Selasa, 9 Mac 2010

CINTA TERHALANG



Kadang-kadang menghairankan juga,bagaimana suami orang dan isteri orang sedap bercinta, padahal masing-masing telah mempunyai pasangan yang serasi. Cinta pandang pertama mereka mungkin tidak boleh dilupakan.. Kenapa ye..mungkin juga cinta telah beralih arah!.. tetapi mengapa jatuh cinta kepada yang telah berpunya, dan kenapa tidak kepada gadis atau janda!...Ini yang sangat menghairankan.. kerana masing-masing sudah mempunyai pasangan masing-masing. Apa yang mereka mahukan untuk ikatan yang diharamkan ini?.

Seperti sabda Rasulullah saw:

Apabila duduk lelaki dan wanita yang bukan
mahram,maka yang ketiga bersamanya adalah
syaitan.

Kalau sudah demikian rupalah, asyik beriringan ketempat kerja,berinteraksi dan banyak menghabiskan masa bersama lelaki-lelaki dan wanita-wanita lain atas nama kerjaya.Kadang-kadang kerja luar kawasan bersama-sama untuk tempoh beberapa ketika.Suami pula tiada disisi hingga datanglah godaan-godaan halus perangkap syaitan didalam hatinya.Duduk makan bersama,berbincang dari hal kerja hingga melewati batas sensitif di luar hal kerja.Perangkap syaitan sedemikian halus, ikatan terjalin kerana masing-masing sudah berkahwin,tapi kononnya cinta terlarang itu tumbuh tanpa sengaja, betul ke ia tidak disengajakan ? atau terlanjur?

Mula-mula teman,tapi akhirnya mesra,semua cerita keluarga dikongsi bersama,rahsia pasangan masing-masing turut jadi bahan kajian diskusi meja bulat.Padahal aib suami haram dijaja didepan lelaki lain,begitu juga aib isteri jangan sesekali didedahkan kesana sini. Betul cinta haram begini tidak disengajakan,tetapi perkongsian maklumat sulit yang semestinya disimpan dalam fail peribadi rumah tangga suami isteri janganlah didedahkan sembarangan,apatah lagi kepada suami orang yang sedang berahi sebab jauh dari isterinya...

Pergaulan yang berlebihan akan merobohkan pagar pemisah di antara suami orang dan isteri orang yang bersatu hati selama berhari-hari di atas satu meja. Mula-mula satu meja,satu majlis,kemudian satu bilik kerja,terkeluar juga akhirnya ketempat-tempat yang tidak berkaitan dengan kerja,satu tempat hiburan,satu kedai,satu pawagam,akhirnya satu bilik hotel..bayangkanlah jika kulit dan kulit bersentuhan tidak sengaja,nafsu akan menagih supaya sentuhan itu disengajakan... maklumlah jika bauan wangi menusuk naluri kelakian seseorang yang telah lama tidak berjumpa isteri dan bauan gagah kejantanan lelaki tercium dari jarak dekat oleh wanita yang jauh dari suami dan anak, siapakah boleh mencegah syaitan masuk dalam pergaulan mereka...

Hati akan tersentuh jika merasa ada orang yang mengambil tahu dan menemani,berkongsi dan membahagikan suka duka bersama, disinilah bermulanya cinta haram berputik,kawan rapat pun berakhir menjadi kekasih gelap.Mula-mula mungkin tiada apa yang perlu dirisaukan kerana mereka hanya bermain perasaan.Akhirnya lama kelamaan jika di rumah sendiri tidak mendapat layanan berkaitan dengan perasaan masing-masing,maka tunggula pasti akan roboh juga benteng keimanan yang selama ini dipertahankan.

Al Quran juga mengingatkan jangan dekati zina,bukan terus kepada tegahan supaya jangan berzina.Kerana zina itu dimulai dengan hubungan-hubungan yang halus,tidak terimbas oleh orang lain. Hanya dua jiwa saja yang tahu bahawa mereka ada sesuatu yang special...

Tiada ulasan: