Sabtu, 6 Mac 2010

IGAUAN ATAU MUNGKIN PARALISIS






Bermula pada tahun 2005 hingga la 2008,perpindahan suamiku ke Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak, di Jerantut Pahang.Selama tiga tahun hubby disana,kadangkala aku dan anak-anak menetap disana beberapa waktu.Kemudian kami kembali semula ke Seremban kerana anak-anak masih ada yang belajar di Kuala Lumpur dan Seremban.

Ini nak bercerita pasal rumah tempat tinggal di PPPTR iaitu tempat kami sekeluarga menetap yang telah disediakan oleh pihak Jabatan.Rumah ini sangat besar,maklumlah banglo dua tingkat,mempunyai bilik tidur tujuh bilik,bilik airnya pula empat buah kesemuanya.Memang besar,dengan suasananya di puncak bukit dikelilingi kehijauan pohon-pohon rendang dan pohon-pohon buah-buahan.Memang sangat nyaman dan sunyi sekali. Seronok tinggal disitu, tapi pernahlah pada suatu bulan tu,aku ingat dalam bulan jun 2007,semasa anak-anak cuti semester, kami tinggal dalam dua minggu lebih kurang,

Sebelah siangnya anak-anak bersiap-siap mengemas rumah, disebabkan begitu lama kami tidak tinggal hanya hubby ku yang senantiasa tiada masa untuk mengemas rumah kerana kerjanya yang sentiasa sibuk saban waktu,penat mengemas sampai ke malam masing-masing tertidor kepenatan.Hubby masa tu pergi merasmikan program Anak-anak Yatim di Maran ,waktu itu lah aku tertidor keseorangan diatas sofa ditingkat bawah.

Rasanya suamiku tiada dirumah dikala itu,tapi siapa lak yang menindih dan memelukku...begitu beratnya tubuh suamiku.. tak mungkin..takkan besar betul tubuh suamiku..aku lemas, tak berdaya hinggakan nafasku tercunggap-cunggap,aku cuba membaca segala macam ayat-ayat suci AlQuran namun semua tidak dapatku sebut dan tersekat-sekat... Memang sakit dan siksa sekali,, aku cuba berkali-kali pun tak lepas juga..Akhirnya setelah selesai ayatul kurshi aku habiskan barulah tubuhku terasa ringan dan aku cuba bangun..Kisah ini memang benar terjadi keatas diriku..Sehinggalah pada akhir tahun 2008 suamiku dipindahkan ke Kuala Lumpur, rumah itu mungkin terlalu lama dan kadang-kadang penghuninya berbagai-bagai.Maklumlah bila kakitangan ditukarkan bersilih ganti,kadang-kadang dibiarkan kosong agak lama..Orang kata mungkin adalah penunggu yang menunggu dirumah tersebut apabila manusia tidak menetap disitu.. Agaknya la....

Dari segi saintifik perubatan pula perkara ini disebabkan...APABILA mula sedar dari tidur, Sistem Pengaktifan Retikular (RAS) dihidupkan'kembali, namun adakalanya otak mengambil sedikit masa untuk mencetus isyarat elektrikal kepada keseluruhan fungsi tubuh. Itulah yang membuatkan seseorang mendapati dirinya tidak boleh bercakap atau menggerakkan anggota badan.

Sebenarnya apa yang berlaku itu merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).

Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.

Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.

Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).

Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan.

Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku.

Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan

Tiada ulasan: