Sabtu, 14 Ogos 2010

BERSYUKURLAH DENGAN KEHIDUPAN INI


Betapa sering engkau mengeluh dan mengatakan
bahawa engkau tidak punya apa-apa
padahal bumi,langit dan bintang-bintang
disediakan untukmu

Begitu pula taman pertanian
berbagai tumbuhan padi yang melata
bunga-bunga yang beraneka warna
nan harum semerbak aromanya
dan burung-burung merpati yang merdu kicauannya.

Air yang ada di sekitarmu berkilauan bak mutiara
dan mentari yang ada di atasmu
bak emas nan menyala kilaunya

Suku nomad di lereng dan puncak bukit
membangun khemah-khemahnya nan indah
dan adakalanya mereka beralih ke tempat lain

Dunia dengan segala keindahannya
disajikan untukmu
maka mengapa engkau tidak ikut tersenyum

Jika engkau bersedih
kerana kejayaan yang telah berlalu
maka mustahil engkau dapat meraihnya kembali
dengan menyesalinya

Atau engkau takut tertimpa musibah
maka mustahil engkau dapat mencegahnya
hanya dengan bermuram durja

Atau engkau telah lalui masa mudamu
maka jangan kau katakan bahawa zaman telah menua
kerana sesungguhnya zaman tidak menua

Lihatlah
sampai sekarang masih kemunculan dari bumi
berbagai tumbuhan yang sangat subur
sehingga seakan-akan berbicara kepadamu
bahawa Dia yang menentukan segalanya.


***********************

Jumaat, 13 Ogos 2010

RENUNGAN


Wahai orang yang mengeluh
padahal tiada penyakit yang menjangkitimu
Bagaimana engkau boleh beraktiviti
jika engkau sakit!..

Sesungguhnya
penjahat yang paling buruk di bumi
adalah seseorang
yang takut pergi sebelum berangkat

Engkau
hanya melihat duri pada bunga mawar
tetapi engkau pejamkan mata
hingga tidak melihat embun
yang menghiasi bahagian atasnya

Hidup ini memang sangat meletihkan
bagi orang yang mengaggapnya
sebagai beban yang berat

Orang yang tidak menghiasi dirinya
dengan keindahan
tidak bakal melihat di dunia ini
sesuatu yang indah

Maka nikmatilah kesegaran pagi hari
selama engkau berada padanya
dan janganlah engkau takut kehilangannya
sebelum lenyap sendiri

Jika kepalamu
dipenuhi oleh kesusahan
jangan engkau fikirkan
agar tidak berlarutan

Burung-burung yang di puncak pun
mengetahui hakikatnya
maka sungguh tercela
bila engkau
masih tetap tidak memahaminya

Mereka tidak peduli
ladang itu milik siapa
selama mereka
masih dapat bertenggek
dan bersarang padanya


**************************

Khamis, 12 Ogos 2010

SIAPAKAH KITA


Demi cinta kita kepadamu

kita meneguk pahitnya kehidupan

kerana pedihnya perpisahan

dan bukan mengeluh

kerana peristiwa tragis

yang kita alami

kita gembira dan senang

bila selalu menyebutNYA

dan dambaan hati

kita selamanya

adalah bersua denganNYA

entah bila dan bagaimana

Kerana kita tau keperitan

bakal kita rempuhi nanti

Amal dan kebaikanlah yang kita ada

buat penghubung di sana

Alhamdulillah

Terima kasih Allah



***********************

Selasa, 10 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN 1431 HJ





Kita bukan manusia sempurna, jauh sekali tidak berbuat dosa.
Maknanya, sebagai manusia, kita tidak ada yang tidak berbuat
dosa. Jatuh kelembah maksiat dan berbuat kesalahan adalah
wajar bagi manusia. Hakikatnya, kita memang mudah lupa dan
dekat dengan kesilapan,

Tetapi itu bukan alasan untuk kita terus-terusan terjatuh dalam
lumpur kemaksiatan dan dosa, kerana sebaik-baik orang yang
berdosa adalah mereka yang berusaha untuk bertaubat dan
membersihkan diri dari dosa dan noda.

Insya-Allah, kita akan menyambut bulan puasa. Bulan penuh
keberkatan. Bulan di mana pintu kebaikan terbuka luas dan pintu
kejahatan tertutup rapat.


Bermula dari bulan Rejab dan Syaaban, banyakkan doa, semuga
Allah swt memberi kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan
mengerjakan puasa. Semuga Allah swt memberikan taufik dan
hidayah agar puasa kita lakukan dengan hati jujur, tulus dan jauh
dari riak, ujub dan segala penyakit yang menghilangkan pahala
puasa.



**************************

Isnin, 9 Ogos 2010

TETAP REDHA


Jika dirimu dilanda kesusahan
bisikkanlah harapan yang menjanjikan kepadanya
maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang
Perisailah dirimu dengan harapan
agar tidak putus asa
hingga kecemasannya lenyap dimakan waktu

Tutupilah kesedihan dari teman-temanmu
kerana di antara teman-temanmu
ada orang yang dengki
dan senang dengan penderitaan orang lain

Buanglah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu
kerana hal ini akan membuat yang bersangkutan
Mati sebelum waktunya


Kecemasan iatu tidak selamanya
mengongkong seseorang
sebagaimana kegembiraan pun
tidak selamanya menghiasinya

Andaikata jiwa ini tidak pernah menyalahi aqal
nescaya terasa tidak jernih kehidupan ini
bagi orang-orang yang berwaspada



************************