Khamis, 8 Mei 2014

MANJAKU QASEH ARYANA


Salam sejahtera dan selamat petang Khamis...Kadang-kadang aku ni spesis kalau rajin sangat memang hari-hari jari ni akan menaip apa saja, tetapi sekarang ni aku dah rasa tak berkesempatan pulak untuk bercerita apa-apa kisah perjalanan kehidupan ini....banyak perkara aku perlu buat walaupun kadang-kadang bukan nya masa yang mengengkang hidup aku, tetapi entahlah bosan, sunyi dan berbagai perasaan yang timbul. Tetapi dengan anugerah yang telah diberikan ini aku rasa dunia ku penuh pengisian dan banyak perkara yang akan menyibukkan diri aku nanti...








Hari ini 8hb Mei 2014 rupanya sudah 9 hari aku telah menjadi seorang nenek hehe. Rasa lain betul hidup ni bila dah dapat cucu. Diam tak diam terasa sangat umur ku semakin berusia dan laluan kehidupan makin sedikit. Apa pun aku sangat bersyukur kehadrat Allah swt kerana telah memanjangkan usia aku hingga aku dapat menikmati kehidupan sehingga kini.

Kegembiraan hadirnya cucu perempuan yang diberi nama Qaseh Aryana bt Amran akan menghilangkan kebosanan dan kesunyian hidup aku. Sesungguhnya aku sentiasa berdoa muga Manjaku Qaseh Aryana menjadi anak yang solehah dan menjadi orang yang mulia bila dewasa nanti.


*******************************