Jumaat, 31 Disember 2010

HAPPY NEW YEAR 2011


no title

no title

no title

no title



New year comments greetings, new year cards, happy new year wishes, animate scraps


Semuga dengan kedatangan tahun baru ini akan membawa satu perubahan dan

kita akan menjadi lebih berkeyakinan dan terus maju walaupun berbagai-bagai

halangan yang mendatang. Semuga sukses dan harmoni sentiasa ..



ADAKAH ENGKAU MUSUH KU


Satu kelompok sebelah sana
Antara kelompok itu tergolong dua darjat
Darjat yang bukan di cipta oleh Sang Pencipta
Pertentangan kelompok itu menjadi perselisihan antara keduanya
Pertentangan menjadi persaingan
akhirnya menjadi satu dari sifat hasad dengki
Orang alim bersaing sesama orang alim
pedagang bersaing sesama pedagang
turut sama tukang kasut bersaing sesama tukang kasut
Akhirnya
muncullah kedengkian yang melata
tidak dapat di bendung sifat tercela
makin dekat makin terserlah kedengkian itu
Kini jelas pangkal segala dengki
membawa kepada persaingan antara dua
tidak bisa mengalah dan tidak bisa di nasihati
jika sudah terbiasa
Kedengkian itu membawa kemusnahan
akhirnya negara yang makmur
pasti akan runtuh
sahabat karib menjadi berantakan
Jiwa yang luhur akan jadi kejam
Sifat kasih sayang punah sengsara
Usahlah diikuti
lantaran jiwa yang kosong
tiada makna
pasti kehidupan adanya permusuhan
pertentangan dan akhirnya kemusnahan



*******************

Khamis, 30 Disember 2010

KEINDAHAN GAYA HIDUP SPESIS ULAR YANG BOLEH TERBANG


Habitat ular terbang ada di Asia Selatan dan Asia Tenggara termasuk Indonesia, jadi jika mengembara ke lokasi hutan atau berada di pepohonan hati-hatilah, ular ini bisa terbang di atas kepala Anda mesti pun tidak punya sayap!


Kebanyakan ular-ular terbang hanya biasa tumbuh hingga sepanjang 1,2 meter. Mereka mengencangkan otot-otot rusuk, mengikuti bentuk naturalnya, dan kemudian mengencangkan kepala mereka. Ekornya menghentak atau memecut untuk mempercepat lompatannya.



Termasuk ke dalam famili Colubridae dan Chrysopelea paradisi, lima spesies ular ini telah mencederakan manusia. Racun bisanya tergolong menengah, tapi bisa itu hanya dikeluarkan saat menerkam mangsa yang kecil. Bisanya akan aktif turun ke gigi taringnya saat mereka mulai melompat terbang di udara.



Para ilmuwan baru-baru ini mengungkap bahwa ular-ular ini bergerak melata bahkan saat mereka terbang, membuat tubuhnya yang tak bersayap itu melakukan serangan yang hebat dan mendarat tanpa menyakiti dirinya. Take off pada kecepatan 8 - 10 meter per detik, ular-ular ini terlihat anggun saat di udara.



Karena tidak memiliki sayap, ular-ular ini tidak bisa terbang ke atas, hanya meluncur ke bawah saja. Bayangkan saja seluruh bagian tubuhnya sebagai sebuah sayap besar, ketika ular-ular ini meluncur dan merubah bentuknya sendiri saat terbang, membuatnya sanggup mengendalikan dimana akan mendarat.

Tubuhnya yang elastis membuatnya mampu memanjati pohon atau tempat tinggi lainnya untuk melompat. Mereka lebih suka berada di pohon daripada di atas tanah. Mereka memburu mangsanya dari udara, menerkam haiwan kecil lainnya dengan rahangnya yang kuat.



Meski tidak banyak diketahu tentang ular ini, penelitian menunjukkan bahwa ular terbang biasanya menetaskan telurnya sebanyak setengah dozen atau lebih. Bayi-bayi ular ini panjangnya kira-kira 15 cm.


Meski tidak berbahaya, kebanyakan ular jenis ini ditangkapi dan dibunuh karena kelihatan seperti ganas. Kebanyakan orang tidak memaklumi dan tidak mengetahui mengapa ular-ular ini harus terbang saat menangkap mangsanya.


