Sabtu, 4 September 2010

NIKMAT DARI KESULITAN


Sahabatku
Demi Allah pencipta yang maha Agong
tidak ada satu musibah pun
yang kekal dalam hidup ini
bagaimanapun beratnya
Jika suatu ketika ia menimpa
Janganlah engkau merasa tidak berdaya kerananya

Jangan pula banyak mengeluh
kerana ia pasti akan lenyap
betapa banyak orang yang terhormat
yang sering tertimpa musibah
namun ia tabah sampai musibah itu lenyap
dan meninggalkannya
dan saat kesabaranku muncul dalam musibah
maka musibah itu terasa ringan

Hatiku terasa sedih saat menanggung derita
namun terkadang kesengsaraan bagiku
ada nikmatnya
Begitu banyak hari yang diawali
dengan kesusahan dan kesedihan
namun ia berakhir
dengan kesenangan dan kegembiraan
aku tidak merasa berat
dengan kesusahan yang menimpaku
kerana aku yakin
akan ada jalan keluar dari balik kesusahan

Terima kasih ya Tuhan
kerana aku masih waras dalam mengadili
jurus hidupku kini
Hilang dan lenyap kisah setiap laluanku
kini aku pasrah
kerana hidup ini tidak semuanya
indah dan mudah
Kerana Sesungguhnya kami milik Allah
dan kepadaNYAlah kami kembali

Ya Allah berilah aku ganjaran dari
musibah yang menimpaku dan
gantikan bagiku sesuatu yang lebih
baik darinya.

***********************

Jumaat, 3 September 2010

SALAM SYAWAL





Seandainya jarak tak kuasa berjabat

ku hulurkan

setidaknya kata yang masih terungkap

untuk setiap tutur yang khilaf

untuk setiap perangai yang berbekas

untuk setiap kerak hati yang tak kunjung luruh

Andai tingkah

menyempitkan ruang

terimalah dan kosongkanlah

hanya pada DIA

segala amalan

sucikan diri

muga Ramadhan kali ini

membawa seribu pengertian

Kini Syawal menjelma

dengan sejuta harapan

yang penuh kesyukuran dan kenikmatan.



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
maaf zahir dan batin


********************

Isnin, 30 Ogos 2010

MASA ITU UJIAN BAGIMU


Keindahan dunia ini
tidaklah kekal bagi pemiliknya
dan kesulitan yang ada padanya
bukanlah merupakan harga kematian

Masing masing dari dunianya
mempunyai masanya tersendiri
pasti ia akan berlaku
dan semua yang di alami
terasa seperti mimpi di siang hari

Anggaplah diri mu hai orang yang terpedaya
berada pada hari perhitungan
saat langit bergolak dengan dahsyatnya
Orang yang tidak berdoa pada ketakutan
terhadap kengerian itu
maka terlebih lagi dengan
keadaan orang yang dipenuhi,
bergelumang dosa sepanjang usianya

Mungkin diperlihatkan kekuatanNYA
kepada mereka yang senang
dengan takdirKU
bahawa sesungguhnya AKU
tidak pernah goyah
menghadapi goncangan MASA


Sedarlah.
peringatan AKU akan tiba
kerana jika engkau lakukan juga
nescaya engkau akan tersipu malu



******************



Ahad, 29 Ogos 2010

PASRAH


Demi usiaku
sesungguhnya orang yang mabuk kerinduan
di cela kerana menangisi orang yang dikasihinya
dengan deraian air mata yang bercucuran deras


Mengapa juga engkau menangis
setiap kali melihat kesedihan
yang ada diantara jiwa dan jasad
lalu kujawabkan ia
bahawa sesungguhnya tangisan ini
sebenarnya
ungkapan kerinduanku


Maka biarkanlah aku menangis
kerana disini adalah kepuasan
Masa meratapi dia yang tiada
sesungguhnya menangisi bayangan dan rupanya
pesona hilang ditelan usia

Laranganku engkau endahkan
aku tidak segan-segan memberikan nasihat
agar jangan engkau cuba-cuba lalaikan
renungkan hingga bila tiba waktunya


Mungkinkah
Akalkah atau emosi kah dia......


***********************