Sabtu, 15 Mei 2010

DALAMNYA LAUTAN UNTUK DITEROKAI


Dunia mu tiada bandingan..
dunia mu indah.. mempersonakan..
berbagai-bagai kehidupan mendiamimu..
engkau bagai syurga..
dikala insan yang dahagakan keindahanmu
engkau memberikan seribu kenikmatan..
dikala insan inginkan kecantikanmu

Engkau lah tempat yang permai..
menjadi pujaan insan yang menerokaimu
khazanahmu...
Taman-tamanmu bak nirwana ..
engkau punya teman-teman
yang selalu mengembirakan mu
sotong,ikan,ketam,penyu,jerung
adalah rakan-rakanmu ..
bersama bunga-bunga karangmu

Semuga keindahan dan kecantikanmu
terus terpelihara
keistimewaan mu bagai dunia yang
penuh pancaroba..
diterokai walau berbagai halangan
kerana itu dunia mu adalah lautan
lautan yang terbentang luas
yang tiada penghujungnya..


..................................

Jumaat, 14 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU





Pasti ingat akan bulan Mei.
Kita akan menyambut dua hari penting..
pada 9hb Mei Hari Ibu dan 16hb Mei
Hari Guru...
Jika ditanya mana yang lebih penting ibu atau guru!.
Kedua-duanya amat penting.
Tanpa ibu kita tidak
akan melihat matahari, bulan, bintang
dan kalau tidak ada guru yang mengajar kita A, B, C
dan 1,2,3 juga 'alif' 'ba' 'ta' kita tidak akan dapat
menulis dan membaca. Guru juga
insan yang berpengaruh dalam kehidupan kita.

Jasa dan pengorbanan guru tidak ada tolok
bandingnya.. hormatilah guru dan ingatlah
kerana tiada guru kita mungkin tidak akan
dapat mengenal diri dan menjadi orang yang
berguna sehingga kita mengecapi kejayaan
dalam kehidupan ini.

Kejayaan kita sebagai manusia yang berbagai
dan ada yang telah menjadi manusia berjaya
dalam kerjaya,samaada bidang profesional,
pentadbiran, kewangan dan lain-lain adalah
kerana hidmat dan toleransi usaha dari
guru yang tidak mengenal penat lelah untuk
mengajar kita biarpun diri mereka sendiri
diulit kepenatan dengan berbagai-bagai
kerenah dan tingkah laku anak-anak didiknya.

Sebagai insan yang bertanggungjawab maka
kita perlulah mengingati jasa dan pengorbanan
guru-guru yang mendidik dan menjadikan
kita insan berguna dunia dan akhirat. Semuga
semua guru-guru akan diberikan ganjaran
dan keberkatan dari Illahi atas keikhlasan
mendidik anak-anak bangsa sehingga kita
menjadi manusia yang berguna.

SELAMAT HARI GURU. JASA ANDA
TETAP DIINGATI.

............................................................

Khamis, 13 Mei 2010

BANGKITLAH DARI KEKUSUTAN


Sandarkan harapan kepada Tuhan:

Ujian yang datang sebenarnya punya hikmah
yakinlah kesusahan yang ditempuhi pasti ada
kesenangan....

Allah berfirman:

"Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada
kemudahan.."
(Al-Nasyrah : 1-8).

Cukuplah Allah bagiku.Tidak ada Tuhan selain
dariNYA.Hanya kepadanya aku bertawakkal.

(At-Taubah : 129)

Minta pertolongan daripada Tuhan

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat;
dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali
kepada orang-orang yang khusyuk"

(al-Baqarah: 45)

Jangan sedih dan kecewa.

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula
kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang
yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang
yang beriman

(al-Imran: 139)

-Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus
asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan
usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat
maksud firman Allah;

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah
melainkan kaum yang kafir"

(Yusuf:12)

Luahkan masalah tersebut pada teman-teman
yang dipercayai..

walaupun dia mungkin tidak dapat membantu,tetapi
sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban
yang ditanggung.

