Sabtu, 9 April 2011

Jumaat, 8 April 2011

SUKARNYA PENGERTIAN INI


Sayu gemersik mendayu
gelora hati tiada tertahan rindu
bagai ombak dan laut menghempas pantai
indah sekali saat ini
sukar untuk dilupai betapa bahagia
seperti hidup ini tidak ada akhirnya
ku renung jauh kedasar hati
apakah ini namanya takdir atau kebetulan
mungkin aku mengikut naluri sang penghianat
yang dilaknat Allah untuknya
atau adakah ini rahmat darinya
entahlah bagaimana untuk dimengertikan situasi ini
sayang dan kasih serta perasaan
tiada ku sangka begini terjadi
aku harapkan agar dikau
berlakulah adil
dalam menilai erti sayang ini
hanya engkau yang aku sayangi
untuk selama-lamanya
walaupun jurang antara kita terlalu jauh
tapi hati dan perasaan kita tiada pemisahnya
mudah-mudahan kita tidak terdorong
dari landas kebenaran dan ketakwaan
doaku agar ini tidak
akan melenyapkan kebahgiaan ini
semuga diberkati selamanya
walau berbagai halangan
hanya engkau yang ku sayangi untuk selamanya

****************


Rabu, 6 April 2011

MUNGKIN AKU SEDANG RINDU



Setiap pagi dan malamku
aku menerima ucapan yang indah
sederet kata-kata perangsang dan doa
menghiasi kartu alam maya ku
bak mengharum di bening pagi dan kesuraman malam
lalu ku tatap tiap bait-bait ucapan itu
memberi satu kenikmatan yang mempesonakan aku
terdetik di sanubari ini
apakah ini satu kenyataan mahupun igauan
tidak pernah bersua atau berbicara
tetapi kita bagaikan satu rangkaian
dua kehidupan yang berbeza
dalam situasi yang penuh sahdu
namun tidak juga aku terfikir
kotak fikiran ku ini
adakah aku hanya bersendiwara
atau hanya lakunan semata
bila rasa seperti setitik embun
menitis kuntuman mewangi harum
membuatkan hati terasa menusuk aneh
di mataku bercahaya jernih
perasaan ini sukar di mengertikan
ohhhh
setiap waktu itu kian hambar
aku lemah dan longlai tidak keruan
mengapa jadi seperti orang hilang pedoman
hanya aku sahaja yang tau
tiada siapa-siapa
kerna perasaan itu
tidak boleh di kongsi bersama
sedangkan gelora rindu kian membara
bersama angin lalu...


****************************