cantuman bakat,kebolehan,
personaliti dan latar belakang
yang unik... Dan setiap kita ada
keistimewaan tersendiri yang
tidak ada pada orang lain.
Aku akan berpegang kepada
perkara ini pasti keyakinan
dan rasa percaya diri akan
lebih meningkat....

Khamis, 25 Februari 2010

SYUKUR DAN SABAR

26hb Febuari 2010 iaitu hari Jumaat.. 12 rabiulawal...
ku ucapkan selawat keatas junjungan Besar Nabi
Muhammad s.a.w.

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat
kepada Nabi.Hai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah
salam penghormatan kepadanya.
(Surah Al-Ahzab:ayat 56)

Nak bercerita....

Pada zaman Khalifah Al-Manshur,salah seorang menterinya,Al-Ashma'i,
pergi berburu.Kerana terlalu asyik mengejar haiwan buruan,ia terpisah
daripada kelompoknya dan tersesat di tengah padang pasir.

Dia amat kehausan,dia melihat sebuah
khemah yang terasing.
Dia memacu kudanya ke sana dan bertemu penghuninya,seorang
wanita muda dan jelita.Dia meminta air.Wanita itu berkata,"Ada
air sedikit,tetapi aku persiapkan hanyak untuk suamiku.Ada sisa
minumanku.Kalau mahu,ambillah"

Tiba-tiba wanita itu tampak berwaspada.Dia memandang kepulan
debu dari kejauhan.Kepulan debu itu menandakan seseorang sedang
memacu kuda.

Suamiku sudah balik!"kata wanita itu.
Wanita itu kemudian menyiapkan air minuman dan kain pembersih.
Suami wanita itu seorang manusia kasar,lelaki tua yang bengis dan
kasar.Mulutnya tidak henti-henti mengherdik isterinya.

Tiada sepatah perkataan yang keluar daripada mulut wanita itu.
Sebaliknya dia tenang membersihkan kaki suaminya,menyerahkan
minuman dan memimpin suaminya dengan mesra masuk ke khemah.

Sebelum pergi,Al-Ashma'i bertanya, "Engkau muda ,cantik dan setia
Kombinasi yang jarang-jarang sekali terjadi.Mengapa engkau
korbankan dirimu untuk melayani lelaki tua yang berakhlak buruk
ini?"

Jawapan wanita itu mengejutkan Al-Ashma'i, "Rasulullah bersabda:
agama itu terdiri daripada dua bahagian: syukur dan sabar.Aku
bersyukur kerana Allah menganugerahkan aku kemudaan,kecantikan
dan perlindungan.Allah membimbingku untuk berakhlak baik.
Aku telah melaksanakan separuh agamaku.Kerana itu aku ingin
melengkapkan agamaku dengan separuhnya lagi, iaitu SABAR.


Mungkin wanita sekarang tidak akan atau dapat mempersiapkan
diri seperti kisah diatas..Aku perlu muhasabah diri dan bersihkan
jiwa .. Semuga akan menjadi panduan dan pengajaran dalam
kehidupan yang fana ini....

Rabu, 24 Februari 2010

HARI BAHAGIA ADIKKU

Majlis pernikahan Ita dan Noriman pada 2hb Januari 2010..
Hantaran dari pihak lelaki.


Gemuruh nampaknya si Noriman. Alhamdulillah dengan sekali lafas. Aku terima nikahnya Marsitah bt Harun dengan maskawin Rm 22 tunai hehe..Dah sah jadi adik ipar aku la....
Lepas ni kena panggil Pak Busu nampaknya..



Eleh Marsitah..menunggu kedatangan suami tercinta.. dengan jelingan manja-manja
gitu..Lepas ni kena jaga makan minum cik abang Noriman tu tau...



Selepas angkat nikah korang bersanding lak..
Awat Noriman... malu-malu je.. Marsitah ok je



Selesai majlis angkat nikah Noriman dan Marsitah bersanding
dipelamin yang indah seperti Raja Sehari di singgah sana
diapit dayang dan pahlawan... Syukurlah majlis sudah sempurna
walaupun dibuat secara sederhana..tanpa kedua ibu bapa
Semoga kalian dilimpahi rahmat dan berbahagia hingga akhir
hayat dan mendapat anak-anak yang comel-comel.

SEORANG HAMBA





" INSAFLAH "

Ini hukum Allah bukan hukum manusia
Kepada yang menurut, kabarkan
Berita gembira
Dan
Kepada yang ingkar NERAKA
padahnya..

