Sabtu, 8 Januari 2011

PENGHUJUNG KEHIDUPAN KITA..BAGAIMANA YA..

Semalam aku memandu kereta menghala ke Bandar Seremban, sedang leka memandu aku terlihat sebuah kereta telah melanggar seekor kucing, kesian binatang itu mati begitu sahaja tanpa di pedulikan oleh sesiapan pun. Bagaimana pula jika kita ini sebagai seorang manusia yang mati dilanggar oleh kereta tersebut.. aku rasa tidak akan dibiarkan begitu sahaja malah akan diambil tindakan undang-undang dan akan di sabitkan kesalahan pasti di dakwa kerana membunuh dengan sengaja dan memandu dengan cara merbahaya.

Bukan apa, bila aku terlihat kematian kucing, binatang yang tidak tahu apa-apa kerana kecuaian kita, . aku terus teringatkan satu pesanan dan cerita dari seorang ustaz yang mengajar aku mengenai kematian.

SUARA YANG DIDENGARI MAYAT.

Yang akan ikut mayat ada tiga hal iaitu:

1) Keluarga
2) Hartanya
3) Amalnya

Cuma dua yang kembali dan satu tinggal bersamanya iaitu:

1) Keluarga dan hartanya akan kembali
2) Sementara amalnya akan tinggal bersamanya.

Ketika roh kita meninggalkan jasad... terdengarlah suara dari langit memekik!.

"Wahai fulan anak si fulan... Apa engkau yang telah meningalkan dunia, atau dunia
yang telah meninggalkan engkau. Apakah engkau yang mengumpulkan harta
kekayaan, atau kekayaan yang telah mengumpul engkau, apakah engkau yang
telah mengubur di dunia, atau dunia yang telah menguburkan engkau..".

Ketika mayat tergeletar akan dimandikan.. terdengar dari suara memekik!.

Wahai fulan anak si fulan... mana badanmu yang dahulunya kuat, mengapa kini
terkulai lemah, mana lisanmu yang dahulunya fasih, mengapa engkau tiada bersuara
,mana telingamu yang dahulunya mendengar, mengapa kini tuli dari seribu bahasa,
mana sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia, mengapa kini ghaib!"..

Ketika mayat siap dikafan.. suara dari langit terdengar memekik!..

"Wahai fulan anak si fulan.. berbahagialah apabila engkau bersahabat dengan
redha. celakalah apabila engkau bersahabat dengan murka Allah.

Wahai fulan anak si fulan.. kini engkau tengah berada dalam sebuah perjalanan nun
jauh tanpa bekal, engkau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya,
dan kini engkau tengah safar sebuah tujuan yang penuh pertanyaan!".

Ketika mayat diusung..terdengar dari langit suara memekik!..

Wahai fulan anak si fulan... berbahagialah apabila amalmu adalah kebaikan,kebahgiaan
apabila matamu di awali taubat, berbahagia apabila hidupmu penuh dengan taat".

Ketika mayat siap disalatkan..terdengar dari langit suara memekik!..

"Wahai fulan anak si fulan... setiap pekerjaan yang engkau lakukan kelak engkau
lihat hasilnya di akhirat apabila baik maka engkau akan melihatnya buruk".

Ketika mayat dibaringkan di liang lahat..terdengar suara memekik dari langit!.

"Wahai fulan anak si fulan...apa yang telah engkau siapkan dari rumah engkau
yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gelita di sini!".
"Wahai fulan anak si fulan... dahulu engkau tertawa, kini dalam perutku engkau
menangis. Dahulu engkau bergembira, kini dalam perutku engkau berduka.
Dahulu engkau bertutur kata, kini dalam perutku engkau bungkam seribu bahasa".

Ketika semua manusia meninggalkanmu sendirian... Allah berkata kepadanya..

"Wahai hambaKU..Kini engkau tinggal seorang diri tiada teman dan tidak kerabat
di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap.. Mereka pergi meninggalkanmu.. seorang
diri, padahal kerana mereka kau pernah melanggar perintah Aku hari ini..AkanKU
tunjukkan kepada mu kasih sayangKU yang engkau takjub seisi alam. Kasih sayangKU
lebih dari kasih sayang seorang ibu bapa kepada anaknya".

Allah swt telah berfirman..

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas
lagi diredhaiNYA. Masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKU yang baik dan
masuklah ke dalam JannahKU".

Rasulullah saw juga bersabda...

Dalam sebuah hadisnya yang lain, " Cukuplah mati menjadi pelajaran bagimu".

