Sabtu, 26 Jun 2010

ADAKAH AKU YANG SALAH



Adilkah aku pada matamu
jujurkah aku pada ucapan untukmu
kejamkah aku atas kesetiaan dan kejujuranmu
adakah aku ego dan prejudis buat mu!!!!


Aku tau aku ini hamba tuhanTambah Imejtidak terlepas dari khilaf
andai aku engkau benci
aku tetap sayangkan mu

cuma aku harapkan sekelumit
kasih darimu
terimalah aku
seadanya


****************

Jumaat, 25 Jun 2010

LELAKI MUDA CEPATKAN KEMATIAN ISTERI!!!!


Aku terbaca dalam satu makalah yang mengatakan
umur seorang wanita tidak panjang jika mempunyai
suami yang lebih muda darinya.

Berkemungkinan ke!.. tetapi setahu aku umur
seseorang itu bergantung pada cara pemakanan,
cara kehidupan dari segi kesihatan dan kegembiraan
dalam sesuatu hubungan suami isteri dan keluarga.

Kajian dari Sven Drefahl:

Jika selama ini isteri muda dikatakan memanjangkan
hayat lelaki namun jika bersuami lebilh muda pula
memendekkan usia seorang wanita. Kajian dimuatkan
dalam Jurnal Demography menyatakan, " Wanita
yang bersuami antara tujuh hingga sembilan tahun
lebih muda, memendekkan usia mereka sebanyak
20 peratus.

Manakala lelaki yang beristeri muda pula kadar
kematian mereka menurun sebanyak 11 peratus.
Suami muda mungkin kurang memenuhi kehendak
isteri yang lebih tua dan menimbulkan banyak
masalah.

Apapun ajal maut telah ditentukan olehNYA.


Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


................................................

Khamis, 24 Jun 2010

BURJ AL KHALIFA IN DUBAI. FOTO DIDALAM MENARA

Cantik sungguh hasil seni bina bangunan Burj Al Khalifa


Bilik rehat pun macam singgahsana.
memang hebat.


















Ni kalau dapat tidor atas katil yang canggih camni

alamatlah aku tak nak bangun2 .







Tempat mandiannya amboiii hebat..
















Selasa, 22 Jun 2010

E 72



Eh! mimpi ke aku ari ni...
Hubby berikan aku satu sampul kotak
dia suruh aku buka
terkejut sangat2
E 72 rupa2nya......

Ini hadiah hari jadi tempoh hari
maaf sebab lambat kasi
mula2 tak tau nak kasi apa
fikir2 balik awak ni suka berblog dan berface book
jadi saya belikan handphone ni la

Aku macam bermimpi jer
sebab E 72 ni memang telah lama aku idamkan
tak sangka rupanya
impian ku tercapai juga akhir nya
terima kasih Hubby
awak faham cita rasa saya
dan hadiah dari awak untuk saya.



......................................

KEPALSUAN ITU YANG ENAK DI TEROKAI


Hanya kerana wanita itu!
engkau lupa dunia
impian yang tiada makna
tapi engkau lupa
bahawa dia hanya mimpi-mimpimu
siapa dia untuk mu
adakah engkau masih perlukan dia
meniti hari-hari tua

Adapun kasih mu dan keintiman mu
melanggar arti susila
larangan kian engkau ingkari
menyemai cinta tak pasti
kasih sayang hanyut ditelan gelombang arus

Cinta terlarang
kenapa engkau masih mengejarnya!
tidakkah engkau lupa
adanya Adam dan Hawa!
engkau persis kalkatu malam
terbang mencari cahaya nion
tapi akhirnya sayapmu gugur satu persatu
namun kasih yang engkau dambakan
punah dan terpinggir

Sadarlah
Letakkanlah setiap rongga hidupmu
tujuilah lorong yang terang dari kegelapan
arahkanlah tujuan kemana engkau mahu
kerana hayatmu belum pasti
mungkin esok !
mungkin lusa!
Lurah hitammu pasti akan terpahat
dari
memori lagenda usangmu

Dunia belum kiamat..
pasrah dan insaflah
kerana engkau masih punya ruang
aku setia menanti
kepulanganmu



.....................................

Isnin, 21 Jun 2010

TAKZIAH BUAT ADIK IPAR DAN BIRASKU

Gambar ni semasa hari jadi cucu saudaraku Rania yang pertama. Mungkin
senyuman ini tergambar kegembiraan sebelum mengetahui kepulangan
kerahmatullah bundamu Halim..



Aku nak ucapkan salam takziah
kepada Birasku Abd Halim Abd Rahman..
atas pemergian kerahmatullah bondanya semalam.
Semuga rohnya dicucuri rahmat dan
di letakkan di kalangan orang2 yang dikasihi Allah.
Hang jangan bersedih sangat Halim...

Allah lebih menyayanginya... terimalah
sudah sampai ketentuan kita, ajal maut,
jodoh pertemuan dan perpisahan,
dan rezeki kita qadaq dan qadar dari
Allah.

Kalau hang balik Alor Star aku harap hang
berhati2 lah masa memandu, semuga
selamat sampai dan kembali dengan selamat.

