Jumaat, 5 September 2014

APAKAH SELANJUTNYA!!!!!!!!!!

Apakah selanjutnya yang akan engkau lakukan
Setelah mencanangkan kepada dunia
Kaulah lelaki yang paling terbaik mencintai aku separuh mati
Sedangkan keegoan sebenarmu hanya aku yang lebih mengerti


Apakah selanjutnya yang akan engkau ucapkan
setelah aku kau gelar sundalan HELLO yang cintaku boleh dibeli
10sen, 10minit daripada 10 gadis di tepi jalan

Apakah selanjutnya yang akan engkau pertahankan
setelah 31 tahun engkau pertahankan
sedangkan 7 tahun berlalu singkat perpisahan tanpa di undang


Apakah selanjutnya yang akan engkau ungkitkan
setelah 31 tahun pengorbananku padamu
kau lemparkan ketepi
hanya kerana cintaku padamu telah berakhir tatkala ini

Apakah selanjutnya yang akan engkau perjuangkan
untuk memaksa aku membela dan menyayangi dirimu
sedangkan rasa hormat antara kita hancur berkecai di telan waktu

Apakah selanjutnya yang mampu aku perkatakan selain kehidupan 31 tahun
adalah kesilapan paling besar yang tidak harus berlaku antara kita
Maafkan aku, jalan telah kupilih, engkau bukan lagi jodohku
dan takdir pun mengatakan begitu

Ikhlaskan aku berlalu
cerita serta dendam kesumat biarlah beku dalam restu
kerana aku pun tidak ingin bertanya lagi
apakah selanjutnya perbuatan dan ceritamu selepas ini



***************************


CUBA FAHAMI HATI ORANG TUA

Walaupun bulan syawal telah berlalu lebih sebulan yang lalu, cerita pasal untuk memahami hati orang tua aku kira belum terlambat untuk di teliti.. Sibuk sedikit membuatkan  aku alpa sebentar cerita-cerita di ruangan blog aku sekarang, namun aku tetap akan tetap sayang pada blog aku.

Kenapa pada hari raya kita berpusu-pusu, bersesak-sesak, bertolak, berhimpit, berpeluh dengan jalanraya yang jam/macet, pendeknya bersusah payah kita pulang ke kampung halaman. Kenapa perlu bersusah-susah untuk pulang ke kampung?. Tentu bukan semata-mata mahu menjenguk suasana raya di kampung. Sebahagian besarnya balik kerana hendak beraya bersama ibu bapa mahupun datuk nenek, terutamanya memohon maaf. Sekiranya mereka itu berada bersama kita di tempat bermastautin, mahukah kita bersusah payah balik kampung?

Itulah hubung kaitnya bersoalan warga tua dengan suasana mulia Aidilfitri. Dan sebagai golongan muda, apa salahnya kita memuliakan mereka sekali-sekala melalui kunjungan kita. Elok juga kita memahami perasaan, pergolakan dan denyut nadi orang tua sebelum kita sendiri melalui alam itu, kerana yang pasti kita semua akan tua juga satu hari nanti.

Kerap terjadi perselisihan faham dan pendapat, rajuk hati dan bawa diri antara golongan tua dan muda kerana tidak faham satu sama lain. Pernah Mak Saudara aku cakap, "kita ni dah tua-tua tak kanlah kita nak ulang alik ke rumah mereka: kerap sangat pergi menantu bukannya berkenan. Kalau sebulan sekali saja dia jenguk pun dah cukup. Ini setahun empat kali pun payah nak tengok mukanya. Aku pun bukan harapkan sangat duitnya, buah tangannya, tetapi kehadirannya. Apatah lagi cucu-cucuku, walaupun nakal aku rindu pada mereka.

Kadang-kadang anak perempuan selalu mengomel, , ibu bapa tak faham anak mereka sibuk, penat, suami dan anak-anak sendiripun tidak terlayan, apalagi dengan kerja. Balik kampung bukannya murah. Sekurang-kurangnya seratus dua mesti habis dengan tolnya, minyaknya dan bagai-bagai lagi. Anak akan kata Hari Raya mereka akan balik....

Anak lelaki lain pulak ceritanya. Mereka langsung tidak terfikir pun pentingnya menjenguk ibu/bapa, meskipun beberapa kilometer saja dari rumah, mungkin mereka tidak faham atau ambil pusing hati orang tua. Itupun jika tinggal berlainan rumah. Jika serumah lain pula ceritanya.  Kadang-kadang anak tak fikir hati dan perasaan orang tua mereka. Ibu ayah sudah tua, orang mudalah mesti hormat kat org tua, sabar melayan mereka. Masa anak-anak masih kecil dahulu ibu berpenat-lelah menbesarkan. Sudah besar, tak boleh diharap menjaga ibu mereka?. Bukan pun ibu itu meminta selalu di picit, dibelai, dilayan seperti orang sakit. Jaga hati mereka sudah memadai. Kadang-kadang ibu ayah selalu berkecil hati kerana anak-anaknya kerap membantah dan membawa haluan masing-masing.

Orang tua kita sudah hidup 50 atau 60 tahun dengan cara, sikap dan perangai mereka, baik mahupun buruk, mana boleh berubah?. Sebagai orang muda yang berfikiran waras, berpelajaran, berpeluang menimba pengetahuan psikologi dan sebagainya, sepatutnya kita cuba sesuaikan diri dengan mereka. Tetapi kita sendiri jangan jadi seperti mereka apabila kita tua kelak. Lagipun bukankah mereka yang telah melihir dan membesarkan kita?. Apa salahnya kita berkorban sedikit untuk mereka sedangkan perngorbanan mereka terhadap kita terlalu besar.

Kesimpulannya Adakah jiwa orang tua dan bagaimana kita sebagai golongan muda boleh menjaga hati dan perasaan mereka. Persoalannya benarkah orang tua kita sudah tersisih, kenapa dan bagaimana kita boleh menyelami situasi demikian... Oleh itu FAHAMILAH HATI ORANG TUA KITA. sebelum mereka menutup mata terakhir di dunia ini....


Selamat pergi dan kembali kepada bakal-bakal HAJI yang telah  dan akan berangkat ke Tanah Suci Makkah dan Madinah.. Semuga kalian beroleh HAJI yang Mabrur....