Sabtu, 28 Ogos 2010

SUDAH HILANG SPECIAL SERVICE ISTERI


“Bibik oh bibik!”

Saya rasa kisah orang gaji atau pembantu rumah yang sering kita panggil bibik (kalau datang dari seberang) ini sudah banyak kali diceritakan- sama ada dalam drama TV, majalah, akhbar dan sebagainya. Kisah suka duka sebegini memang tak perlu lah saya perpanjangkan dalam ruangan ini.

Yang saya mahu ceritakan di sini ialah kisah yang wanita tahu, tapi kurang sedar, iaitu kisah pembantu rumah yang sudah mengambil alih jawatan ‘spiritual’ ibu dan isteri dalam rumah tangga.

Memanglah tak salah kalau PR (pembantu rumah) ni membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh, memasak, memandikan anak, menghidangkan makanan, seterika baju dan sebagainya, tapi itulah.. kesan sampingannya ialah berkat air tangan ibu dan isteri itu sudah semakin hilang dan terhakis dalam rumah tangga. Sekali imbas, perkara ini kecil sahaja, tapi perkara kecil sebeginilah yang memberi kesan besar terhadap pelbagai hal dalam rumah tangga!

Kalau anak-anak sudah tidak dapat lagi merasakan kehadiran ibu dalam rumah, suami sudah tidah dapat lagi merasai kewujudan isteri dalam rumah tangganya, apa maknanya rumah tangga itu?

Bayangkan, anak-anak hanya dapat merasai belaian ibu ketika di dalam perut saja, selepas lahir, hamper tiada lagi campur tangan ibu dalam hidupnya. Buburnya, bibik yang suap ke mulutnya, mandinya, sikat rambutnya, pakai bajunya dan hantar ke pagar rumah untuk tunggu van ke tadika pun bibik yang lakukan. Malah, adakalanya temankan anak siapkan homework dan tidurkan anak pun tugasan bibik juga! Apa akan jadi pada anak-anak ini apabila mereka besar nanti?

Ok, mari kita lihat pula perihal lelaki yang kita gelar suami. Walaupun dia dah besar panjang dan tidak memerlukan kita lagi dalam urusan sehariannya (kecuali urusan tertentu), kita sebagai isteri perlu memastikan dia ‘diikat’ dengan sentuhan emosi tangan kita. Tak bolehlah kita semudah itu berlepas tangan dan membiarkan PR atau orang lain menangani dan memenuhi keperluan zahirnya. Kita pun tahu, kuasa sentuhan emosi melalui masakan, hidangan dan sebagainya itulah pengikat paling ampuh untuk menambat hati suami. Lama kelamaan, apabila sentuhan emosi itu telah banyak diambil alih dan dialirkan ke tangan orang lain, maka tidak hairanlah jika kasih sayang yang dipupuk dan dibaja selama ini tumpah pula ke tangan orang lain. Siapa? Bibik? Setiausaha? Atau barangkali Mek kat Kedai Tomyam?

Dulu sebelum kahwin, rajin pula kita masak-masak untuk dia, hidangkan makanan dia, layan itu dan ini, sebaliknya bila dah kahwin, ke mana perginya semua layanan istimewa itu? Perlu diingat, orang lelaki ni mulutnya di hati. Jarang dia komplen pasal ‘poor service’ isterinya. Kadang-kadang dia sendiri pun tak perasan sebab namanya pun ‘spiritual service’. Maka jadilah ia macam penyakit barah, payah nak dikesan dengan mata zahir, tapi bila dah serius (contohnya: cinta beralih arah) maka sukarlah hendak mengubatinya..


************************************

Jumaat, 27 Ogos 2010

INI TAKDIR KITA?


Kenapa...
kita masih leka dibuai pesona
kenapa...
kita alpa akan kendiri kita
namun sampai bila kita teruskan
hidup yang tidak selamanya

Aku merintih pilu
bila melihat tingkah lakumu
sekadar melakukan onar
biarlah
apakah engkau tidak merasa belas
kerana hidupmu penoh kepura-puraan

Lihatlah kehadapan
renungilah FirmanNYA....

"Persiapkanlah dengan segenap kemampuan
untuk menghadapi mereka dengan kekuatan
yang kamu miliki dan pasukan berkuda
yang dapat menggetarkan musuh Allah.
musuhmu,
dan orang-orang selain mereka yang
kamu tidak dapat mengetahuinya,
tetapi Allah mengetahuinya. Apa
saja yang kamu infaqkan di jalan
Allah nescaya akan dibalas dengan
cukup kepadamu dan kamu tidak akan dirugikan".

Bersedialah segala kemungkinan
kita belum pasti, siapa yang kita
akan hadapi nanti..

Kehidupan tidak selamanya mudah
jika sengketa menerjah
bukan ianya satu rahsia
rahsia kita sudah di dalam gengaman

Hanya persiapkan lah
kerana Takdir kita
tiada siapa yang mengetahui.


**************

Khamis, 26 Ogos 2010

SUKARNYA HIDUP INI


Hidup kita amat senang dan mewah
tiada derita dibumi kerana didera
kelaparan,kesempitan,kesengsaraan
pedih penderitaan, kefakiran dan wabak penyakit.

Bergembiralah
kerana engkau bakal kenyang
bahagia,senang dan sihat
namun
masihkah engkau lena dibuai mimpi-mimpi indah
tatkala
insan lain menderita keperitan

Mereka terlihat saat malam mulai gelap
tubuh longlai tidak berisi
lemah tidak berdaya
melangkah kedepan umpama
laluan berduri

Sedangkan fikiran dan emosi
tidak keruan
dimana
sesuap makanan diminta
dihulurkan tangan yang lemah
meminta sedikit simpati
apakan daya
tangan-tangan keras
dilemparkan kemuka

Inikah suratan
ataukah balasan!
dimana kasih dan harga diri!
engkau bukan dibuai lena
namun engkau tidak meminta
belas ihsan dari mereka

apakan daya engkau
tidak berupaya
namun kasihanilah
berilah sedikit ruang
sesungguhnya
masihkah ada jalan keluar dari derita ini
maka hanya pada DIA
Yang mengharapkan pertolonganNYA
Raja Yang Berlimpah PemberianNYA
Esa Lagi Maha Agong.



*******************

Rabu, 25 Ogos 2010

ANGAN KU



Kita diluar dunia

sekalipun masih termasuk penghuninya


Keadaan kita tidak mati

dan tidak pula hidup



Apabila suatu hari

kita di masuki sebagai keperluan

Kita hairan dan menyatakan


' Orang ini datang dari

keramaian dunia'


Kita gembira dengan mimpi yang indah

maka suatu pagi nan bening

namun pada pagi harinya


pembicangan kita hanya sekitar

mimpi yang indah itu

Akan tetapi mimpi yang indah itu

jarang datangnya

dan kebanyakan mimpi yang

kita alami adalah mimpi

yang buruk buruk..




***************

Selasa, 24 Ogos 2010

BERSYUKUR SANGAT


Semalam 23 hb Ogos 2010 bersamaan 13 ramadhan 1431h.
Ya Allah Engkau telah memberikan kurniaan yang tak
ternilai harganya. Aku bersyukur padaMU Ya Allah,

Tahniah buat mu Alang.. kerana kejayaan kamu lulus dalam
peperiksaan ACCA tempoh hari.. Segala penat lelah yang kamu
lalui kini telah menampakkan hasilnya..

Kini apa yang perlu kamu lalui, tempohilah alam pekerjaanmu
dengan penuh rasa tanggungjawab dan jangan jadikan tugas
itu satu bebanan buat kamu anakku..


*****