Bandingkan masalah kita dengan orang lain:

Mungkin masalah orang lebih besar daripada kita,
ini juga boleh membuat diri kita lebih tenang ketika
menyelesaikan masalah.
Sesungguhnya ujian yang datang itu tandanya Allah
sayangkan kita.Jadi ambillah masa menilai diri dan
meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah .Fikirkan
positif bahawa setiap dugaan adalah datangnya dari
Allah dan pasti ianya ada hikmah disebaliknya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal
ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu
menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

(al-Baqarah: 216)

.............................................

KENAPA PERLU MARAH-MARAH.


Marah umpama suntikan ubat pelali
pertimbangan akal menghilangkan kewarasan
Marah juga menyelubungi jiwa
implikasi kejam tidak terduga...

Kenapa suami perlu marah-marah...
apabila sang isteri punya sahabat di alam maya
Marah sang suami tidak terkira..
nyawa jadi galang gantinya..
Bukankah kejam namanya..
tanpa simpati membunuh
jiwa yang tidak berdosa..

Marahkan nyamok kelambu dibakar
kesesalan tiada gunanya...
tubuh yang dibelai saban hari
kini terkulai lesu tidak bernyawa
penyesalan tidak berharga lagi
dik kerana cemburumu ..
mengikut hawa nafsu
gelodak jiwa tidak terkata
akhirnya dirimu
jatuh jua didepan keadilan..


....................................

Rabu, 12 Mei 2010

KENAPA POLIS MENJADI SEPERTI MUSUH MASYARAKAT

Ini bukan budaya kepolisian kita...


Polis..
samaada kita suka atau tidak..
polis sering mengunakan kuasanya
bila berlaku kesulitan.
bila berlaku rusuhan..
bila kecemasan..
bila ada pembunuhan..
bila kecurian dan rompakan..
bila ada keramaian dan pesta..

Tapi bagaimana nasib polis!..
bila mereka ditimpa musibah..
bila mereka dituduh membunuh..
bila mereka dituduh mencabul hak
individu..
bila mereka juga dituduh rasuah...


Seringkali ada pembunuhan ...
siapa yang punya talian hayat...
bukankah polis!...
kenapa polis kita perlu takut
kita memandu laju... polis akan
saman dan tulis maklumat peribadi
kesilapan kita akan di rekodkan..
kita marah polis..
kita kata polis makan suap

Adakah kita fikirkan
bahawa polis juga manusia..
punya tugas dan kerjaya..
jika tiada mereka siapa kita.
jika tiada mereka bagaimana kita
ketenteraman kita akan aman atau
sebaliknya!!..

Janganlah kerana nila setitik,
rosak susu sebelanga..
juga jangan kerana seekor kerbau
membawa lumpur..
habis semua terpalit..

Kita adil dalam menilai..
kita saksama dalam mempertikai
keamanan punca segala
keharmonian hidup kita
Hanya polis sahaja yang faham
dan mereka juga menjaga
ketenteraman kita..


............................................

DAULAT TUANKU..




Kita adalah satu bangsa..
kita juga satu budaya..
kita ada kedaulatan..
kita juga ada perlembagaan.

Raja adalah payung dan tunggak..
untuk rakyat jelata serta negara...
kita bangsa punya warisan ini
perlembagaan kita,
harus kita miliki..harus kita jagai
usah kita cemari..
dik kerana ego dan prejudis..

Raja kita perlu dihormati..
kerana baginda adalah lambang kekuatan bangsa..
kerana baginda lambang keutuhan ugama
dan budaya...

Mengapa kita kejam dan kita angkuh..
maka dimana kesopanan dan keluhuran kita
sebagai satu bangsa yang kesegani..
usahlah kita cemari akan nafsu kita
kelak kita akan jadi satu bangsa
yang dipinggirkan..
hanya kedaulatan raja-raja
kita akan tetap kukuh dan bersatu..

Ingatlah wahai bangsa ku...
tiada lagi apa yang kita ada...
jangan kelak kita melukut ditepian gantang
merempat di tanah AIR sendiri..
masa itu kita akan lemah
kita kan kecundang
bangsa kita akan lenyap..
TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA.

..................................

LELAKI MUDA BOROS BERBELANJA?.

Gambar hiasan..



