Jumaat, 1 Julai 2011

HARI GEMBIRA TAPI PAHIT TERASA


Syukur ke hadrat Illahi kerana sempurnalah sudah majlis pertunangan anak sulungku pada 26hb Jun baru ini.Namun segala kegembiraan terselit secalit kepahitan yang sukar aku lupa sehingga akhir hayatku. Kenapa perlu terjadi demikian tatkala semua keluarga kedua-dua pihak berkumpul dengan suasana penoh harmoni, masih ada mulut-mulut yang tidak puas hati,masih menyimpan dendam lama terhadap keluargaku?.... Kenapa mulut jahat itu sering mengucapkan gurauan pada anak-anakku dengan perkataan yang memedihkan dan meyakitkan hati mereka?...

Anak-anakku bukan budak-budak lagi perlu diperli,diperkotak katikkan demikian rupa,mereka masih punya harga diri dan maruah dalam menentukan kehidupan mereka sendiri...aku sangat berbangga punya empat orang anak yang telah berjaya dengan kerjaya masing-masing,dimana mereka tidak pernah hendak menyusahkan semua saudara mara, walau pun dalam apa bentuk sekalipun sehinggalah untuk pertunangan ini, anak-anak tidak meminta bantuan dari mereka..apa perlu semua ni???.. kenapa kerana anak-anak aku tidak menyusahkan mereka, maka mereka di cop anak kurang ajar, anak yang telah lupa diri, anak yang bongkak dan sombong??..





Gambar ini lah yang menjadi kenangan selamanya dimana salah seorang yang menjadi dalang kemelut ini....


Itulah telah ada pepatah berkata "kerana pulut santan binasa" sebab mulutlah akhirnya diri rasa merana dan akhirnya jalan terbaik untuk mengelakkan dirinya dari dipersalahkan orang lain dibabitkan bersama. Anak-anak aku sudah besar dan mereka punya kerjaya sendiri dan mereka patut berbangga dengan usaha titik peluh, dan usaha keras dalam mencari kehidupan yang lebih bermakna, apa perlu orang lain pertikaikan kehidupan anak-anak aku!!..Jika anak-anak aku meluahkan perasaan mereka sesama sendiri, kenapa perlu orang yang tidak berkenaan merasa terguris, sebab musabab belum pasti siapa yang diungkapkan dalam perkara ini, tapi dengan mudah tidak ada usul periksa berita yang belum sahih telah tersebar luas. Hingga aku yang tidak tahu menahu duduk perkara terkena tempiasnya. Aku dimarahi tanpa sebab dan mencemuh diriku ini tidak mengajar anak aku. Apa perlu aku mengajar anak aku yang telah dewasa! mereka bukan kanak-kanak yang perlu diasuh dan dididik lagi. Aku telah ajar mereka dari dulu dan lihatlah hasilnya semua mereka ini telah menjadi manusia yang punya harga diri yang kerjaya masing-masing..





Engkau tahu tak diri engkau tu, sempurna ke tidak,adakah engkau tu semua perkara sangat baik dan tidak ada cacat celanya!.. sudahlah..jangan ingat engkau tu orang yang mulia dan yang terbaik dalam semua keadaan. Cermin diri dan tengok dalam hati nurani engkau yang busuk. Jika aku menilai diri engkau tiada apa pun yang istimewa dari yang lain-lain. Apakah engkau telah menjadi insan yang mulia selama ini!..adakah engkau telah berjaya mendidik keluarga engkau sehingga sesempurnanya!..adakah engkau menjadi ibu mithali yang terbaik dari yang terbaik. Dalam dunia ini tidak ada yang terbaik..semua manusia punya kekurangan dan ada yang punya kelebihan tersendiri. tapi bagi aku engkau adalah manusia yang paling bodoh dan manusia yang pentingkan diri sendiri. Tak payah nak membezakan orang lain. Diri sendiri pun mengharapkan belas ehsan dan menyusahkan orang.Memang mulut engkau lebih bisa dari sebilah pedang.Diam dirimu bukan diam berilmu tapi diam dirimu penoh hasad dengki dan khianat.

Tidak ada nilai wang kalau budi pekerti masih ditakuk paling bawah martabatnya. kerana pekerti yang baik dan akhlak yang mulia masih disanjung tinggi dalam peradaban. Walaupun dunia telah semakin maju, tidak semestinya rasa hormat makin terhakis.





Cukup-cukuplah wahai insan yang aku hormat selama ini.. Jangan jadikan aku kuda tunggangan kalian. Apa pun kesilapan yang dilakukan jangan cuba di salahkan pada orang lain. Aku mahu keharmonian keluarga aku, jangan ada dalang cuba nak memburuk-burukkan keadaan. Aku bahagia, perlukah kelian khianat dengan kebahgiaan aku dan anak-anakku!...Jangan ingat perbuatan yang dilakukan itu senantiasa menang bagi pihak engkau..Ingatlah setiap perbuatan jahat lambat laun ada juga pembalasan. Selama ini apa yang dilakukan aku dan keluarga mendiamkan diri dan tidak mahu mengeruhkan keadaan. Namun sampai bila kesabaran keluarga aku boleh bertahan!. Nah sekarang telah terbongkar sudah kejahatan mulut-mulut yang sering celupar dan busuk hati. Kalau masih tidak sedar diri entahlah... ingatlah apa yang kita lakukan pasti kejahatan itu akan berbalik juga akhirnya pada diri kita nanti.