Alfatihah buat bonda mu Halim.....

................................................

MASIH ADAKAH SIHIR DI ZAMAN CYBER INI!







Percaya dan tidak percaya je aku ni.
Jiran sebelah rumah aku, dua tiga bulan lepas
aku nengok tubuh badan dia ok je..berisi lah sikit
sejak dua menjak ni aku terserempak dengan dia..
'ehhh pesal ni!... lain betul bentuk tubuhnya, sudah
semakin kurus dan pucat je rupanya', macam orang tak
bermaya menanggung kesakitan.

Aku pun tanya kan kabar dia,
"Emma kamu sihat ke!..
lama tul akak tak nampak kamu,
ni kenapa kamu sakit ye!.
kenapa tak jawab call dari akak semalam,
ingat nak ajak pergi beli barang sikit!.
tapi tak pe la Emma, akak
tau kamu tak sihat"...

"Dengar call dari akak tu,
tapi Emma tak larat
sangat kak nak bangun,
badan bisa2 segalanya sakit,
macam kena hiris je, akak nengoklah
habis tapak tangan dan tapak kaki Emma ni,
buruknya!...
malu nak salam gan orang kak,
dahlah keras macam Emma ni buat kerja berat
sangat,
mengelupas dan luka2 melepoh, sakit
dan gatal tuhan je tau camne Emma
kena tanggung semua ni. Tak tertahan
rasanya akak"

Aku tanya pada Emma
" tak pergi klinik ke!... mana tau alahan pada
makanan laut atau silap makan yang gatal2 kut!"

"Doktor pun cakap semua ni tak tau kenapa,
darah, air kencing,tekanan nadi dan macam2 dah
dibuat semuanya negetif kak. Doktor pun heran
dia kata saya tak sakit apa2 pun".

Memang heran lah, kalau tak sakit kerana alahan
atau apa aku pun tak tau nak kata apa lah.
Kesian sangat2 aku nengok Emma, kepayahan
yang dia tanggong memang memeritkan.
Cuma jalan terakhir dia pergi berubat secara
tradisional atau perubatan batin.

Pak Dukun mestilah mengatakan penyakit ganjil
macam ni selalu di sebabkan oleh perbuatan
kianat dan dengki seseorang terhadap orang yang
dia dendam.
Namun adakah kita percaya setiap penyakit
yang pelik seperti itu kerana disebabkan oleh Ilmu
Hitam!.

Allah berfirman:

"Dan daripada kejahatan tiupan2 ahli sihir pada simpulan sihir:

(Surah al-Falaq - ayat 4)

Ia juga boleh berlaku melalui apa juga benda atau barang yang hendak
diberi atau dihadiahkan seperti pakaian, kasut,buku, cincin, gambar,
khat,minyak wangi,gula-gula dan macam2 lagi. Semuanya boleh dijadikan
perantara sihir untuk mengenakan mangsa.

Ada juga sihir disampaikan melalui angin,makanan, minuman,sentuhan
badan, berpelukan dan bersalaman, tepukan, perbualan jarak jauh
seperti menerusi telefon, pandangan mata serta melalui asap rokok.

Kita selalu beranggapan, sihir hanya boleh dikenakan melalui makanan
dan minuman. Sebaliknya kita tidak terfikir ia boleh dilakukan
melalui apa saja benda perantaraan bomoh dan pawang. Secara
umumnya sihir adalah ' Satu ilmu yang dipelajari dari guru
yang mahir dengan ilmu sihir menerusi amalan kebatinan yang
berlawanan dengan akidah Islam, malah merosakkan dengan
menggunakan jampi mantera yang diajar oleh makhluk halus
bagi tujuan jahat, terhadap seseorang untuk menyakitinya
dengan berbagai2 penyakit hati (rosak emosinya) atau fikiran
tanpa dapat dikesan punca sebenarnya

Kesimpulannya manusia lupa akan kuasa Allah. Setiap perlakuan yang
manusia lakukan mengenai sihir hanya mendatangkan bahaya dan
kemudaratan kepada manusia dan tidak memberikan apa2 kebaikan
malah merosakkan kehidupan dan kesengsaraan.

Firman Allah swt:

"Dan mereka belajar apa yang membahayakan diri mereka
dan tidak memberikan manfaat kepada mereka"

(Surah al-Baqarah - ayat 102)


...................................................

Ahad, 20 Jun 2010

CEPATNYA! DAH SETAHUN YE


Amboi kek birthday Rania, canteknya!..tapi rasa camne lak sedap ke !





Rania ke Danny yang sambut birthday ni




Sayangnya anak Ummi ....
dah besar rupanya dia ye






Upacara buka hadiah.. awat tak banyak hadiah nya Rania
ohhh patutlah Rania kecik lagi..




Tengok tu, Atuk Halim gan Nenek Zizah tumpang gak sekaki nak ambik gambar..



Selamat Hari Jadi Rania Rezduan yang pertama (1 tahun)
semuga kamu jadi insan
yang berakhlak dan berbudi bahasa

Hormat orang tua
jangan lupa diri
jadi orang yang berguna kemudian hari.


..........................