Ahad, 26 Disember 2010

MEMORI TRAGEDI TSUNAMI- HARI INI 26HB DIS

Sedang aku mengelamun di bilik komputer, tiba-tiba dentuman guruh dan petir sabung menyabung,lantas aku terus menutup suiz .Maklumlah pernah sekali aku tidak dapat mengunakan PC aku sebab di panah petir.

Lamunan aku berkisar pada kisah Tsunami di Banda Aceh, kerana hari ni genaplah enam tahun peristiwa bencana alam berlaku yang banyak mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan banyak nyawa.


Pada 26 Disember 2004, satu gempa bumi yang besar berlaku di Lautan Hindi lepas pantai barat Aceh yang mengakibatkan berlakunya ombak besar tsunami yang melandai kawasan-kawasan pantai di Selatan Asia, Sumatra Utara, Thailand dan Malaysia. Pusat gempa terletak pada bujur 3,298° utara dan 95,779° timur kira-kira 160 km sebelah barat Aceh sedalam 10 km. Gempa bumi yang sebesar Skala Richter 9.0 ini berlaku sekitar 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900. Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak tsunami mencapai ketinggian 10 meter. Ribuan telah terkorban akibat malapetaka ini.




Kebanyakan mangsa merupakan rakyat tempatan. Namun terdapat juga beberapa pusat peranginan yang dilanda tsunami mengakibatkan korban lebih 2,400 pelancong asing.


Bantuan kemanusian yang diperlukan untuk gempa bumi (dan tsunami) kali ini adalah agak tinggi kerana terdapat banyak kerosakan insfrastruktur, kekurangan air dan makanan serta kerugian ekonomi dari industri perikanan dan pelancongan. Penyakit Epidemik juga mungkin berlaku, kerana antara kawasan yang ditimpa musibah ini mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan iklim tropika yang sesuai. Malah Pertubuhan Bangsa2 Bersatu telah mengatakan ini mungkin menjadi operasi bantuan terbesar dalam sejarah.

Perkara utama yang dirisaui oleh organisasi bantuan kemanusiaan dan agensi kerajaan ialah untuk mengenal dan menanam mangsa yang telah meninggal sebelum mereka menjadi isu kesihatan dan menyebarkan penyakit epidemik seperti Kolera dan demam kepialu. Seterusnya, bekalan perubatan dan kepakaran perlu dihantar ke hospital dan klinik, bantuan khemah dan pakaian serta air minuman dan makanan (terutamanya makanan bayi) kepada mangsa yang telah kehilangan tempat tinggal.


Banyak kerajaan dan organisasi kemanusiaan di seluruh dunia telah menawarkan bantuan kewangan dan teknikal kepada negara-negara yang terlibat dengan gempa bumi ini. Bank Dunia PBB menganggarkan jumlah bantuan yang diperlukan bernilai USD 5 billion



Malaysia telah menghantar pasukan penyelamat khas (SMART), pasukan bomba dan Bulan Sabit Merah ke Aceh. MERCY Malaysia turut menghantar pasukan dan bekalan perubatan ke Sri Lanka. Dua lapangan terbang di Subang dan Langkawi turut dijadikan sebagai pusat pengumpulan bantuan untuk dihantar ke Aceh.



Aku bersyukur pada Allah swt kerana Malaysia tidak pernah ditimpa musibah seperti taufan, letusan gunung berapi, gempa bumi dan sebagainya.
Semuga kita semua dilimpahi rahmat dan kesejahteraan dan kehidupan yang aman damai insyaallah..


****************************

Tiada ulasan: