Sabtu, 5 Jun 2010

IMPIAN DAN HARAPAN


Hidupmu ke satu lapangan

membawa seribu harapan

harapan yang kian mekar

sejenak engkau berfikir

apakah betul lorong ini


Aku melihat engkau persis insan yang penuh kebencian

yang kecewa dan punah impian

janganlah engkau bersedih

atas apa yang terjadi

mujur aku masih ada

pertolongan yang tidak seberapa kudratku


Hari bersejarah buat mu penuh onak duri

tiada sepatah ucapan dan teguran

kerana engkau melakukan sendirian

tanpa mereka yang kononnya memberikan seribu harapan

akhirnya engkau terkapar sendirian

laluilah kehidupan ini dengan kesabaran

kerana kesabaran itu separuh dari keimanan

........................................





Jumaat, 4 Jun 2010

BETULKAH JALAN ITU.?




Kebencian dalam hatimu

aku melihatnya

dada yang lapang pun menjadi sesak

segala kebencianmu bersarang

sedang engkau

tidak melihat adanya jalan keluar dari semua itu


Nescaya pada waktu itu

akan adanya sebuah pertolongan

memberikan doa dan harapan

bahawa engkau akan berubah

mestipun aku akan di pinggirkan

dari dalam ingatanmu..


Ingatlah..

tidak selama mana engkau akan mengecapinya

bahawa engkau pasti

jalan yang engkau lalui

amat perit diredahi

akhirnya engkau

mengerti

di mana bumi dipijak

di situlah langit di junjung

terimalah kenyataan

kerana masih ada orang yang menyayangimu


...................................

Khamis, 3 Jun 2010

MENGAPA KALBUKU BERGONCANG BUKAN PASTI LAGI AKU TAK PEDULI LAGI




Jika hati sudah di penuhi keputusan

dada yang lapang pun menjadi sesak

segala kebencian dan kesusahan

telah merasuk


kebencian itu tertulis di seluruh penjuru

sedang engkau

tidak melihat

ada jalan keluar dari semua itu

bukan aku sengaja menerjah engkau

kerana aku sudah tidak mampu lagi


Nescaya pada saat itu

kesesatan di jalan yang pernah engkau lalui

kini aku tahu engkau akan kembali

menemui jalan yang terang

Betapa beratnya malapetaka itu

jika sudah datang pertolongan

pasti akan segera lenyap keperitan.





..................................




Rabu, 2 Jun 2010

SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DARI KEKEJAMAN REJIM YAHUDI..


DUA BELAS RAKYAT MALAYSIA DI TAHAN OLEH REJIM ZIONIS.

1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA)
8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO


pal5

pal3



Gambar hiasan sahaja


SEMUGA MEREKA DI LINDUNGI DARI SEGALA MARA BAHAYA DAN SELAMAT KEMBALI KEPANGKUAN KELUARGA...

.....................................

Selasa, 1 Jun 2010

PERGI MU AMAL YANG DISANJUNG DAN DIMULIAKAN


Darjat tinggi ketika hidup dan sesudah mati
adalah tanda
bahawa engkau akan mendapat kemuliaan
seolah disekitarmu
ada orang ramai yang berdiri
untuk memenuhi panggilanmu di saat tiba waktu solatmu

Seolah-olah engkau berdiri
dan berkhutbah di hadapan mereka
sedangkan mereka mahu mendirikan solatnya
engkau menghulurkan kedua tanganmu kepada mereka
seolah juga engkau menGhulurkannya
untuk memberikan sesuatu


Ketika perut bumi terasa sempit
untuk menanggungkan segala kemuliaanmu
Mereka bermaksudkan memberikan kesejukan
di kuburan mu dengan suara ratapan
Tidak ada kubur lagi bagimu


Aku berkata...
Berilah kami minum
sebab engkau adalah butiran air
yang turun bersama derasnya hujan
Engkau mendapat salam dari Yang Maha Kasih
dengan keberkatan hati yang mengharum
Kerana keagongan jiwamu terus terjaga
oleh pengawal dan penjaga yang terpercaya
sedangkan di dalam kegelapan malam
disekelilingmu selalu di nyalakan api
Begitulah keadaanmu
selama masa engkau hidup dahulu.



