Jumaat, 14 Januari 2011

NAK RAMPING ! BAGAIMANA YER

Author: Naomi Moriyama
Publisher: Delta
Keywords: mother, tokyo. kitchen,secrets,old,women,don, japanese
Number of Pages: 288
Published: 2006-12-26
List price: $15.00



Tabiat makan memang mampu mengubah diri apatah lagi jika rajin meneliti
corak pemakanan yang diwarisi secara tradisional di perbagai pelosok dunia.
Setiap hari kalau makan, mesti nak makan makanan yang sedap aje.
Tidak kira makanan tu mengandungi protin tinggi, kabohidrat,kalsium
segala macam vitamin kesemua orang akan mengambilnya..
Tidak kira ianya mendatangkan kebaikan atau sebaliknya .Bila usia meningkat semakin lama cara pemakan pun harus di ubah juga. Takut jugalah mana
tahu ada penyakit lain pulak yang hinggap di tubuh kita.

Sering kita dengar dan lihat, tabiat pemakanan yang sering menjadi tumpuan
adalah diet warisan masyarakat Asia khususnya di Jepun, China,Korea,Vietnam,
Thailand dan India. Di Eropah pula cara tradisional pemakanan orang Perancis
turut mendapat perhatian. Seorang Pemasaran Kelahiran Jepun, Naomi Moriyama
dalam bukunya berjudul Japanese Women Don't Get Old or Fat, telah menyelongkar
petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga.
Dia bukan seorang pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan
rumah cara Jepun. Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait rapat dengan
jenis makanan yang disediakan di rumah.

Bukan seperti kita, kebanyakan kita di Malaysia gemar memakan makanan yang disediakan di kedai-kedai atau di restoran makanan segera juga berbagai citarasa di restoran mewah, yang kesemuanya kadang-kadang mengandungi kandungan bahan-bahan pengawet dan juga perisa tiruan, yang akan mengakibatkan berbagai-bagai kesan jangka panjang. Memang sedap kalau dapat makan di restoran tanpa kita sedari akhirnya kehidupan kita untuk jangka masa yang lebih panjang, akan timbul risiko kesihatan yang kehidupan ini adalah lebih menderita daripada kita jangkakan.

Seperti kata Naomi, beliau dan suaminya kini bertukar kepada cara makan tradisional Jepun. Lebih langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar sebagai tujuh rahsia dapur Tokyo.

Rahsia pertama:

makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan,soya,nasi
sayuran dan buah-buahan.

Kedua :

sajian makanan adalah kuantiti kecil

Ketiga :

Sup miso menjadi sajian sarapan utama.

Keempat :

memasak secara sederhana

Kelima :

Nasi mengantikan roti

Keenam :

hanya jamah makanan pencuci mulut

Ketujuh :

wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan
apa saja yang di gemari dalam jumlah yang sedikit.

Kesimpulan , kita seharusnya mengurangkan pengambilan makan dalam kehidupan kita secara sederhana dan jangan terlalu berlebihan. "Makanlah apabila kita merasa lapar, dan berhentilah sebelum kita merasa kenyang". Janganlah kita jadikan perut kita seperti "tong sampah", kerana kesihatan yang sihat adalah kehidupan yang gembira dan kita senantiasa nampak muda dan bertenaga.

*******************