Kaum Adam tidak berfikir panjang ketika berbelanja berbanding kaum Hawa,kerana mereka lebih suka membuat keputusan berpandukan kehendak daripada keperluan menyebabkan mereka gagal menguruskan kewangan sehingga di belenggu masalah hutang.Penggunaan kad kredit lebih mudah untuk dimiliki, membuatkan golongan ini senang terjebak berbelanja di luar kemampuan. Lelaki tidak kisah mengeluarkan wang beribu-ribu ringgit untuk tujuan mengubah suai kereta, sedangkan ianya bukan satu keperluan.Lelaki juga perlu ukur 'baju di badan sendiri'.Cara mudah buatlah perancangan perbelanjaan untuk mengelak pembaziran.

Statistik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) 2007 hingga Febuari 2010 seramai
25,107 atau 69 peratus daripada 36,547 pelanggan yang mendapatkan hidmat Pengurusan Kredit Agensi adalah kalangan lelaki. Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Mariani Md Nor berkata, lelaki mempunyai keinginan dan pemilihan untuk mendapatkan sesuatu keperluan boleh mengakibatkan pembaziran.

Begitu juga bila bersosial , lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan mereka sering menunjuk-
nunjuk akan kebolehan mereka, makanan adalah keperluan setiap orang tetapi bila memilih
restoran yang mahal-mahal atau hotel-hotel untuk menikmatinya, maka ia telah menjadi satu
kehendak. Andainya pandai memilih di antara keperluan dan kehendak maka sikap boros tidak
akan berlaku dan masalah hutang tidak mungkin di hadapi oleh orang lelaki. Kehidupan di- bandar-bandar besar juga mendorong golongan ini untuk boros di sebabkan tidak mahu ketinggalan daripada orang lain, sehingga terlupa kemampuan diri sendiri. Jadi untuk itu
lelaki haruslah punya perancangan kewangan yang baik bagi memberi kemudahan dan keselesaan hidup dalam jangka masa panjang.

.....................

Selasa, 11 Mei 2010

SIAPA DERHAKA SIAPA


Kisah dan tauladan.

Ayah mengatakan anaknya derhaka....
bagaimana dikatakan derhaka?..
Bagaimana hak sebagai seorang anak
terhadap ayahnya?....

Sianak wajar punya bunda..
keturunan yang baik
nama yang bermaksud...
bundanya juga harus arif Agama
Namun si anak berkata...

Ayahku tidak pernah melakukan
demikian....
Bundaku seorang zanjiyah yang berkulit
hitam...
Bundaku juga seorang bekas isteri orang
Majusi...
Aku dinamai Joul bermakna namaku
seekor Lipas...
Aku tidak pernah mengenal ayat-ayat
Tuhan...

Jadi bagaimanakah aku dikatakan
anak derhaka?...

Kerana sebenarnya ayahku
menderhakakanku sebelum aku menderhaka
pada ayahku..
dan ayahku juga telah merosakkanku sebelum
aku merosakkannya.....


kisah di zaman pemerintahan Khalifah Umar r.a.


.........................................

Isnin, 10 Mei 2010

NALADA THAMTHANAKORN



Pemuda lembut berusia 19 tahun, Nalada Thamthanakorn diistiharkan sebagai pemenang
Miss Tiffany Universe 2010...

Betapa gahnya pertandingan ini.. mengangkat martabat 'Pondan' dipersada dunia.
Mengagongkan lelaki lembut sebagai tercantik.Jika begini tiada makna adanya gadis
jelita jika kecantikan mereka telah dimonopoli oleh kaum lelaki.

Ujudnya Adam dan Hawa untuk berpasangan. Andainya begini maka hilanglah ketentuan
dan kejadian yang telah tercipta dari azali. Tiada makna lagi kaum Hawa disamping kaum
Adam kerana Adam telah mencipta diri mereka seperti kaum Hawa.Mereka mencari
keseronokan jiwa yang kosong dan telah lari dari lunas-lunas ciptaannya.

Kelak kemurkaan dariNYA pasti.. Untuk itu jauhilah.. pergilah diri kita dari angkara
kehinaan ini.

..................................................

JALAN KITA


Orang kata jalan itu sempit
kenapa kita hendak lalui juga
orang kata kita ni fikiran kolot
kita marah.. kita kecil hati..
jadi apa yang kita suka orang
cakap pasal kita...


