Sabtu, 28 November 2009

PERISTIWA KEHANCURAN DUNIA PADA 2012





2010 hanyalah sebuah filem Fiksyen Sains ciptaan orang-orang Amerika untuk tontonan kepada kita
yang suka menontong wayang... termasuklah aku salah seorang darinya. Pada 17hb Nov lepas aku dan puteri sulong ku telah pergi menonton filem ini.

Memang hebat dan gah betul... jalan ceritanya membuat kita seolah2 percaya akan kehancuran dunia ini pada 2012..... Namun kita kena ingat bahawa setiap kejadian dan bencana yang terjadi adalah kekuasaan Allah... kita sebagai hambanya tidak boleh mentafsirkan bila dan bagaimana dunia ini akan musnah...

Tidaklah perlu kita takut sampai kita lupa bahawa rukun iman telah ada percaya kepada hari kiamat dan hari pembalasan. Kenapa kita mudah diperdaya hanya kerana sebuah filem?....
Jadi sebagai umat Islam yang percaya kepada Allah, kita usahlah bimbang dan seharusnya kita perbanyakkan amal dan ibadat kita kepadanya... semuga kita dihari kehancuran dunia ini nanti tidak termasuk orang2 yang Allah murkai.. dan kita tergolong dalam orang2 yang dimendapat keampunan dan keberkatan dari Allah SWT.

TAMARA BLESZYNSKI - (TELENOVELA HIKMAH)


Tamara Bleszynski... minat sangat aku kat pelakun Indonesia nihhh.. Cantik orangnya dan ayu wajahnya.. Wajah Pan Asia kalau kat Malaysia... kerana keayuan wajahnya maka aku tak pernah terlepas menonton cerita Hikmah yang selalu disiarkan di TV3.. dari episod pertama sehingga keakhirnya... aku pun dah lupa siri keberapa penamat cerita tersebut...

Cuma yang aku tau jalan ceritanya mengisahkan konflik keluarga yang lalai dan alpa dengan keduniaan dan Tamara adalah penyelesaian krisis tersebut.... Menjadi isteri yang penoh duri dan ranjau dalam keluarga yang tidak mengamalkan ajaran Islam sebenarnya tapi diakhir cerita tersebut Tamara menyatukan keluarga yang pada mulanya ingkar suruhan Allah sudah balik kepangkal jalan.....

Cerita Hikmah ni dah lama juga disiarkan , cerita ini memberi ikhtibar dan panduan supaya setiap apa yang dilalui didalam dunia ini mesti berpandukan ajaran Islam sebenar dan jangan kita sewenang2nya membuat keputusan bahawa harta benda tidak akan kekal cuma yang kekal adalah amal dan ibadat kita terhadap Allah SWT.

KERETA PUN SAKIT JUGA

Kereta pun dah tua dah........lambat sikit service camni lah jadinya...

Tersadai sebelah Pelita Nasi Kandar... pastu aku g Kuala Lumpur untuk membawa kereta ni ke bengkel di Jalan Jelatek.


Habis ongkos aku.. tapi tak pelah.. asalkan kereta ni dah baiki... tidak tak la dpt aku bawa balik.Kereta pun kadang2 perlu masuk rumah sakit juga..


Khamis, 26 November 2009

BASS GUITAR DAN DOUBLE BASS


Amir sedang membuat persembahan di Bangkok Jass.

Dah penat memetik bass gitar Amir bertukar lak alat muzik... Mak aiii besar juga double bass ni. sama tinggi sikit dengan ketinggian Amir.. bukan mudah untuk memetik tali gitar ni.. mau hancur jari tangan... tapi jari tangan Amir dah jadi kematu asyik duk petik jer.