Jumaat, 5 Oktober 2012

PERJALANAN HIJRAHKU KE KOTA SUCI MEKAH DAN MADINAH
















Pada 17hb Ogos sehingga 27hb Ogos yang lalu aku bersama keluarga Besanku bertolak ke Jeddah sebelum menuju  Mekah untuk  menunaikan Ibadah Umrah selama sebelas hari. Waktu itu masuk hari ke 28 Ramadhan dan kami menyambut suasana Hari Raya Aidil Fitri di Kota Mekah Al Muqarramah.

Perjalanan kami dari KLIA dan terus ke Jeddah dan dari Jeddah kami terus di bawa menuju ke Kota Mekah. setibanya disana hampir dalam pukul 1.30 pagi. Kami melakukan Ibadat Umrah pertama sehingga selesai dengan syarat dan rukun dan wajibnya

Lima perkara rukun Umrah

i) Niat
 ii) Tawaf
iii) Sa'ie
                            iv) Bercukur atau bergunting
v) Tertib


Dua perkara wajib umrah

                         i)  Niat Ihram di Miqat  
                         ii)  Meninggalkan perkara
                      perkara larangan 
             masa ihram



 
Sebelum bertolak ke Lapangan Terbang sempat bergambar bersama anak menantu di Shah Alam




Sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah aku dan famili besan berkumpul di KLIA






                         Selepas melakukan Tawaf Umrah bersama anak lelaki dan menantuku



                    Di Hijir Ismail... tempat letaknya Tapak Kaki Nabi Ibrahim..bersama anak sedara..




                     Ya Allah betapa Agong dan bersyukur kerana aku dapat menjejaki ke Baitullah ..






                           
                                                                                                                                      
                                                  Melaku Tawaf sunat sebelum menunaikan solat Aidil Fitri



                                      Jemaah sedang menunggu waktu untuk solat sunat Aidil Fitri



Di dalam Masjidil Haram aku bertemu sahabat dari Russia 'Aishah' namanya sebelum menunai solatkan Solat sunat Aidil Fitri 19hb Ogos 2012




                                               Selepas solat sunat Aidil Fitri di Masjidil Haram



Waktu kemuncak malam Aidil Fitri 2012.. Ramai umat Islam membanjiri Kota Mekah  seperti
suasana kehadiran musim Haji





Kota Mekah masih lagi melakukan perubahan pembinaan Hotel-hotel baru yang lebih besar untuk Jemaah Haji pada tahun 2012




                           Sa'ie... berlari lari anak antara Safwa dan Marwah sebanyak 7 kali pusingan





             Malam hari raya Aidil Fitri aku dan keluarga sempat membeli pakaian  dan jubah. Memang murah




 



                                                Masjid dua kiblat (Masjid Qiblatain)



                                       

                                         File:Mount Uhud.JPG

                                                                         Bukit Uhud


                       Tugu peringatan gugurnya Pahlawan Agong Islam seperti Syaidina Hamzah dan lain-lain







                                                         Pemandangan khemah di Mina






                                                               Lapangan Muzdalifah





Atas Bukit Jabbal Rahmah di mana di riwayatkan disinilah bertemunya Nabi Adam Ailaihissalam dan Siti Hawa setelah di campakkan ke dunia setelah melanggar perintah Allah di syurga..

 

                                                       Kaki Bukit Jabbal Rahmah





                                        Sempat bergaya di sebelah Unta di kaki Bukit Jabbal Rahmah




                                                   Di belakang Bukit Jabbal Nur






Kami berihat sambil melepaskan lelah sejauh perjalanan dari Mekah menuju ke Madinah selama hampir 8 jam perjalanan.


Di hadapan pintu masuk ke Masjid Nabawi Madinah..Lihat Penutup seperti cendawan kembang bila waktu siang hari dan akan menguncup waktu malam hari.



File:Madina Haram at evening .jpg
                                                    Masjid Nabawi tatkala matahari terbenam




                                         http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/a/ab/Masjid_an-Nabawi_01.jpg

                                           Masjid Nabi tempat kedua paling suci dalam Islam




File:Mescidi nebevi.JPG

                        Makam  Nabi Muhammad terletak di bawah Kubah Hijau Al-Masjid an-Nabawi                                         di Madinah yang penoh berkat ini


                                          File:Quba Mosque.JPG

                                           Masjid Quba adalah masjid pertama dalam sejarah 
                                           yang dibina oleh Muhammad setibanya di Madinah


 Kami tiba di Madinah pada jam satu pagi dan menginap di Hotel Al Fayroz Shatta  yang terletak 15m dari Masjid Nabawi. Dari jauh lagi setibanya di kota Madinah yang suci sudah kelihatan minaret Masjid Nabawi yang tersergam indah. Madinah adalah sebuah kota besar yang pesat membangun. Pandangan dari  Hotel penginapan kami lihat masyarakat Arab di Madinah adalah lebih lemah lembut peribadi mereka jika dibandingkan dengan masyarakat Arab di Mekah yang agak kasar. Mengikut Mutawif kami, ini adalah kerana latarbelakang dan sejarah keturunan mereka. Mungkin begitulah kelembutan peribadi Baginda Rasulullah semasa hayatnya.




                           Hotel tempat kami menginap di Kota Madinah " Al Fayroz Shatta Hotel"



Mengikut Mutawif kami, ini adalah kerana latarbelakang dan sejarah keturunan mereka. Mungkin begitulah kelembutan peribadi Baginda Rasulullah semasa hayatnya yang kini jasadnya di makamkan di bawah Kubah Hijau  Masjid Nabawi di Madinah yang berkat ini.

Sesungguhnya perjalanan kali ini amat memberikan seribu pengertian yang sukar aku gambarkan.Sedih, sayu,gembira  dan berbagai perasaan yang sukar di luahkan dan di ceritakan.. Hanya kepada sesiapa yang telah pergi menjejaki kaki ke sini dapat menyelami betapa Agongnya Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Syukur dan nikmat yang diberikan kerana aku di jemput untuk menjejaki bumi Ambiya yang penuh Berkat. Semuga perjalanan ini mengubah dan memberikan aku seribu pengalaman dalam kehidupan yang penoh onak duri..Ya Allah Engkau jemputlah aku untuk bertemu kekasihmu Nabi Muhammad dan juga untuk aku menyentuh Qiblatku Kaabah. semuga Allah mengampunkan setiap dosa-dosa yang aku telah lakukan.

TERIMA KASIH DAN SAYANGKU UNTUK KEDUA ANAKKU NADIA DAN AMRAN KERANA KAMU BERDUA TELAH MEMBERIKAN AKU PELUANG YANG PALING BERHARGA DALAM HIDUPKU MENJEJAKI KAKIKU KETANAH SUCI HASIL TITIK PELUH KAMU BERDUA. SEMUGA ALLAH MEMBERIKAN RAHMAT DAN KASIH SAYANGNYA UNTUK KAMU BERDUA ANAKKU.. IBU SANGAT BERSYUKUR PUNYA ANAK SEPERTI KAMU.

Juga buat menantuku Hasnor Amirah dan kedua besanku Norizan serta Mohamed Hasnan,aku ucap ribuan terima kasih atas kesudian kamu berdua membawa aku bersama keluargamu menunaikan ibadah umrah di samping menyambut suasana Hari Raya Aidil Fitri bersama.. Muga Allah yang akan membalas budi baik anda berdua.



                       Tulisan ini ku coretkan lewat pukul 2.34 pagi hari jumaat 5hb Oktober 2012.
                     

*********************************************************************************          

Tiada ulasan: