Rabu, 31 Disember 2014

BENCANA BANJIR 2014....






Keadaan banjir di beberapa negeri ketika ini hampir melumpuhkan sistem prasarana dan kehidupan.. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang,  jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan di beberapa daerah . Beberapa kawasan sudah ditenggelami air, aktiviti harian lumpuh, jalan terputus dan ada jalan utama juga turut runtuh akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu. Ada juga laporan mengatakan hubungan darat Kelantan telah terputus dengan negeri-negeri lain. Melihat keadaan hujan yang masih mencurah dengan lebat, adalah dijangka banjir yang disifatkan antara yang terburuk ini akan terus melanda untuk beberapa lama lagi. Tidak mustahil juga ia akan berlarutan sehingga awal tahun baru 2015 nanti. Di Perak dan Perlis pula, beberapa kawasan turut mulai dilanda banjir dan angka mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemulihan juga terus bertambah. Meskipun bantuan dari segi makanan, keperluan harian dan usaha memindahkan mangsa terus giat dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan,  
















Perdana Menteri Datok Najib meluangkan masa melawat tempat mangsa banjir.








Bekalan air untuk penduduk yang terlibat. Kesiannya air pun keroh untuk diminum







Bantuan makanan di salurkan.

Macam diserang tsunami je ... subhannallah..







Bencana alam yang menimpa rakyat di negeri-negeri yang terlibat, di harapkan bersabar dan berdoa semuga semuanya akan pulih sepenuhnya...Ujian Allah untuk kita sebagai pengajaran dan pedoman, bahawa kita adalah hambanya yang lemah, dan tidak berdaya menolak ketentuan takdir.. Semuga kita senantiasa di lindungi dari mala petaka yang lebih buruk ....