Ahad, 27 Disember 2009

KELEBIHAN MANUSIA DALAM KEJADIANNYA


Sebagus-bagusnya hewan, tidak akan menyamai kebagusan manusia. Dari segala bidang,manusialah sebaik-baiknya makhluk Tuhan. Jalannya tegak tidak merangkak, tidak merayap,tidak melompat-lompat,tidak terbang sebagai haiwan. Walaupun begitu, sekiranya manusia mahu, nescaya ia dapat melakukan semuanya itu. Matanya dapat melihat ke kiri dan ke kanan dengan cepatnya serta apa gerangan yang dilihatnya.

Tangannya dapat memegang,merasai dan membuat alat serta perkakas untuk bekalan hidupnya.Segala pancaindera dan anggotanya terletak benar pada tempatnya,sehingga pantas dilihatnya,tidak terdapat cela walaupun sebahagian anggota, kerana Allah yang menjadikan manusia memang telah melebihkan kebagusan kejadiannya lebih dari makhluk-makhluk yang lain di dunia ini.

Selain dari itu manusia telah diberikan Allah kepandaian berhias dan berdandan untuk menambahkan kebagusannya dan kecantikannya:tentang ini, kalahlah segala makhluk oleh manusia. Ringkasnya segala gerak-geri manusia, duduk dan berdirinya, berbaring dan tidurnya,makan dan minumnya,berjalannya dan diamnya, semuanya pantas dan setimpal dengan kedudukannya sebagai khalifah di muka bumi ini.

Al-Quran , surah Ar-Rum, ayat 8- "Sesungguhnya kami telah menjadikan manusia dalam sebaik-baiknya kejadian.".....

Al-Quran, surah At-Tin, ayat 4- "Hai manusia! Apakah yang mengelakkan mu dari Tuhanmu yang Maha Mulia?.... Yang telah menjadikan engkau menyempurnakan kejadianmu dan membereskan susunan badanmu?. Ia mengatur bentukmu menurut rupa mana yang dikehendakinya"

Oleh itu harus kita ingat... andainya kita masih tidak mensyukuri dan memanfaatkan kejadian diri kita, kejalan yang lurus dan menurut segala perintah Allah, maka bagi kita tidak ada maknanya kita dijadikan sebagai makhluk yang serba terbaik... maka jadilah kita seperti haiwan dan tidak mempunyai akal tapi mempunyai nafsu.... renungkanlah diri semuga kita mendapat hidayat dan kasih sayang dari Allah SWT....

Sabtu, 5 Disember 2009

SKYWAY GENTING HIGHLAND

Hati2 tau nak naik skyway tu.. kang tak pasal2 ada juga la yang tersepit.

Selepas penat bermandi manda... ehh dah nak naik pula skyway pulak....ikut jer ... malam pun malam la..... asal boleh naik.


Beratur untuk menaiki skyway.. hari dah malam masa untuk pulang.


MANDI MANDA DI LATA KINJANG TAPAH

His his seronoknya korang mandi manda.... tak sejuk ker....tapi kena jaga2 keselamatan sama jangan sampai lupa diri....

Aik mamat botak ni... kalau tak mandi pun jangan la duk mengendap pulak... tak pasal2 kang kena belasah..

Isss isss tak puas mandi di Bukit Merah korang mandi lak kat Lata Kinjang..Sejuk dan nyamannya air kat sini.

Subhanallah maha suci Allah.. cantiknya air terjun Lata Kinjang nih....
Along dah jadi bibik pula tu.... kena jaga si Mira gitu.


Uit Along dah ada dua pulak anak kena jaga... Sian bibik tak dapat mandi hehehe

LAKETOWN KOLAM RENANG

























BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT(EKOPARK)







































Banyak hidupan terpelihara di Ekopark Bukit Merah..
Jinak2 belaka.. senang diberikan makanan....



Jumaat, 4 Disember 2009

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Sempat possing gitu.
Aiii korang ni cepatlah angkat barang2 tu.. sempat lagi duk main lattalilattalitamplom...
He he he bergaya ditengah kepanasan terik mentari...


Seronok sekali sekala berkumpul macam ni... bila la lagi nak dapat suasana
begini. Masing-masing mempunyai kesibukan keluarga sendiri...










SG KLAH HOTSPRING RESORT






























Ahad, 29 November 2009

PEREMPUAN DAN IBU


Mungkin pada sepasang matanya yang bundar,yang selalu menjeling tajam, atau yang kadangkala
malu-malu memberi kerlingan manja..

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali sekala memberikan kucupan mesra di dahi ibu,ayah,suami dan pipi mongel anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tetawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembutkan sekaligus menghangatkan perasaan..

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan..Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan masih tidak cukup untuk mendefinasikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu..Panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan kita keindahan-keindahan itu..Namun betapa pun dijaga,dipelihara,dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi.. wajah akan suram,mata akan kedam.

Satu saja yang tidak akan dimakan usia.... sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan takwa.

Demikian la sebenarnya erti kecantikan perempuan..

CERMIN2 KAN DIRI


Dalam Al-quran ada disebut
Dalam hadith juga begitu
Tapi sayang tidak ramai yang mengikut.

Ikut atau tidaknya
Kerana mukmin pasti hendak
Perintah Allah pasti tidak
Kerana syaitan punya kehendak

Dikatakan pakai tudung rimas dan panas
Dikatakan pakai tudung ketinggalan zaman
Tapi kena ingatlah,,api neraka itu lagi
PANASS.

Pakai tudung takut diejek
Tapi....ingatlah pakai tudung
lagi berseri,cantik dan ayu


" INSAFLAH "

Ini hukum Allah bukan hukum manusia
Kepada yang menurut, kabarkan
Berita gembira
Dan
Kepda yang ingkar NERAKA
padahnya..

