Khamis, 15 Julai 2010

MENGAKU MUDA.. UNTUK NAMPAK MUDA PULA






Tiga kali seminggu rutin aku,

berjongging mengelilingi

taman perumahan ku.

Rasa segar selepas mandi,

aku akan tetap merenung wajahku

didepan cermin sebentar

orang kata kita semakin tua,

wajah pun mula kusam dan

nampak alur-alur kedutan dikeliling mata.


Aku terbaca satu artikel dari majallah kesihatan menerangkan
perihal wajah yang nampak muda walau pun telah berusia umur
kita.

Bertuah sesiapa yang mempunyai rupa paras yang tampak muda
berbanding usia. Kajian yang dilakukan oleh Jacqui Smith seorang
profesor psikologi, Universiti Michigan berpendapat, kita boleh
merasakan sendiri keremajaan sehingga melangkaui 13 tahun sebelum
nya dengan sentiasa bersikap optimis dan memotivasikan diri
dalam menghadapi sebarang cabaran hidup yang mendatang.

Ini boleh mengurangkan stres dan merangsang sistem imun tubuh
sekali gus mengurangkan risiko terkena penyakit berbahaya. Kulit
pula akan lambat berkedut. Apa lagi, selepas ini jangan lah kita
merasa malu mengaku diri kita masih muda....


*****************

Rabu, 14 Julai 2010

GARIS-GARIS RINDU JAUH MENINGGALKAN KITA




Perjalanan
perit terasa langkah ku
kecil dan lelah
mengarah haluan kedepan
seperti garisan lorong yang lesu dan kaku
makin dalam lagi langkahku
makinku di buai kesamaran

Kabut kelam
melintang di lorongku
kala itu pandangan ku
suram menembusi kabus itu
sukar dan payahnya
aku mengharapkan
ada sinar didepan sana


Perjalanan ini menyusuri hari-hari gelap
menterjemahkan hayalan
melengkapkan semua kenyataan
pada dasar kehidupanku
kehangatan yang kita lalui
lebih banyak kita melihat


kejujuran
sering tergugat
kita sering terlupa
kerana kita punya perbedaan pendapat
kehidupan amat meletihkan
kerana kita sering lupa
akan kenyataan

terimalah seandainya
keputusan ini tanpa kejujuran
tanpa keikhlasan
hanya kepura-puraan


**********************




Selasa, 13 Julai 2010

PUNAHNYA SEBUAH CINTA



Semalam sedang aku asyik menonton video cerita ''Filem Hujan Panas"
lakunan Allahyarham P Ramlee. Berkali-kali aku tonton memang tak jemu
sungguh, moral story cerita P Ramlee ni kadang-kadang boleh buat kita
ketawa, sedih,kesihan dan memang ada yang melucukan serta pengajaran
pun ada juga.
Ralet tonton video aku mendapat satu email dari sahabat penaku.
Aku terpaksalah berhentikan cerita yang aku tonton untuk tumpukan
perhatian mesej dari sahabatku dulu.


Msg 1 :Salam,watpe...sibuk?

Aku :tak la,saja buat sibuk hehe, U kat ner

Msg 1:Sori..td ada keje sikit dgn tesis le..dh habispun..

Aku : tak pe, i pun dah rasa mengantuk lak.

Msg 1 : U..tau ke..i dh nak jd duda ni...wife minta fasakh..dh tak tahan dgn perangai i..itu dakwanya..

Aku : pesal lak, u ni nakal sgt kut

Msg 1 : ye..dh nasib badan..nk wat camner..

Aku : kacau org perempuan kut, ada buah hati ke u ni, tu kut jeles dia

Msg 1 : apa nk buat ..macam lagu ..cukup sampai di sini..sayang..
relakan perpisahan ini...!Walau berat di hati...

Aku : cuba bawak berbincang elok2

Msg 1 : nak wat camner..deme dh tak suka....bukan camtu..sebenornya I masih sayang dgn dia..cuma dia kata dia nak hidup sendirian..je
dh habih bincang..dia degil bebenor...nk wat camner lagi..lagipun dia bukan nk bincang dgn saudara mara dia,.,,pandai-pandai dia saja..

