Jumaat, 16 September 2011

MALANG TAK BERBAU


Rasa penat kan main..pemanduan yang lancar tetiba aje diganggu bunyi berderap-derap dan aku rasa stering kereta bergegar macam ada sesuatu yang tak kena dengan kedudukan tayar sebelah kanan. Jika aku cuba lepaskan stering pasti kereta akan belok kekanan. Cuak rasa,

"apa kehal ni..."

Aku masih teruskan lagi pemanduan dalam suasana hujan yang renyai2,cuma dalam posisi 30km aku pecut. Sesampai di RnR Sungkai, rasa gelisah tak terhingga, cuba bertanyakan kepada seorang lelaki pencuci tandas awam disitu,

"Encik boleh tak tolong, macam mana nak kontek pomen keta!, tetiba je keta saya
tak stabil,"...

Lelaki itu mengeluarkan satu kad dan menyuruh aku mendail no mekanik yang merangkap rakannya juga. Tiba sahaja kereta tunda dan membawa kereta aku ke bengkelnya
di Bidor. Rasa tak percaya, rupanya apa yang terjadi adalah kerana kerosakan pada drivesharpe sebelah kanan telah pecah. itu yang membuatkan kereta aku tak stabil.

"Kakak oooo, lu ada nasib oo, lu ada ong ma, nasib baik lu punya keleta talak
terbabas atau tayar dia tercabut, manyak baik lu punya nasib ooo, ayoo
memang ini punya drivesharpe banyak lu kena tukar ma,"

""ok la apek, lu tukarlah saya takut kalau tak tukar nanti saya tak lepas
pegi utara nanti"

"berapa lu punya cas saya punya kereta ni apek"

"tarak tau lagi la kakak,nanti wa tanya toke wa dulu ma"

Aku kira conggak rasa mau kena dalam dua ratus lebih agaknya, bila siap semua apalagi aku
diberitahu oleh apek tu harga tarik aje dalam rm70.00 upah pasang dan harga barang semua dalam rm380.00.. Adehh teruk la aku camni, duit aku cuma ada dalam rm280.00 aje ni.

"adeh apek lu tarak boleh kulang ke sikit harga itu barang, saya tarak cukup itu wang
la apek".

"tarak boleh lah kakak,itu balang manyak sulah murah ma."

Aku ingat terus kat anak ketiga aku, lalu aku telepon dia dan cerita apa yang telah berlaku.

"Hello alang, ko tau keta ibu tadi drivesharpe dia problem, pecah dan nasib
ibu tak apa-apa,"

"Habis ibu sekarang gimana, dah ok ke ! keta camner leh jalan ke tidak!
"ok sudah, ibu tak cukup la duit, sori alang terpaksa beritau ko ni, nak
bayar tol pun tak lepas kut"

Aku memang rasa tak berapa selesa nak minta-minta dengan anak pasal duit ringgit ni
tapi kerana dah terdesak terpaksalah aku tebalkan muka juga,

"Ok ibu nanti alang masukkan duit untuk ibu!"

"Terima kasih alang"

Kesimpulan nya yang aku dapat dari pengalaman ini, kemana pergi harus beringat-ingat kerana malang selalu tak berbau, mujur aku tidak ditimpa petaka lebih buruk lagi, kalaulah
misalnya tercabut tayar semasa aku pecut ke atau aku memotong kereta lain,, masyaallah
tuhan yang tau, syukur sangat-sangat umur aku masih panjang lagi.....


*********