Orang kata kita syaitan, kita marah,sedangkan kita memang memiliki
sifat-sifat syaitan.Cuba semak dan teliti apakah diri kita

- seorang yang pemarah? cepat marah dan suka marah-marah
- seorang yang pendendam dan menyimpan hasad dengki dalam diri?
- seorang yang bakhil dan sangat cinta kepada harta?
- seorang yang tamak dalam apa jua bahkan makanan dan percakapan?
- seorang yang suka bermegah-megah dengan barang perhiasan,
kecantikan mahupun anak-anak?
- seorang yang alpa kepada suruhan-suruhan agama?

JIKA jawapan kita ya... memanglah kita "SYAITAN"

Mintaklah dijauhi segala gelaran ini.....

INGAT DIRI KITA SIAPA


Seorang lelaki mempunyai tiga orang anak lelaki. Tetapi lelaki ini amat menyangi hanya dua orang
anaknya sahaja. anak yang seorang lagi tidak diperdulikan, dan kadang-kadang selalu diabaikan.
Namun anak ini tahu diri, walaupun dia disisihkan namun kasih dan sayang kepada bapanya
tidak lekang dari ingatannya biarpun dia tidak dipedulikan.

Pada suatu ketika, lelaki ini telah terlibat didalam satu kesalahan jenayah, yang mana dia tidak
melakukannya.Dia harus dibawa kemuka pengadilan untuk dibicarakan. Sedih dan kecewa lelaki
ini mengenangkan nasib.

Dia berfikir, bagaimana jika dia memohon pertolongan dari anak-anak yang disayanginya itu?.
Rasa wajarlah dia meminta bantuan dari kedua-dua anaknya.siapalah tahu mereka dapat
menolong dirinya yang didalam kesulitan ini.

Lelaki ini pergi bertemu dengan anak pertama, dan menyatakan kisah sebenar dan akan tetapi.

" Sianak lantas memberi alasan,, ayah tidak perlu meminta bantuan saya, ayah harus fikir
ayah yang terlibat dan haruslah bertanggungjawab. bukan saya..walau bagaimanapun saya
memang tidak dapat menolong ayah".

Dengan sedih lelaki ini pergi lah pula berjumpa dengan anak keduanya dan menyatakan hasrat
dan menceritakan perihal sebenar apa yang berlaku.

" Anak kedua pun tidak memperdulikan lelaki ini.. ayah jangan mempunyai hati pengecut,
ayah yang dipanggil kemuka pengadilan, dan ayahlah yang seharusnya berani menghadapi
perbicaraan ini. Ianya tidak ada sangkut paut dengan saya".

Kedua-dua anaknya tidak mahu menolong lelaki ini.. tetapi masih ada seorang lagi anaknya
yang dibenci dan diabaikan...Lelaki ini mencuba nasib untuk menceritakan kepada anak ini.
Lelaki ini disambut dengan penoh kasih dan sayang dan secara spontan anak ini menerima
dan akan menolong bapanya.

" Ayah jangan risau dan gundah,,, saya akan menyelesaikan persoalan ini dan saya akan
mencari keadilan untuk ayah. Mudah-mudahan ayah tidak disabitkan kesalahan ini".

Siapakah LELAKI ini? dan siapa pula DUA ANAK LELAKI yang dikasihi serta siapa pula
anak LELAKI yang diabaikan. Lelaki ini umpamanya diri seorang lelaki atau perempuan.
anak lelaki yang dikasihi ini pula umpama seperti isteri dan anak2 kita didunia dan anak
yang diabaikan pula adalah contoh amal dan ibadat kita.

Selalunya kita mengasihi anak dan isteri kita,, tetapi kita selalu abaikan amalan dan ibadat.
Manusia rata-rata cinta kepada anak dan isterinya selagi kita hidup dalam dunia ini.Akan
tetapi kita lupa apabila malaikatul-maut menjemput kita, maka anak dan isteri tidak turut
serta dialam kubur..hanya anak dan isteri sahaja akan bersama kita semasa kita masih hidup
selagi roh masih berada didalam jasad kita... Namun Amalan dan ibadat yang tidak dipedulikan
akan turut serta mengiringi kita di alam barzakh dan kelak membela kita sehingga hari kiamat.

Manusia tidak semua yang menyintai amalan dan ibadat, tetapi lebih banyak melalaikan
diri dari berbuat ibadat. kita sering leka dan sering meninggalkan ibadat solat dan puasa serta
amalan yang lain demi kerana mengejar kemewahan yang tidak kekal lama.Pada hal amalan
yang kita lakukan ini yang akan menolong kita ...



Jadi nukilan ini aku coretkan untuk diriku sebagai peringatan dan panduan. Andainya
terdapat kesilapan harap perbetulkan....Aku hanya hamba yang memohon keredhaan dari
ALLAH , semoga aku dipermudahkan jalan yang lurus....

IBADAH HAJI 2009

Tawaf mengelilingi Kaabah














Masjid Qiblatain





Hari ini telah 3 hari sambutan Hari Raya Aidiladha diraikan...Teringatkan kisah Nabi Allah Ibrahim yang sanggup berkorban demi suruhan dari Allah yang mewahyukan agar anak baginda Nabi Allah Ismail untuk dikorbankan.... namun pengorbanan baginda telah digantikan dengan seekor Kibas.

Inilah hikmah dari Allah dan dialah yang lebih mengetahui apa yang diperintahkan untuk kita laksanakan. Selamat Hari Raya Aidiladha... semuga kita diberkati dan dirahmati.