Jumaat, 30 Oktober 2009

AHLI MUZIK



Ni aku nak cerita pasal anak aku yang kedua ni.Nama dia Amir Ridzwan.
Pada mulanya masa dia masih bersekolah, minat dia ni bermacam2..nak jadi kartunis pun ada,
nak jadi penternak ayam serama pun ada juga, minat pada ikan peliharaan pun dia nak juga.
Tapi selepas SPM aku hantar dia belajar ke Politiknik Kuantan untuk mengambil jurusan Seni
Bina..apakan daya setahun jer dia berminat.Kantoi ditengah jalan..

Lepas itu pula aku hantar dia belajar kat Yayasan Pelajaran Johor,,, belajar lah mamat ni, konon
aku, dia minat pada komputer. Sebab selalu kumputer kat rumah aku habis digodamnya..Minatnya
pun sama, hangat-hangat tahi ayam .. Hai tah lah aku kurang pasti juga.. apakah cita-cita sebenarnya anakku ini.

Nak dijadikan cerita aku berhijrah ke Negeri Sembilan pada 8hb April 2005.Maka tinggallah
Amir meneruskan pelajaran teknisyen komputernya di Segamat...memang bertuah betullah
anak ku ini.. kita ingatkan dia belajarlah...rupanya dalam diam-diam di mengikuti kursus muzik
disekolah muzik persendirian di Yamaha Muzik..belanja yang kita beri pada dia ingat untuk
digunakan pada pelajaran komputernya... rupa-rupanya digunakan untuk mengikuti kelas
muzik. Diam tak diam pada bulan disember 2006 Amir memohon perkenan dari ayah dia
untuk berhenti belajar kat YPJ.. katanya nak sambung belajar kat ASWARA di Jalan Merbok
Kuala Lumpur... dalam bidang muzik.... Mau tak mengamok bapak dia.. tapi dengan muka
sedih,mohon simpati.. anak aku berhajat sangat nak belajar kat situ. Dia kata selama ini
apa bidang yang dah dipelajari dia tak minat langsung.

Amir ni kalau apa yang dia buat memang suka tidak bersungguh langsung.Mana lah kita
nak percaya akan minat dia terhadap muzik.. Entahlah.. mungkin ini lah peluang yang ingin
dia ceburi dan aku dan hubby tidak dapat berkata apa-apa dah... restu je la apa yang Amir nak
,kalau itu lah dah cita-cita dia. Ibu dan bapa hanya perlu merestui dan mendoakan yang
terbaik untuk anak mereka. Begitu la juga aku terpaksa merelakan hajat dan cita-cita nya.

Setelah hampir tiga tahun Amir belajar di ASWARA aku lihat perkembangan dan potensi anak
aku semangkin berkembang maju...Mana kan tidaknya, beliau selalu diberi peluang mengiringi
kumpulan pemuzik dan penyanyi terkenal. Aku pun tak ingatlah.. ada satu persembahan dari
artis jazz terkenal Malaya,Shela Majid membuat persembahan,, mamat ini dipelawa jadi backup
pemuzik iringan. Disamping itu juga baru-baru ini dia membuat persembahan di UKM Bangi
dibawah pimpinan Datok Johari Salleh.Persembahan sempena pertabalan Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan...Aku tidak melepaskan peluang menonton sama... Tak sangka aku si Amir ni
boleh melakukan permainan muzik tanpa henti selama tiga jam.Muzik yang dimainkan si mamat
ni memang sukar untuk sesetengah orang. Dengan badan yang tegap dan tinggi lah kononnya
dia bermain alat muzik gitar bass dan juga double bass. Mungkin kebolehan dia bermain alat
muzik double bass la maka dia dipelawa untuk joint okestra dibawah pimpinan Datok Johari Salleh.

Disebabkan kebolehan Amir pada 27hb Oktober 2009 Amir dipelawa sekali lagi mewakili
ASWARA untuk membuat persembahan sempena Hari Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri
Sembilan di Istana Seri Menanti..Aku hanya mampu berdoa dan memohon kepada Allah agar
anakku Amir terus berjaya dan menjadi ahli muzik yang berjaya sehingga keperingkat yang
lebih tinggi. Tapi aku juga tetap berdoa agar anak aku tidak melupakan solat dan perintah
Allah walau pun setinggi mana tahap pencapaian dalam bidang muzik..Kerana ada ketikanya
muzik ini boleh melalaikan dan melekakan kita.. Mintak Allah melindungi dan merahmati
apa jua yang anak aku ceburi.....

Semuga AMIR RIDZWAN, kamu harus ingat, bahawa setinggi mana kita berada, kita harus
ingat asal dan tempat kita berteduh...jangan mudah lupa diri dan ingat selalu pesanan kedua
ibu dan ayah... Semuga kamu akan beroleh kemenangan dan kejayaan dan jadi seorang ahli
muzik yang beriman..