
Ini pulak kisah lelaki Malaysia yang terpikat kepada wanita Indonesia.Kenapa pulak lelaki Malaysia mudah terpikat dan ghairah mengambil wanita Indonesia sebagai isteri kedua?.Senario ini berlaku tidak kita ketahui, sejauh mana mereka berkahwin mengikut lunas undang-undang sama ada bagi pasangan Islam mahu bukan Islam. Perkara ini seharusnya tidak perlu terjadi kerana dalam kes sebegini penganiayaan bukan sahaja membabitkan isteri pertama tetapi juga berlaku kepada isteri muda dan akhirnya institusi kekeluargaan itu runtuh. Nanti umpamakan yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran kerana kesannya adalah kepada golongan wanita dan anak-anak.Secara puratanya seorang lelaki Malaysia mengahwini wanita Indonesia pada setiap hari dalam tempoh lima bulan lalu dengan 80 peratus daripadanya memilih wanita Indonesia sebagai isteri kedua. Purata 30 lelaki Malaysia berkahwin dengan wanita dari Sumatera setiap bulan.
Mengapa terjadi demikian. Sifat penyabar terhadap suami yang pulang lewat serta layanan mesra di meja makan adalah antara kualiti dimiliki wanita Sumatera yang menyebabkan lelaki Malaysia mudah tertawan dengan mereka.Layanan mesra,lemah lembut,mengikut kata dan berani merealisasikan fantasi impian lelaki dikatakan menjadi punca ramai lelaki tempatan 'cair' terhadap wanita Indonesia.Keadaan ini juga menyebabkan lelaki Malaysia masih mengharapkan dilayan dan dijaga seperti 25 tahun yang lalu yang menatang suami bagai minyak yang penuh. Sedangkan wanita di negara ini semakin sofistikated serta terlalu sibuk memikirkan kerjaya dan masa depan sehingga terlupa memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada suami.Justeru itu seharusnya wanita Malaysia agar tidak terlalu mengejar kerjaya sehingga meminggirkan kepentingan suami
Tetapi awas,jika kebanyakan wanita yang dikahwini itu adalah untuk dijadikan isteri kedua dan perkahwinan tersebut juga disifatkan seperti 'ada udang disebalik batu'. Malah kebanyakan wanita Sumatera juga mempunyai maksud tersendiri. "Ini termasuk ingin bebas dari kemiskinan atau diterima sebagai penduduk tetap negara ini apabila bersetuju berkahwin dengan lelaki Malaysia.Kaum wanita pastilah tidak senang dengan fenomena ini kerana bimbang kaum lelaki akan gagal melaksanakan tanggungjawab dengan adil.Memang tidak ada alasan lelaki tempatan mencari lagi isteri diseberang hanyalah kerana tidak puas hati dengan layanan isteri pertama .Kebanyakan juga niat mereka lebih kepada untuk berseronok sedangkan dalam perkahwinan itu ia memerlukan seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarga.
..........................................................................................................................................................................