Buatlah sesuka hati...Aku tetap seperti aku yang dulu.. tidak pernah berubah.. mungkin kerana aku sekarang telah punya anak-anak yang berjaya untuk masa depan, aku di tuduh lupa diri dan berlagak..aku tidak kisah...sudah-sudahlah jangan disiram kan lagi minyak dalam api yang sedang marak.. kelak api yang marak itu juga akan membakar dirimu disana diatas keburukan hasad dengki yang bersarang dalam kalbu.

Ingatanku buat anak-anakku tersayang. Biarlah kejadian yang berlaku tentu ada hikmahnya.. sebab selama ini apa yang berlaku kejahatan dan keburukan sering dilemparkan terhadap keluarga ini. Semuga Allah memberikan kekuatan diri buat kita menghadapi situasi kehidupan dimasa depan dengan lebih bahagia..Biar sekalipun ikatan persaudaraan kini telah terputus. Tapi kehidupan perlu diteruskan kerana selama ini pun memang kita telah disisihkan. Kita masih teguh hingga kini..

Buatlah pengajaran wahai anak-anakku, kerana kehidupan ini penuh ranjau dan duri dan sering ada sahaja rintangan didepanmu..Semuga kehidupan anak-anakku dan rumah tangga kalian bahagia sehingga keakhirnya.


******************


Khamis, 30 Jun 2011

BONGKAK DAN SOMBONGNYA..APA FAEDAH!!!!!!!!


Buat makhluk Tuhan yang bernama manusia
aku inginkan penjelasan
perlukah setiap orang yang dipanggil kurang ajar
lupa diri dan bongkak
jika dia ungkapkan bicara yang menguriskan perasaan dirinya
lantas meluahkan isi hatinya kerana rasa ketidakpuasan
rasa meluap-luap dari diri serta perasaan geram
sebab musabab mungkin kerana gurauan
atau senda ria
namun adakah engkau tahu disebalik gurauan itu terselit
rasa pedih,bisa,menusuk kalbu dan kecewa!
kenapa perlu ucapan konon itu adalah senda ketawa
engkau tak tahukah bahawa ucapan engkau itu
memberikan hati orang lain rasa dipermain-mainkan
dengan mudahnya engkau rasa bangga
bahawa diri engkau sempurna
tidak bersalah apa-apa
aku perlu penjelasan tepat
jika dirimu diperbodohkan orang lain
bagaimana perasaan engkau pula menerimanya
adakah engkau rasa bangga atau kecewa
atau adakah engkau akan jadi seorang yang pemarah!
lantas rasanya marahmu pasti meluap-luap tidak terkawal
lalu itulah jalan penjelasan sebenar
jangan engkau ingat bahawa dirimu adalah satu kesempurnaan
juga jangan ingat bahawa engkau adalah manusia yang hebat
dari dulu lagi aku telah mengerti dan faham
siapa dirimu yang sebenar
siapa pula yang menjadi dalang dalam kemelut ini
engkau dengan mudah melontarkan kesilapan engkau terhadap orang lain
bak kata pepatah baling batu sembunyi tangan
senangnya engkau ya
gembiranya engkau ya
melihat orang lain menderita bertelagah dik kerana perananmu itu
mengapi-apikan keadaan
apa perlu orang lain engkau bawa bersama dalam pertelagahan ini
apa perlu pula engkau kaitkan orang lain dalam keegoaanmu
dimana maruah dan jati dirimu wahai manusia!!!!
aku tidak heran jika dirimu megah dengan kemenangan yang engkau
kecapi hasil hasutan dan iri hatimu
sebab apa yang berlaku adalah disebabkan keangkuhan engkau selama ini
memang senangnya hati engkau melihat orang lain merana
ketawalah sepuas-puas hati engkau
kerana engkau telah berjaya memporak perandakan kehidupan orang lain
kini aib mu tersebar luas
kerana setiap kejahatan yang dilakukan diatas muka bumi ini
pasti pembalasan sewajarnya akan digandakan
ingatlah wahai insan yang bernama manusia
tidak ada yang sempurna dalam hidup ini
dan tidak ada yang kekal selamanya dunia ini
kerana setiap insan pasti dihitung segala kebaikan dan keburukan
dikemudian hari
insaflah wahai manusia
walau setinggi mana harta darjat mu melangit
juga sekaya mana sekalipun
sebenarnya maruah dan harga dirimu lebih hina
jika engkau masih belum muhasabah dirimu


"coretan ini aku tujukan kepada seseorang yang telah melukakan
hati dan perasaan keluargaku
semuga dengan hari yang baik ini Allah bukakan pintu hatinya
agar berubah dan kenal siapa dirinya dan siapa yang lebih
mulia dari sisiNYA."

*****************