TELADAN:

Semuga kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani
kehidupan ini, disamping bahan renungan untuk kita semua yang mungkin terlalu
leka dengan pekerjaan harian. Luangkanlah waktu sejenak untuk kita muhasabbah
diri kita, kerana kadang-kadang kita sering lalai dari mengingatiNYA disebabkan aktiviti
seharian yang selalu mencuri konsentrasi kita. Kita seolah-olah lupa dengan sesuatu
yang kita tahu bilakah kedatangannya..sebahagian dari kita merasakan ianya kematian
itu amat menakutkan. Semuga kita menjadi insan yang sedar dan kita tidak tahu bagaimana penghujung kehidupan kita nanti... Subhanallah..



******************

Rabu, 5 Januari 2011

MASIH ADAKAH RUANG UNTUK KU!!!



Dipenghujung nyawa ini
bukan ada apa-apa yang istimewa lagi
bukan juga ruang untuk bersenang lenang
tiada lagi gurauan senda mu
tiada lagi senyuman nan menawan
tiada lagi kata yang lembut indah
juga tiada lagi ungkapan mesra dan sahdu dari mu
Hari-hari berlalu sepi tanpa kata
pagi hingga sore tiada bayangan kemesraan
menjelma sekadar terpaksa
biasan dirimu ku lihat kelam
kian hilang kian pudar ditelan kegelapan malam
Malam semakin lesu
titik embun membasahi segenap ruang
semakin lama kian lencun
tidak dapat di tolak untuk menahannya
seakan-akan dunia ini ditimbusi kemusnahan
aku sedar kini
ruang untuk ku di hargai telah tiada
amarahmu kadang-kadang buatku jelak
tidak pernah sedikit pun engkau letakkan
keadilan dalam diri ini
bagi mu aku adalah musuhmu
lalu di lontar dikejauhan sudut
tiada makna... apa yang aku perlakukan selama ini
semuanya bagimu omongan
kemelut kian nyata
seperti lenyap dengan
deruan air yang mengalir lesu
memuntahkan segala isi dasarnya
memintal keasyikan panorama yang kian musnah
akhirnya aku kini pasrah
tidak bisa untuk ku ulangi semula
segala kenangan manis diwaktu lampau
kerana kini aku telah hanyut dalam kekecewaan
baik aku membawa kehidupanku sendiri
aku hampir kecewa pada janji
aku benci pada kata yang muluk dari bibir munggilmu
persis kata orang yang mungkir
kerana kemungkiran itu bagi aku adalah lambang keegoaan
engkau prajudis bagi aku
engkau egoes
terimalah..aku kini sudah mula melupakan
semakin lama semakin kelam duniaku
engkau buatlah kehendak dirimu
kerana aku adalah aku
bukan siapa-siapa......



***************

Isnin, 3 Januari 2011

PELUANG BERCUTI AWAL TAHUN 2011



Cuti Tahun Baru 2011 aku ke Utara untuk menghadiri majlis perkahwinan dan juga pulang ke Kampung halaman di Perak






Banyak papan tanda disepanjang perjalanan ke Utara



Jalan lama asyik jem jer, baik guna highway jer








Pergi ke Kemunting. Terima jemputan perkahwinan dari anak angkat..Kakak dia yang kawin









Sebelah malam aku dan family pergi pulak ke Zoo Taiping (Night Safari Zoo)







Nak naik kereta train untuk pusing2 zoo.. tapi sayang tak leh nak snap segala binatang dalam zoo sebab gelap sangat. Train pun bergerak dipadamkan lampunya takut mengganggu habitat binatang










Anak-anak aku ni sempat bergurau senda lagi




Hari Ahad aku pergi pula ke Penang/Pulau Pinang







Gambar kecik tu Ferri Star Crust sedang berlabuh




Jauh sangat Jambatan Pulau Pinang




Kapal layar pun diorang buat Restoran.. Senang tak yah bina bangunan


Bangunan lama dijadikan Restoran KFC












Ahaaa.. anak gadis aku dua orang ni tak lepas peluang nak mencuba parachute




Terbang juga akhirnya











Dah mendarat ..nasib tak terjun laut


ishk.. inilah manusia .. benda yang tak elok tu juga diorang nak beli.. tak juga kaya-kaya





Waktu balik ke Tanah Besar kami lalu ikut Jambatan Pulau Pinang












Petang sebelum balik ke Seremban aku singgah di Parit Buntar, Rumah Mak Lang aku di Tanjung Piandang










Anak-anak gadis aku ni sempat lagi bergaya di pinggir permatang sawah rumah Tok dia












Mak Lang aku dan kakak sepupu aku sedang menuai lada.
Seronok di Kampong semua tanaman boleh dipetik percuma
jika kita rajin berbudi dengan tanah



****************************