Jenis Golden Tree dari ular ini diketahui adalah yang paling agresif, sementara jenis ular Paradise Tree lebih jinak. Tak seorangpun tahu dimana mereka saat tidur, tapi diperkirakan bersembunyi di atas pohon, dimana mereka dengan mudah lari dari musuh atau predatornya. Predator mereka saat ini juga belum diketahui apa.


********************


PERTUNJUKKAN PERAGAAN PAKAIAN-WANITA MUSLIMAH




Ke ayuan yang terpancar tanpa mendedahkan setiap tubuh badan untuk dipamerkan di pentas peragaan


Hanya kaum hawa jer




Kain dipanggil 'codur'























































******************************

Rabu, 29 Disember 2010

LONGGARKAN LUTUT AKU HARI NI




Kumpulan Taichi City Park Seremban 2...







Aku join sekali.. agak lama aku tak turut serta senaman ni, agak-agaknya lebih kurang tiga tahun juga lah..














Habis taichi aku jogging kejap nak longgarkan lutut yang dah sedia longgar ni.


************************

Ahad, 26 Disember 2010

MEMORI TRAGEDI TSUNAMI- HARI INI 26HB DIS

Sedang aku mengelamun di bilik komputer, tiba-tiba dentuman guruh dan petir sabung menyabung,lantas aku terus menutup suiz .Maklumlah pernah sekali aku tidak dapat mengunakan PC aku sebab di panah petir.

Lamunan aku berkisar pada kisah Tsunami di Banda Aceh, kerana hari ni genaplah enam tahun peristiwa bencana alam berlaku yang banyak mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan banyak nyawa.


Pada 26 Disember 2004, satu gempa bumi yang besar berlaku di Lautan Hindi lepas pantai barat Aceh yang mengakibatkan berlakunya ombak besar tsunami yang melandai kawasan-kawasan pantai di Selatan Asia, Sumatra Utara, Thailand dan Malaysia. Pusat gempa terletak pada bujur 3,298° utara dan 95,779° timur kira-kira 160 km sebelah barat Aceh sedalam 10 km. Gempa bumi yang sebesar Skala Richter 9.0 ini berlaku sekitar 8.59 pagi (waktu Malaysia) dan merupakan yang keempat terbesar di dunia sejak 1900. Di sesetengah lokasi dilaporkan bahawa ombak tsunami mencapai ketinggian 10 meter. Ribuan telah terkorban akibat malapetaka ini.




Kebanyakan mangsa merupakan rakyat tempatan. Namun terdapat juga beberapa pusat peranginan yang dilanda tsunami mengakibatkan korban lebih 2,400 pelancong asing.


Bantuan kemanusian yang diperlukan untuk gempa bumi (dan tsunami) kali ini adalah agak tinggi kerana terdapat banyak kerosakan insfrastruktur, kekurangan air dan makanan serta kerugian ekonomi dari industri perikanan dan pelancongan. Penyakit Epidemik juga mungkin berlaku, kerana antara kawasan yang ditimpa musibah ini mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan iklim tropika yang sesuai. Malah Pertubuhan Bangsa2 Bersatu telah mengatakan ini mungkin menjadi operasi bantuan terbesar dalam sejarah.

Perkara utama yang dirisaui oleh organisasi bantuan kemanusiaan dan agensi kerajaan ialah untuk mengenal dan menanam mangsa yang telah meninggal sebelum mereka menjadi isu kesihatan dan menyebarkan penyakit epidemik seperti Kolera dan demam kepialu. Seterusnya, bekalan perubatan dan kepakaran perlu dihantar ke hospital dan klinik, bantuan khemah dan pakaian serta air minuman dan makanan (terutamanya makanan bayi) kepada mangsa yang telah kehilangan tempat tinggal.


Banyak kerajaan dan organisasi kemanusiaan di seluruh dunia telah menawarkan bantuan kewangan dan teknikal kepada negara-negara yang terlibat dengan gempa bumi ini. Bank Dunia PBB menganggarkan jumlah bantuan yang diperlukan bernilai USD 5 billion



Malaysia telah menghantar pasukan penyelamat khas (SMART), pasukan bomba dan Bulan Sabit Merah ke Aceh. MERCY Malaysia turut menghantar pasukan dan bekalan perubatan ke Sri Lanka. Dua lapangan terbang di Subang dan Langkawi turut dijadikan sebagai pusat pengumpulan bantuan untuk dihantar ke Aceh.