Orang kata kita syaitan, kita marah,sedangkan kita memang memiliki
sifat-sifat syaitan.Cuba semak dan teliti apakah diri kita

- seorang yang pemarah? cepat marah dan suka marah-marah
- seorang yang pendendam dan menyimpan hasad dengki dalam diri?
- seorang yang bakhil dan sangat cinta kepada harta?
- seorang yang tamak dalam apa jua bahkan makanan dan percakapan?
- seorang yang suka bermegah-megah dengan barang perhiasan,
kecantikan mahupun anak-anak?
- seorang yang alpa kepada suruhan-suruhan agama?

JIKA jawapan kita ya... memanglah kita "SYAITAN"Dalam Al-quran ada disebut
Dalam hadith juga begitu
Tapi sayang tidak ramai yang mengikut.

Ikut atau tidaknya
Kerana mukmin pasti hendak
Perintah Allah pasti tidak
Kerana syaitan punya kehendak

Dikatakan pakai tudung rimas dan panas
Dikatakan pakai tudung ketinggalan zaman
Tapi kena ingatlah,,api neraka itu lagi
PANASS.

Pakai tudung takut diejek
Tapi....ingatlah pakai tudung
lagi berseri,cantik dan ayu

Cermin diri untuk sedar diri....


Mungkin pada sepasang matanya yang bundar,yang selalu menjeling tajam, atau yang kadangkala
malu-malu memberi kerlingan manja..

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali sekala memberikan kucupan mesra di dahi ibu,ayah,suami dan pipi monggel anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tetawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembutkan sekaligus menghangatkan perasaan..

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan..Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan masih tidak cukup untuk mendefinasikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu..Panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan kita keindahan-keindahan itu..Namun betapa pun dijaga,dipelihara,dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi.. wajah akan suram,mata akan kedam.

Satu saja yang tidak akan dimakan usia.... sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan takwa.

Demikian la sebenarnya erti kecantikan perempuan..

APA APA LAH



Hari rabu.... malu dan segannya aku...

nak buat macam mana

dah terpaksa dan terdesak

perhhhhhhh geram aku

nak ku lutu je kepala dia

tapi tak boleh la arrgghhhhh



dah malam dah ni aku pun nak

tidor la ... penat melayan

sapa yang chat gan aku

tapi seronok tau

dapat kawan2 baru

ok la dah nak titon

see u then all my friends...

take care...

mimpi yang indah2....

sebelum tidor baca doa dan bismillah dulu

nanti mimpi yang menakutkan hehehehe..

Isnin, 22 Februari 2010

BERMIMPI KAH AKU







Ku kepinginkan
pada kesempatan ini dan kemampuan
daya kudrat yang ada
masih aku lemah dan longlai
aku tidak berdaya
membentukkan makna tersirat
aku sedar dan aku tahu
sekelumit isi hati ini
tidak akan terpadam
dik kenangan

aku tahu pasti aku di katakan gila
merasuk dan meraung bagai sang serigala
tapi aku juga
mungkin akan melakukan
apa yang terpendam
dan terbuku dalam rongga
lemah longlainya tulang
berlalulah harapan
manakan ku tahu diriku
bila hendak menangis
melawan sendu
merataplah kepadanya
yang memberikan sinar
bukan kepada mereka yang
menghancurkan dan binasa
tangisilah dirimu
menangislah sepuas-puas hati
jika aku menangis
akan luputlah bebanan

ahhhhhhhh
bisa ku harapkan
namun tiada
hanya kosong
cuma ku pasrah
dan ku harapkan
sinar... sinar.. yang menerangi
kegelapan......

Ahad, 21 Februari 2010

MY FAMILY FOTO ALBUM

Ladang kangkaroo....


Qhong xhi fha chai.

Malam tahun baru 2010 di paris si kenit ni..



Kat sini lah adik belajar di Melbourne..


Abang dan adik.. sama cita rasa



Adik dapat juga bergambar kat Stadium Arsenal.. best nya



Kebun bunga tulip di Melbourne



Teringin nak belajar kat sini tapi bergambar kenangan pun ok lah



Sempat senyum lagi tu... makanan lambat sampai...



Amboiiii adik... seronoknya dapat bergambar kat Disneyland.. jeles tau..



Wouuu ada gaya seorang doktor.. tapi sayanglah... tak minat pulak...adik nak jadi Engineer



Huuhh macam model je...



Isshhh mamat alang ni.. baru habis nonton formula one.




Ok.. senyum ...



Eh.. adik..sedang nak prektis


Amboiii adik pun tak nak kalah gak gan angah dia....



Persembahan di Bangkok Jass


Adik angan2 macam Yuna je boleh kut..






Rumah ku syurga ku.....


Perpisahan di LCCT.. adik dah nak flight dah.. doakan yer ibu dan along ...



Di Cameron Highland Bharat Plantations Tea Valley