Rabu, 14 Disember 2011

MAJLIS PERSANDINGAN ANAK2KU



Majlis di buat di Club Golf & Resort Rasah Kemayan

Dua pasang mempelai. dua dari kiri anak sulungku, pertama dari kanan anak ketigaku



Persandingan dua pasang pengantin di hiasi dengan hasil kerjatangan Dina Collection


Salam buat semua yang meminati ruangan aku yang tak seberapa ini. Agak lama juga aku menyepikan diri dari luahan rasa dan nukilan secebis perasaan, kiranya kini ingin kembali menyuarakan isi hatiku yang
kian lama terpendam dan gelodak rasa kian membuak-buak perit dan pedih yang teramat sangat. Perasaan yang terlalu lama aku simpan dan tak mampu aku tanggung dan hadapi.





Meja pengantin disediakan juga oleh pihak Siti Rohani Catering


Kek tiga tingkat juga dari Siti Rohani Catering






Kisah bermula sejak pertunangan anak pertama aku, permusuhan keluarga
yang tiada kesudahannya, ku kirakan telah habis atau sudah bermaafan
sesama sendiri maka tragedi itu tidak berulang lagi. namun semua hanya
lakunan semata. Masing-masing ingin menegakkan benang yang basah,
dimana keadilan yang aku dapat!.semua menuding jari kepada muka ku.
Semua tetap menyalahkan aku dalam semua perkara, keluarga mereka
dikatakan porak peranda gara-gara kejahatan aku, adilkah aku di perkotak
katikkan sedemikian rupa?.

Sabar aku ada hadnya. Ingatlah
...

"Akui kesalahan kita, teliti dan pelajari secara mendalam dan jawablah kesalahan itu kerana kesalahan adalah guru yang luar biasa.. Dengan mengenal apa yang salah, maka kita akan menemukan apa yang benar"


Walaupun hampir enam bulan berlalu, sejarah berulang kembali, 10hb Disember 2011 berlangsungnya
majlis persandingan kedua anakku yang sulung dan ketiga, betapa meriahnya dan kegembiraan terukir
disetiap wajah keluargaku, adik-adikku bertungkus lumus memberikan tenaga supaya majlis berlangsung
dalam keadaan harmoni, tetapi masih ada lagi muka-muka yang merimaskan aku menyibuk campur tangan
dalam urusan menyambut tetamu yang di jemput. Kenapakah mereka ini masih dengki dan khianat pada
aku?.heran aku, apa yang telah aku lakukan?. Aku tak pernah menyelah atau melakukan apa-apa pun
aktiviti keluarga mereka, aku hanya dijemput menghadiri majlis persandingan anak sedara aku, aku tetap pergi
dengan niat yang baik.



Anak ku yang kedua dan ketiga/sifat kemesraan tetap utuh walaupun si adik telah
mempunyai teman.



Kedua anakku, alang dan adik..

Namun bila tiba pihak aku majlis yang begitu lama di rancang dengan sempurna di campur adukkan dengan
perasaan dendam!. Kita mudah lupa dari mana kita datang, lupa siapa kita sebelum dapat merasa kesenangan
sombong dan bongkak yang amat sangat, terutama kepada orang yang pernah membantu semasa kita didalam
kerabunan hidup, terutama kepada orang yang membawa kita kebaikan dulu, walaupun orang itu tidak mengharapkan sesuatu balasan, kita hipokrit, sayangnya mereka ini tidak sedar diri di mana mereka berpijak,
tetapi mereka leka dengan kemudahan dan kesenangan yang tidak seberapanya..

Ingatlah wahai kamu yang aku tidak mahu menyebut siapa disini..tetapi cukuplah... jangan engkau palitkan
lagi noda dan semua dendam kesumat mu dalam kehidupan aku. Aku perlu hidup dalam keselesaan dengan
cara aku, Jangan menyalahkan adikku dengan engkau berkata, " Heiiii! do not you stir my family you know!! never..never," konon bahasa inggeris, ingat tak faham sebutir habuk kut!..jangan ingat adik aku bodoh sangat ker!.

Sudahlah menjatuhkan air muka orang didepan kalayak ramai, tapi tak pe sebenarnya engkau menuding satu jari terlunjuk kepada orang, empat jari lain akan menuding balik kepada engkau semula!..Konon rasa diri tu sangat hebat, ok baiklah, hebatlah dimata engkau sendiri, namun kehebatan engkau tidak setanding dengan kehebatan
puteriku yang telah bersusah payah untuk menjayakan majlis persandingannya. Susah payah dia mencari rezeki
dengan tidak mengambil kira kesihatan dirinya untuk menampung perbelanjaan hari persandingannya nanti, sehingga kan tubuh yang berisi sebelum ini begitu ketara susut dan tidak bermaya. Perjalanan majlis akhirnya disudahi juga dengan kejayaan yang diluar jangkaan. Sangat membanggakan dan begitu mempersonakan. Ramai yang memuji, bukan untuk mendabik dada, tetapi hasil usaha keras anak sulungku akhirnya mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Syukurlah pada Allah kerana tiada apa-apa kemungkinan berlaku semasa majlis berlangsung.

Tiada siapa pun yang memberikan bantuan samaada dari segi material ataupun tenaga, Susah payah along bertungkus lumus, tetapi kenapa mereka-mereka ini masih menganggap bahawa kesemua perbelanjaan itu datang dari sumber lain?. Tolonglah, ini bukan kes lembu punya susu , tapi sapi yang dapat nama. Janganlah terhegeh-hegeh depan kalayak ramai, yang konon nya engkau tu orang yang terpenting dalam majlis tersebut, sampai huru hara dibuatnya, kerana sikap tidak mahu mendengar pendapat orang yang lebih dulu membuat persediaan sebelum sehari berlangsungnya majlis. Tiba-tiba tanpa latihan bercelaru dibuatnya majlis..Hai entahlah.. kalau diikutkan mahu sahaja aku memulaukan orang yang tidak reti bahasa. Bodoh sombong layak aku gelarkan.

Wahai Along dan Alang, kalian memang anak yang baik dan Ibumu tetap bangga selamanya. Semuga apa yang kalian lakukan untuk memberikan yang terbaik adalah kerana niat ikhlas untuk memberi semua orang merasa
kesedapan makanan yang terhidang oleh pihak "Siti Rohani Katering". Terima kasih Suhana..anda memang kelas pertama dalam mengendalikan majlis ini. semuga Tuhan memberikan rezeki kepada kita semua dengan lebih baik lagi dimasa akan datang insyaallah..

Ingatlah....Langit tidak selalu cerah, Rezeki tidak selalumya murah, Apapun istiqamah diri dan muhasabah.....semuga apa yang berlaku biarlah berlalu yang penting aku bahagia kini dengan kehidupan ku..


**************


.