Aku bersyukur pada Allah swt kerana Malaysia tidak pernah ditimpa musibah seperti taufan, letusan gunung berapi, gempa bumi dan sebagainya.
Semuga kita semua dilimpahi rahmat dan kesejahteraan dan kehidupan yang aman damai insyaallah..


****************************

Rabu, 22 Disember 2010

CINTA DAN KEAGUNGAN MU TIADA BANDINGAN




Bayu yang menguja

bila pintu terbuka.

Aku kaku tanpa suara

dan dekap apa lebih pesona

dari jelira liqa' pada makna

ombak nafas mendesah ke pasir

pada ramas gejolak rindu yang menghanyut

Oh Kekasih,

hamparan tulus pun berbaring

mengaduk menyebatikan kasih pada taut

dan cinta mewarna rahasia,

pada kucup bibir basah

lidah mengungkap ungu-nya rindu padaMU

peluk-lah hatiku yang masih saja baru ku-buka

hanya untuk ENGKAU,

teroka-lah gugusan makna,

bahawa sesungguhnya,

cinta benar-benar melangkaui segala

melangkah benua dan susila!

HU ..KEKASIH,

Aku bukan aku lagi bila Engkau bukan engkau

biar pun siapa membilangnya dua

kita tetap satu pada menyatu

ENGKAU tetap

lihatlah,

bagaimana nyala cinta membakar kita hingga sirna

tiada tinggal di sana apa-apa selain se-jambak Rasa

menjalar menelusuri segenap rongga dada

penuh dan melimpah menjadi cahaya

Aku ingin aku menjadi Engkau

biar selamanya kita terpandang SATU

taman-taman rindu petik-lah anggurKu

perah-lah kasihnya, sehingga memecar titis setia

berguman-lah suara, kerena dakapNya adalah agra

Oh Kesatuan Cinta,

yang mempertemukan rindu antara benua

yang menjalin kasih, menjadi helai cindai

Aku kini menjadi Engkau

saperti matahari dan cahaya

saperti wangi dan bunga

saperti hati dan rasa

Hanya Kita,

yang tahu makna

Hanya ENGKAU,

yang tahu rahasia!

ENGKAU tetap baqa selama

biarpun sirna segala bumi dan laut

PialaMU adalah intiha MU....


*********************


Ahad, 19 Disember 2010

HARI MINGGU- BANYAK AKTIVITI AKU BUAT


Suasana waktu pagi di City Park Seremban 2, ramai yang melepak dari membuat aktiviti riadah,
macam pesta berkelah je di tepi tasik..


Beberapa orang je yang mahu menyihatkan badan , agaknya inilah semangkin ramai yang mengalami obes dan berbagai-bagai penyakit kerana malas membuat senaman..


Selesai jogging shopping kejap barang keperluan dapor. Anak aku ni pasal tukang sorong troli
bagi kat dia..Senyum puas ...


Pergi ke Segamat pula untuk menjamu selera di gerai Hussein Cendol, salah satu menu goreng pisang dan tempe goreng serta kuah kicap pedas, perkkk enak sangat..


Inilah cendol Hussein Segamat


Siap promot lagi gerai Hussein Cendol Segamat.. belakang Upwell terletak gerai Hussein..


Tak menang tangan taukeh cendol ni..


Selesai makan cendol aku ke majlis kenduri kawin anak sahabat Hubby di Dewan Jubli Intan Segamat Baru....


Diiringi pula persembahan tarian zapin ...





*********************

Sabtu, 18 Disember 2010

MUROQOBAH DIRIMU







Tatkala sirna malammu
menginjak waktu ke dini hari
lalu liqamu bersamanya
membawa seribu pengertian baqa
awasilah tubuh bahasamu
muroqobah dari ulitan pancaran godaan nafsu
syaitan jeling menjeling
anggurmu terus lenyap
piala iblis akan menjulang kedepan

Wahai insan yang bernama adam dan hawa
persis dirimu dijaga rapi
tatkala anggur mu lenyap dari mulutmu
tiba kapan juga iblis melenyapkan anggurmu
engkau alpa
sirnamu dari belenggu takwa
anggurmu musnah berantakan
kerana iblis telah punya piala
kini intihamu kejalan musnah

Sadarlah wahai nurani
kerana hidup penuh izhar
kelak bahasa dan tubuhmu
membawa syatahat yang Esa
pasti engkau dilindungi
dari siksa kepanasan
yang menjulang jauh ke baqa.


***************