Isnin, 8 Disember 2014

SEMALAM PUNYA CERITA..MAJLIS KHATAN /SUNATON DI SURAU MAWADDAH SEKSYEN 7 SHAH ALAM




Bilik Pejabat Surau Mawaddah diubahsuai sementara menjadi dewan pembedahan untuk khatan


Sebelum majlis khatan, ibu bapa pula menjalani ujian saringan kesihatan percuma  yang dikendali oleh Dr Nadia dan nurse Filza dan Jamilah.

Ibubapa pula khusuk mendengar penerangan dari Dr Nadia mengenai kepentingan cara penjagaan selepas berkhatan cara smartklamp

Dr Nadia memberikan penerangan cara-cara bagaimana khatan smartklamp dilakukan.

Sebelum anak-anak ni di khatankan, Klinik Najat juga menyediakan sarapan pagi yang disediakan oleh Puan Hasnor Amira..


En Amran pula sibuk menyediakan peralatan lukisan untuk anak-anak yang akan berkhatan sebelum mereka masuk kedewan pembedahan.. ada juga peraduan lukisan diadakan bagi menenangkan emosi anak-anak sebelum mereka di khatankan.


Bergambar beramai-ramai bersama ibubapa staff klinik dan ajk surau sebelum majlis khatan.


Beginilah rupanya alat klamp untuk khatan.


Klamp di pasang pada kemaluan kanak-kanak dan kemudian dipotong kulit yang berlebihan.
Yang bagusnya cara smartklamp ni tiada berlaku pendarahan yang teruk.

                                             Beginilah bentuknya selepas dikhatankan.


                                             Hampir seminggu... klamp akan dibuka


Syukur Alhamdulillah ...

Cuti sekolah kali ini Klinik Najat telah di tugaskan untuk membuat majlis berkhatan beramai-ramai yang diadakan di Surau Mawaddah Seksyen 7 Shah Alam semalam 7hb Disember 2014. Terima kasih juga yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam majlis tersebut termasuklah Ajk surau serta ibubapa.

Di harapkan pada tahun-tahun akan datang majlis yang serupa dapat dilakukan dengan lebih baik lagi.. dan akan lebih meriah...

Walaupun Klinik Najat baru sahaja 6 bulan beroperasi sepenuhnya, namun usaha yang digemblingkan bersama-sama akhirnya membuahkan hasil walaupun terdapat beberapa kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Semuga Allah memberikan rahmat dan keberkhatan...Ameen.



***********