Sabtu, 30 Oktober 2010

ENGKAU MEMANG SUKA MARAH-MARAH




Kenapa
bila engkau menjadi marah
semua perkara engkau terjah
tidak langsung punya sifat kesabaran
dalam jiwa dan dirimu
engkau persis
makhluk yang tidak punya harga diri
melontar kemarahan yang bukan tempatnya
tidak kah engkau sedar
yang engkau telah meletakkan dirimu
ditempat paling rendah
walaupun engkau punya darjat dunia
dik kerana kemarahan yang engkau lakukan
engkau tanpa sedar
merosakkan nilai kejatian dirimu
di lorong yang paling rendah harga dirimu
Kenapa
engkau lupakah
bahawa bukankah kehidupan ini penoh bermakna
andai engkau punya perasaan belas
hidup ini pasti ceria jika engkau punya kasih sayang
Paling hina dan rendahnya martabat dirimu
dik kerana kemarahan yang membuak-buak
akhirnya tiada guna lagi
engkau dihormati
engkau di sanjung hormat
duduklah engkau di tempat itu
tempat yang paling hina engkau rasai
sesungguhnya
Hina makhluk itu adalah kerana
perbuatan mereka sendiri
merosakkan dan memusnahkan
mendewakan kemarahan
tidak pernah punya kesabaran.



****************************





Khamis, 28 Oktober 2010

PERISTIWA HARI INI.. KES RAGUT. APA NAK JADI LAH DUNIA NI






Lesunya tubuhku hari ini
Selepas aku menelan sebijik glucosamine sulphate
barulah lega sikit kesakitan pada lutut kaki ku.
boleh la aku berjalan jauh
menerawang setiap kaki lima belakang The Store untuk mencari
barang buat anakku ke Endau Rompin pada hari Jumaat hingga Ahad ni.
Maklumlah, tugas sebagai Pegawai Perubatan, mana ada masa untuk mencari
keperluan diri sendiri walaupun tinggal sehari lagi untuk bertolak dalam program
perkhemahan kakitangan perubatan.

Entah bagaimana,sedang aku leka membelek-belek pakaian di situ..
aku terdengar suara jeritan seorang perempuan meminta tolong,
terhenti aku lalu menoleh kebelakang, seorang perempuan tua
sedang tersungkur antara dua kakitangan terkapar tidak berdaya bangun,
ramai yang melihat begitu sahaja, tanpa memberikan bantuan apa-apa.
Aku bergegas mendapatkan perempuan itu, namun apakan daya sesampai aku di situ,
perempuan tersebut tidak sedarkan diri, paniknya.. aku nak buat apa ni..
aku hilang punca kenapa jadi begini. Datang seorang lelaki Cina .
Aku kira mungkin dia mahu menolongku menyelesaikan masalah ..
tapi dengan selamba, dia mengangkat perempuan itu, terus dibawa ke dalam keretanya
dan aku tak sempat nak berkata apa-apa.. Mereka berdua berlalu dan terus hilang
dari pandangan .


Kembali semula ke kedai, aku terus membayar harga baju hujan.. ok lah boleh tahan juga harganya
RM 8.00. Dari perbualan mereka yang menyaksikan peristiwa tadi, rupanya perempuan tersebut
telah di ragut begnya oleh peragut yang menaiki motosikal dan perempuan tersebut tidak sempat
menyelamatkan begnya. Peragut terus menyepak perempuan itu yang menyebabkan dia tersungkur.
Kesihan sungguh.. Inilah padahnya jika kita jadi mangsa peragut.. Sudahlah beg kena rampas, tubuh kita
pula kena sepak.. memang sangat kejam,ganas dan tidak berperikemanusian langsung.
Aku pun mula lah merasa takut juga bila berjalan seorang diri di kawasan yang tidak ramai orang,
tetapi kalau dah nak terjadi nak buat macam mana, biarpun kawasan itu ada orang ke tidak, peragut
memang selalu tidak mengenal mangsa.

Peristiwa hari ini yang aku dapat saksikan, bagaimana mangsa peragut yang trauma dengan
kejadian tersebut. Mungkin aku akan jadikan panduan di masa akan datang, yang kita perlu
berhati-hati dalam setiap perbuatan dan perjalanan kita. Macam dah tak selamat lagi kehidupan kita
masa kini, sering kena berwaspada setiap masa. Kalaulah hidup ini aman damai kan seronok ,nak
pergi mana pun sekarang perlu berhati-hati..sentiasa beringat-ingat, beringat sebelum kena..


*******************************