Innalillahhiwainnaillahirajiun....
Pergimu di iringi dengan sekalung
doa dari kami di dunia ini wahai
Akmal ... semuga rohmu
di rahmati Allah swt. Amin...
.....................

Isnin, 31 Mei 2010

APAKAH AKU TELAH MELUKAI HATIMU


Jiwaku tadinya tenteram
sekarang telah lenyap
dik kerana sangkaan buruk engkau terhadapku
aku tidak menjauhkan diri
sebenarnya aku punya masaalah sendiri


jiwaku kacau
dik kerana perasangka dari engkau
sebenarnya aku punya tugas belum selesai
yang perlu aku habisi
jika aku manusia dangkal
maka aku memang kejam


Usah engkau ucapkan lagi
kerana aku memang tak kisah
perasaan ku kalut dan bungkam
kau perlu teliti apa masaalah ku
dari kedua belah mataku
aku melihat engkau memencilkan diri
masih tersisa di hati dan sanubariku
aku cuba menahan diri
untuk tidak berkata kepadanya
adakah aku berdusta dan menyembunyikan apa yang aku miliki.


...............................

AKU ADALAH AKU..




Tatkala aku menikmati kelazatan hidup
sehingga aku berada dalam rumahku
duduk bersama komputerku dan buku-buku
tiada sesuatu yang lebih mengembirakanku
daripada segala hiburan dan ilmu yang aku perolehi
maka aku tidak menghendaki selainnya
Hanya aku orang yang sunyi
dari hiruk pikuk kebisingan di luar

Maka mereka katakan padaku
" Engkau adalah orang yang penuh kedukaan"
padahal mereka hanya melihat
seorang Insan yang terlempar dalam kehampaan
Jika mereka katakan
bahawa aku ini sumber kehinaan dan kekecewaan
aku akan menjawab...
" Aku tahu Itu "
akan tetapi jiwa ku dibiarkan bebas
sebenarnya menanggung derita
Aku tidak menunaikan hak ' Pencipta '


Jika segalanya kutujukan untuk kerakusan
padahal semua adalah kepalsuan
Lantas apakah aku harus bersedih.. berduka lara
dan melakukan tindakan diluar batasan..
dan sebenarnya aku telah mengikuti jalan kebodohan
Sekalipun Iman mampu menjaga pemiliknya
dan pemiliknya menjaga Imannya
Iman itu tidak akan menjaga pemiliknya
jika mereka perlu sanjungan dan kemegahan
kerana sebenarnya
setiap jiwa telah terasa tersanjung
Akan tetapi
kebanyakan mereka menghinakan diri sendiri
dan mengotori diri dan jiwa mereka dengan ketamakkan
dengan keegoan
sehingga wajah mereka terlihat kesuraman dan kesedihan


........................................

Ahad, 30 Mei 2010

KEHIDUPAN SAAT INI


Selamat datang

pagi yang indah

lihatlah pada siang ini

kerana itulah kehidupan..

hidupnya kehidupan

Pada masa sesingkat inilah

kau menemui berbagai hakikat keberadaanmu

itulah saat kau meraih nikmat

saat di mana kau meraih kemenangan

Kerana kelmarin hanya tinggal mimpi

sedang esok hanyalah fantasi


Tetapi hari yang kau jalani sekarang ini

akan menjadi kelmarin

sebuah mimpi yang indah

dan esok ujudnya harapan

Berbuat baiklah

Lihatlah sesuatu yang baik pada hari ini

Inilah erti penghormatan untuk hari ini...


Kalidasa...
...........................