Aku 1 : Tak kesianke pada anak2 u

Msg 1 : I kesian juga..tp dia kata anak-anak tak kisahpun...tengok le..lgpun ada dua lg...kalau dia kata nk rujuk nanti..I terima balik. I dh wat macam-macam..sembhyng hajat, tahajud, berdoa sambil berpuasa dan buat dgn seseorg bg dia suka kat I,..semuanya gagal..

Aku : ke dia ada yg lain, tak pe la, kalau itu dah jadi suratan buat u

Msg 1 : bukan cam tu..dia mmg lama dah tak suka I berkawan dgn org..sb tu le..dia marah bebenor..ada juga I dpt bau..dia dah mula berjinak-jinak dgn senior-senior dia kat tempat dia kerja dulu..berabang-abang lak tu..entah le..sapa le nakkan janda anak tujuh tu,,I tau le dia..tu.!!!!.

Aku :seorang camni seorang camtu last anak2 gak yang tersepit antara kedua2 ibu bapa yang bercerai berai


Walaupun aku terkejut dengan keputusan dari temanku ini, tapi sebagai sahabat aku berikan
sepatah dua kata nasihat untuk dia, namun kita sebagai manusia yang berakal, fikirkanlah
apakah keputusan itu perlu atau tidak. Mudahnya kita meruntuhkan Masjid yang kita bina dengan penuh kasih sayang, dipupuk di belai, dibajai dengan kehadiran permata hati, akhirnya
kita dengan senangnya meruntuhkan pulak Masjid itu hanya kerana ada perasaan cemburu, (mungkin pada pendapat aku), salah faham atau telah mula beralih arah kasih sayang pada orang lain!...

Cuma bila ada pergaduhan kedua suami isteri masing-masing mula menuduh pihak lain
yang tak betul.. mmm payah kan... Aku pun susah nak fikirkan kerana kita ni hanya manusia, cuma yang aku terfikirkan "Adakah ianya mungkin suratan atau kebetulan".

*************************************

Ahad, 11 Julai 2010

KALIAN ADALAH SAHABATKU



Sahabatku
Pasti kalian ingat
tentang kehidupan kamu dan aku
di kejauhan ini ingin aku
iringkan nota dan isihatiku
pesan kerinduan pada kalian


Terkenang daku akan saat-saat
manis yang kita lalui
bersama ketika itu
gelak ketawa, gurau senda,
tanggis derita kita
lalui bersama

Temanku
nun jauh kita berpisah
kalian tetap bersemadi
dalam kenangan
bersama ini kucoretkan
bait-bait kata rinduku
buat kalian


Andai kalian masih mengigati diriku
iringilah doa dan ungkapan
bahawa kita akhirnya nanti
pasti ketemu dan bersua
walau dalam dunia yang berbeda
bersama kita teruskan
perjuangan dan pengorbanan
mengecap kejayaan yang
dinanti-nantikan.

*************************



TRANSFORMASI KEHIDUPAN




Dulu aku pernah berkata
bercinta hanya mainan perasaan
jiwa yang kacau aku sering ucapkan
kepada engkau
kerana engkau sering
bicarakan isi hatimu
kepadaku yang alang kepalang
memandang sepi erti kasih sayang
akhirnya aku
lupa yang aku adalah insan
lemah dan terpedaya
aku bukan maksum

Ingat hanya beberapa detik
kau dan aku membentuk satu ikatan
ikatan kasih dan sayang amat
persis adam dan hawa di syurga impian
menyerahkan isi hati
tatkala jiwa bergelora kencang
meluahkan perasaan dan harapan

Kita ditakdirkan seketika
jiwa dan raga
gelora kita hanya kepalsuan
terbendung oleh renungan dan ucapan
kerana antara kita jauh dan berbeza


kita adalah insan kerdil
kita upaya berpijak dibumi yang nyata
lupakan segala keindahan sementara
kau dan aku punya
tanggungjawab
punya ikatan lain
yang lebih sempurna
terimalah seadanya
pasrahlah seadilnya
kerana jalan yang kita pilih
lebih bahagia dari sengsara
bukan ikatan yang penuh prajudis
ikatan yang penuh nafsu


Andai ini jalan terbaik buat kita
perlu apakah kita sambungkan
tali yang hampir putus
tidak mungkin dapat disambung kembali
kerana tali itu sudah reput
sereput hati kita
kecewa
pasrahlah
andai itu jalan terbaik
kerana antara kita memang
tidak mungkin dapat bersama selamanya.


***********************