Sabtu, 29 Januari 2011

MAMPIR KE KOTA BANDUNG HARI KEDUA 22 JAN (JALAN2 CARI MAKAN)



Produk dari buah pisang, sedap rasaya



Disini dijual dengan mengunakan kenderaan.




Sup Baso ( disini dikatakan Bakso) bukan lidah yang bergoyang, tetapi kerana terlalu
pedas lidah kita mesti bergetar2..










Bahasa Sunda... maksudnya
" Tuang merenah" (Makan sedap)
"Hate genah" (hati senang)
"Merenah kana manah" (layanan istimewa)
"tur murah" (harga berpatutan)




Masakan Sunda..perkh memang sedap sangat rasanya




Manisan dari kelapa muda









Ais campur , simple sgt .. tapi memang sedap.

Di Bandung beraneka jenis makanan dapat kita perolehi. Makan disini pun banyak yang halal dan murah-murah. Berbagai-bagai nama seperti Nasi Gila, Nasi Uduk, Siomay Bandung, Roti Bakar 22 Kote, Pecel Lele dan berbagai-bagai lagi hingga lupa namanya.
Kebanyakan makanan disini terlalu pedas tapi menyelerakan juga....



*************************

MAMPIR KE KOTA BANDUNG HARI PERTAMA.

Aku dan keluarga bercuti ke Kota Bandung dari 20hb Jan hingga 25 Jan 2011 dengan penerbangan tambang murah Air Asia





Sampai di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara hampir pukul 9.30 malam dengan jarak penerbangan selama dua jam dari LCCT Sepang.



Tempat penginapan aku dan keluarga di Cihampelas Hotel 2 dengan sewa lebih kurang 520 ratus ribu rupiah untuk satu malam



Isi minyak dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Parahu.






Meredah denai dan bukit bukau sebelum sampai ke bawah kawah sulfur Domas



Pertengahan jalan ada juga para jualan menjual produk dari bahan-bahan kayu



Lepaskan lelah sebentar. Jauh lagi perjalanan


Ada juga jualan hasil kerja tangan penduduk tempatan. Ukiran dari pokok Batik namanya. Memang bukan batik di reka cipta, tetapi memang kejadian asal dari alam.


Pokok tumpang, boleh bertapa juga





Hampir sampai ke Kawah Domas




Kolam air panas sulfur Domas..boleh merebus telor..



Inilah dia di tikus-tikus brengsek yang telah menipu aku dan keluarga hanya dengan jualan batu-batu kristal konon. Patutlah kemiskinan tegar tidak berubah.. suka mencari kesempatan atas kelemahan pelancung yang mengunjungi kesini.




Pandai tikus-tikus ini berlakun konon menolong kita dalam kesusahan..rupanya mengambil keuntungan yang berganda lipatnya


Bentuk kawah gunung berapi yang telah meletus dari 1800 lagi sampai sekarang masih mengeluarkan asap dan kepanasan



Dari puncak Bukit dapat dilihat kepulan asap..





***********************

PEMERGIANMU SUATU KEHILANGAN BUATKU SAHABAT

Tanggal 26 hb Januari 2011, bersamaan hari Rabu, aku terdengar handphone aku berdering, tetapi aku macam malas nak angkat,disebabkan aku masih penat kerana baru pulang dari Bandung Indonesia, memang aku tak angkat pun. Sejam kemudian jariku macam gatal nak buka mesej yang aku terima. Innalillahhiwainnaillahhirajiun. Subhanallah, kenapalah aku ni agaknya!.kalaulah dari tadi aku angkat call masuk kan aku sudah tahu siapa yang call aku.. Inilah padahnya kalau malas dan sambil lewa. Aku terkedu dan terpaku sebentar kerana terkejut dengan pemergian sahabat karibku dari Tenang Segamat Johor.

Tiada ucapan yang dapat aku ungkapkan.Hanya setitis doa aku kirimkan buatmu Arwah Zubaidah atas pemergianmu mengadap Illahi.Hanya DIA yang dapatku pohon agar rohmu
di tempatkan dikalangan orang-orang yang di kasihi Allah swt. Mujur aku dan keluarga telah melawat mu sahabat pada musim cuti sekolah bulan lepas. Memang semasa aku melawat arwah, aku dapat rasakan bahawa beliau mungkin tidak punya harapan apa-apa, jika pun itu adalah satu miracle, hanya kuasa Allah yang menentu segalanya. Aku rasa terharu dan simpati atas penderitaan sahabatku kerana mengidap kanser payudara dan telah melakukan pembedahan. Semua yang diharapkan untuk sembuh sepenuhnya agak sukar dijangkakan.

Namun apa yang aku rasa terkilan, kerana aku lewat dan tidak mempedulikan panggilan telefon, jika tidak aku mungkin dapat melawat arwah pada hari kematian sahabatku. Apapun semua itu sudah menjadi kenangan dan aku berharap semuga suami dan anak-anak arwah sahabatku tabah dan redha akan kepulangan orang yang mereka sayangi dan diletakkan dikalangan hamba-hambanya yang solihen..


******************