Engkau cermin wajah ini...
jalan terang tapi jiwa yang gelap
beri petunjuk dan terimalah ujian darinya

Hubungilah dan tanya lah berita..
usah berdiam kan .. usah sangsikan
kerana cerita itu kelat untuk ditelan

Segala terjadi adalah saksi
kau yang meratap diri
hidup terus berjalan
bisa diulang waktu yang terbuang
andai kembali hidup tanpa duka

......................................

ANDARTU

Merenung masa depan..



Dilema, persepsi negatif masyarakat terhadap anak gadis berusia (andartu)...
kerana bersendirian cuma..usahlah perlekehkan mereka disebabkan tidak
berumahtangga. Dilema, situasi asing hinggap kepada masyarakat moden..
memandang materialistik..maka kuranglah kualiti insani dalam mencari cinta sejati..

Bagaimana gadis mahu berumahtangga andainya kerenah lelaki memeningkan kepala
lantas kuranglah kualiti dalam diri mereka untuk dijadikan sandaran mencari
calun suami pilihan...Seandainya berkesudahan hidup ini keseorangan maka
didiklah diri supaya tidak melihat serta menilai sesuatu hanya dari segi luaran
kerana cinta suci tidak mengenal paras dan rupa.....

Seandainya itu juga tiada jodoh, hakikatnya setiap yang ada dan ujud didunia ini
pasti ada pasangannya. Cuma cepat atau lambat penerimaan itu terjadi..

..............................

Ahad, 9 Mei 2010

DUNIA KIAN MUSNAH DAN APA YANG TINGGAL UNTUK ANAK CUCU..


Dunia kian kelam
manusia semakin rakus..
bersimpang siur,
tangan-tangan jahil mencantas
musnah pasak-pasak bumi
dalam imbalan ringgit menyilau nafsu
apa yang tinggal......
cuma puing-puing kemusnahan
tiada lagi warisan untuk kami...

Ohhh moyangku...
teganya dikau...
aku adalah warisanmu..
kemana jua kelak aku duduki...
tidakkah engkau takut akan
dosa-dosamu.....
ketika engkau bersimpuh di depanNYA
nanti.......
dosa-dosa yang diungkap satu persatu.
petaka inikah warisan anak cucumu!...
Disaat lidahmu terkunci rapat
mata,telinga,tangan,kaki dan jari jemarimu
beradu lumba menjawab segala dosa derhaka
kerana engkau waktu itu tunduk dalam
kancah nafsu menawan dunia
dalam
timbunan harta yang engkau rampas
melalui kemusnahan alam ini....

Engkau ganas.. engkau tiada jiwa..
senangnya engkau mencantas isi alam ini..
kekadar pemuas nafsu naluri.
Akhirnya inikah yang kami warisi!!
kesakitan,kecacatan dan kehinaan..
Ingatlah isi alam ini ada PENCIPTANYA
Yang Maha Berkuasa Amat Mengasihi
sekali engkau engkar
balasan menjadi bencana
oleh itu selagi ada ruang dan waktu
tika itu patuhlah engkau pada perintahnya
kerana dirimu hanyalah insan kerdil
dalam jutaan nikmat dan ciptaan Illahi....




..................................

KEAIBAN YANG SENGAJA DICARI..

Inilah akibat jiwa yang lemah dan mudah diperdaya. (sekadar gambar hiasan).

Takdirnya kita bersama
usah kau mimpikan selaut keindahan
usah kau angankan kasih menggunung
Dan
usah kau harapkan sempurnanya diri ini
takdirnya kita bersama
terimalah hakikat yang tersurat

Renungilah hakikat yang tersirat
aku hanyalah wanita akhir zaman
yang tega mempertahankan
kesucian diri

Berlandaskan batasan Islam
yang saban waktu dinodai
kepalsuan duniawi

Yang bertopengkan kemodenan
takdirnya kita bersama
hanya satu pintaku darimu
pengertian kasih yang tulus suci

Takdirnya kita bersama juga
membuatkan engkau telah
menodai aku...
takdirnya kita bersama juga
engkau dan aku tidak mungkin
bersama kerana kita telah
dilaknat dan kita telah
dihukum kerana kejahilan kita.

.............................................................